Monday, May 31, 2010

TABkeL DAY3






JOM SERTAI ...


APA LAGI YANG DI NANTI..
TARIKH TUTUP TELAH DILANJUTKAN
HINGGA KE 20hb JUN 2010 INI..HADIAH..BERTAMBAH...

PENYERTAAN PERADUAN WARKAH KEPADA YDP BELUM DITUTUP...!!!

Tarikh Tutup PERADUAN WARKAH KEPADA YDP telah dilanjutkan sehingga
20 JUN 2010.
Jadi kepada yang masih mengarang.. anda masih boleh terus menghantarkan warkah2 anda..


Mengapa anda perlu menyertai peraduan ini???
-Kerana YDP menawarkan berbagai-bagai hadiah hanya untuk mencungkil bakat penulisan anda.
-Anda juga layak untuk menghantar lebih dari 1 penyertaan!!!

Jadi TUNGGU APA LAGI rakamkan apa yang berlegar di fikiran dan anganan anda!!!


KATEGORI PERADUAN
1. DEWASA
2. SEKOLAH MENENGAH
3. SEKOLAH RENDAH
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN·
-Mestilah ahli keluarga AL-BAJURI·
-Menghantar penyertaan mengikut kategori
- Mengemukakan nama sebenar dan alamat tempat tinggal·
-Tema bebas yang berbentuk idea, cadangan, pandangan yang membina atau luahan hati tentang apa sebenarnya yang anda semua harapkan dari AL-BAJURI·
-Penulisan dalam bentuk surat mengikut kreativiti.

Sila hantarkan penyertaan anda ke alamat berikut:
PERADUAN WARKAH KEPADA YDP
DATO` DR. HJ ZABIR BAJURI
NO. 10, JALAN BERLIAN 7/1A
40000 SHAH ALAM SELANGOR

atau email kepada : zabir@dzbgroup.com
atau fax ke nombor : 03-56373745

HADIAH MENARIK SEDIA MENANTI !!!
Kategori dewasa
Tempat pertama : RM 500
Tempat kedua : RM 300
Tempat ketiga : RM 200

Kategori sekolah menengah
Tempat pertama : RM 300
Tempat kedua : RM 200
Tempat ketiga RM150
Kategori sekolah rendah
Tempat pertama RM 200
Tempat kedua RM 150
Tempat ketiga RM 100

*setiap pemenang akan menerima hadiah iringan berupa sebuah BUKU
HADIAH PENYERTAAN :
BAUCAR menarik sumbangan YDP
HADIAH MISTERI menanti warkah yang paling kreatif dan membina

Sunday, May 30, 2010

Jemputan dari Semerah

Message dari YDP :
Tuan Hj. Jabar menjemput seluruh warga AB hadir ke majlis perkahwinan anakanda beliau di Semerah, Batu Pahat, Johor pada hari Sabtu, 12 Jun 2010.

Gambar sekadar hiasan

Diminta jemputan ini disampaikan kepada semua khususnya G1. Semua dijemput hadir.

Terima kasih.

Saturday, May 29, 2010

MULA-MULA DULU KITA MERIAH....

Salam sayang buat semua warga Al Bajuri di mana sahaja anda berada....

Kak Imang dah agak lama jugek tidak menulis di blog ini, macam-macam "alasan" yang mahu diutarakan, tetapi rasanya tak perlulah kerana bukan kena "denda" pun kalau tak tulis...

Rasa terpanggil untuk menulis di blog ini kerana malam semalam perasaan kak Imang tersentuh dengan komen daripada ahli-ahli keluarga yang saya amat sayangi...

Nak mula dengan tajuk pun kak Imang mengsambil masa lebih kurang 10 minit.....harap-harap tajuk yang tertera di atas tu sesuai dan tidak menimulkan isu... Lebih-lebih lagi hendaknya isi tulisan kak Imang akan selari dengan tajuk itu...

