26 Mei 2012 maka hari yang dinanti-namtikan telah pun tiba.Senyuman pengantin masih lagi kelihatan hingga ke pagi.Begitu juga dengan senyuman kedua ibu-bapa pengantin,baik daripada pihak lelaki mahupun pihak perempuan,kerana hari ini pengantin akan diraikan.
Alhamdulillah,majlis yang dirancang telah pun berjalan dengan lancar dan teratur.Rombongan pengantin lelaki,diketuai oleh ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bersama dengan Pengerusi KAB,Hj.Fathulmubin telah disambut mesra oleh pihak keluarga pengantin perempuan.Alhamdulillah,makin berkembang lagi jumlah ahli keluarga KAB.
Mewakili seluruh warga Al-Bajuri,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang telah memberikan layanan yang amat baik sekali kepada kami yang hadir.Semoga Allah swt memberikan rahmat dan nikmat kepada keluarga di sana,Insya Allah..
Kami juga mengucapkan selamat datang kepada seluruh keluarga pengantin perempuan yang akan bertandang ke Wilayah Al-Bajuri pada minggu hadapan,semoga perjalanan anda semua diberkati.
Doa berkat penutupnya amin Jari lentik memukul gendang Mempelai berangkat di atas pelamin Sama cantik sama padan |
Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat |
Seronok mengadap beramai-ramai Masing-masing dengan lakunya Jemput pengantin makan berdamai Semoga bahagia selama-lamanya |
No comments:
Post a Comment