Tuesday, July 29, 2014

Anugerah Syawal

Foto ni admin SUKA..penuh maksud tersurat dan tersirat.namun jelas terpancar diwajah masing-masing bahawa semuanya bergembira dan bersatu hati.Generasi demi generasi bergandingan.Alhamdulillah.Inilah yang sempat admin rakamkan sewaktu program tahunan KAB pabila Syawal menjelma.
Pada kali ini,destinasi pertama adalah dikediaman Hajah Aminah.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga KAB yang terlibat dan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan-tuan rumah.Insya Allah kita jumpa lagi tahun hadapan.Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin admin ucapkan.
Senyum keriangan..haji Mubin
Sedondon...sama colour dengan kereta...

Monday, July 7, 2014

Meriah IFTAR PERDANA KAB 2014

Bacaan Tahlil ringkas yang telah dipimpin oleh ayahanda Tok Abin

6 Julai 2014 bersamaan 8 Ramadhan 1435H bertempat di Surau UMMI YATIMAH, Kampung Olak Lempit telah diadakan majlis Iftar Perdana Keluarga Al-Bajuri bagi tahun 2014.
Alhamdulillah, majlis yang sederhana telah dihadiri oleh warga KAB diantaranya ayahanda Tok Abin dan isteri.
Menanti waktu berbuka dengan penuh kesabaran

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang telah dipimpin oleh ayahanda Tok Abin dan bacaan doa arwah telah dipimpin oleh Tuan Haji Fathulmubin.
Bacaan doa telah dipimpin oleh Hj.Fathulmubin

Dianggarkan seramai 40 orang ahli keluarga telah menghadiri majlis pada kali ini dimana juadah utamanya iaitu "Nasi Ambeng" sebanyak 20 bungkus telah disediakan dan hasil sumbangan warga KAB sendiri disamping ahli keluarga membawa juadah sampingan.
Tuuu dia..juadah yang menanti

Selepas berbuka, warga KAB bersama-sama anak kariah Taman Cenderawasih telah menunaikan solat Isyak dan Terawikh secara berjemaah.
Lumba siapa habis dahulu...aksi spontan yang sempat dirakamkan..

Alhamdulillah.Semoga ALLAH swt memberikan rezeki yang sebanyak-banyaknya kepada para penyumbang dan dikesempatan ini juga jutaan penghargaan diucapkan kepada Pengerusi dan Ahlijawatankuasa Surau UMMI YATIMAH kerana memberikan kebenaran kepada kami mengadakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga KAB yang terlibat..