Kak Imang teringat kembali semasa blog keluarga kita ini dipelopori dan ditadbir oleh "adikku sayang" Amelia Basri .. begitu meriah dengan artikel seperti resepi, tazkirah (setiap Isnin oleh YDP), perkembangan keluarga kecil Azhan, Hj Zawal tak kurang juga mencoretkan sesuatu untuk tatapan kita, kak Imang sendiri "rajin" juga berkongsi perkataan-perkataan Jawa dan sebagainya.. Boleh dikatakan setiap hari ada saja posting baru yang menarik.... Hamid juga rajin berkongsi berbagai jenis tip dan motivasi yang boleh kita aplikasikan di dalam kehidupan harian kita...

Kebelakangan ini nampaknya terdapat sedikit "ketandusan" artikel dalam blog AB.  Yang ada pun hanya pengumuman-pengumuman mengenai kenduri dan mesyuarat dsb.. Laporan-laporan aktiviti yang dijalankan juga menjadi kelaziman kebelakangan ini...

Daripada apa yang kak Imang baca di blog ini juga, sambutan terhadap program / peraduan Warkah buat YDP setakat ini belum berapa mendapat sambutan...  Apa pun kak Imang juga perhatikan bahawa ahli keluarga lebih mirip / gemar  untuk berkomunikasi di laman FB...  Mungkin ianya lebih santai...  

Kak Imang ingin menyeru ahli-ahli keluarga dan diri kak Imang sendiri untuk bersama-sama "mencurahkan idea dan ilmu" dalam i blog kita ini supaya ia kembali "meriah" seperti mula-mula dulu...FB diteruskan, blog jangan ditinggalkan...

Salam sayang daripada Kak Imang dan keluarga....

Sekitar Mesyuarat AB bil 04/2010

(DRAF UNDANG-UNDANG KELUARGA AL-BAJURI)

Syukur alhamdulillah,Mesyuarat kali ke-04 tahun 2010 telah selamat dijalankan.Pada kali ini mesyuarat telah diadakan dikediaman rasmi Makcik/Wak Ita dikampung Olak Lempit.Akan tetapi,mesyuarat kali ini diadakan agak berbeza sedikit dari mesyuarat-mesyuarat terdahulu dimana pada kali ini,SEBELUM mesyuarat dimulakan,upacara tahlil dan majlis doa kesyukuran telah diadakan juga,tahlil untuk arwah Paman Tari dan seluruh ahli keluarga Al-Bajuri dan muslimin-muslimat.Alhamdulillah.Bacaan tahlil ringkas telah diketuai oleh abang Ayeem.

(EMPUNYA HAJAT..TAHNIAH IJAN)

(ANTARA AHLI KELUARGA YANG HADIR)

Selepas sahaja menjamu selera,(jamuan makan telah disediakan oleh pihak Tuan Rumah)
(ANTARA MENU YANG MENARIK)
sesi mesyuarat dimulakan,atas keperihatinan Dato'YDP dengan cadangan "awok",sebelum mesyuarat dimulakan,seluruh ahli keluarga dikehendaki bersalam dan memeluk pasangan masing-masing(lelaki dengan lelaki perempuan dengan perempuan).Seperti yang telah dipraktikkan dalam ESQ 165.Tujuan...anda akan TAHU bila anda laksanakan..cubalah.

Mesyuarat dijalankan dengan begitu lancar sekali,ternyata Dato'YDP serta Tuan Pengerusi AMAT berpuas hati dengan kehadiran pada malam ini.SYABAS warga AB..Kehadiran Kak Imang sekeluarga amat memeranjatkan seluruh hadirin yang ada.

Sejenak bersama adalah salah satu acara dalam mesyuarat ini.Idea asal dari Dato'YDP dimesyuarat yang lalu,dan pada malam ini,ianya telah direalisasikan oleh Dato'YDP sendiri.Alhamdulillah,banyak suka dan duka yang dialami oleh Dato'YDP telah dikongsi bersama.Dan pada malam ini juga DRAF UNDANG-UNDANG TUBUH KELUARGA AL-BAJURI telah diedarkan..renung-renungkanlah.Syabas kepada Puan Peguam kita,kak Farah...
(PENYERAHAN "WARKAH BUAT YDP"..)

Monday, May 24, 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI..

BAGI PIHAK YDP SEKELUARGA KAMI INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR PADA MAJLIS KAMI TEMPOH HARI. ALHAMDULILLAH MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR DAN KAMI MENGHARGAI KEHADIRAN SEMUA. POHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG CACAT-CELA SEMASA BERLANGSUNGNYA MAJLIS. WASALAM.

Sunday, May 23, 2010

NOTIS MESYUARAT ALBAJURI 04/2010

Salam Al-Bajuri,

Saya ingin menjemput semua warga Al-Bajuri yang berkesempatan untuk hadir dalam Mesyuarat No. 04 tahun 2010 yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 28.05.2010 (Jumaat)
Masa : 0900pm
Tempat : Rumah Hjh Sumiati (Cik Itah)
Refreshment : sudah tentu tuan rumah sediakan semua, tak perlu bawa apa-apa

Agenda :
1) hal-hal semasa
2) Bengkel Kenali AlBajuri (Cikgu Hamid)
3) Pertandingan 'Warkah Kepada YDP' (Cik Naz Azwa)
4) perkara=perkara berbangkit

Hjh Sumiati berbesar hati menjemput semua untuk hadir majlis 'mapati' (kesyukuran sempena 4b ulan kandungan isteri Ijan - Huda ) selepas Maghrib.

Mohon individu yang terlibat dalam agenda dapat membentangkan kertas kerja masing-masing. Pada yang mempunyai usul, sila juga bentangkan pada forum ini.

Semoga kehadiran semua dapat memeriahkan aktiviti AlBajuri 2010.

Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Fathulmubin Sajadi

Saturday, May 22, 2010

22 Mei..2 acara berbeza namun 1 pengertian

(Happy Birthday YDP)

Salam warga AB..sebentar tadi alhamdulillah kita sama-sama telah memenuhi undangan dari keluarga YDP.Bagi pihak seluruh ahli keluarga AB,kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas undangan ini.
22 Mei 2010,YDP telah menganjurkan 2 acara yang begitu bermakna sekali,walaupun 2 acara,saya rasa bagi pihak YDP serta keluarga,inilah 1 acara yang penuh dengan pengertian,acara "cukur jambul"cucu YDP serta yang paling istimewa sekali,menyambut hari kelahiran yang.........(still muda lagi) YDP.Kemaafan dipohon kerana agak terlewat sedikit dan TIDAK dapat buat liputan sempena majlis cukur jambul itu tadi,ini kerana saya serta keluarga telah tersangkut di Klang hampir 1 jam..jadi saya sampai ke kediaman YDP pun agak lewat,acara pada hari ini turut dihadiri oleh Ybhg Tan Sri Mohd B. Muhammad Taib serta Puan Seri.
Hidangan makan tengahari telah disediakan oleh Sarah Restaurant & Catering,Kampung Olak Lempit..memang best lauk-pauknya..tetapi yang menhadi tumpuan utama tentulah KamBinG..perhhh
(Pengerusi G2 sedang membincangkan sesuatu perkara yang MUSTAHAK dan perlu tindakan segera dengan Bendahari,berkemungkinan tahun ni AJK ada BONUS)
(menung jauh nampak Ijan)
(YDP sedang sibuk melayan para tetamu yang hadir)
(perbincangan sulit..antara isunya,hadiah utama bagi "warkah untuk YDP"..tv)
(ibu MitHali)

Thursday, May 20, 2010

Majlis Aqiqah Muhd Fatih Ilhan

YBhg Dato' Zabir serta keluarga dengan sukacitanya menjemput seluruh warga ke majlis Aqiqah Cucunda beliau, iaitu Muhammed Fatih Ilhan, putera sulung kepada Saudara Bilal Ilhan serta Pn. Fariza Ariffah..

pic from FB Kak Farah

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)

Masa : 11.00 pagi

Lokasi : Jalan Berlian, Shah Alam

Menu utama ialah 2 ekor kambing :)
Jemput datang yea....

Wednesday, May 12, 2010

Majlis Tahlil Allahyarham Dato' Hj. Basri

Salam semua Warga AB...

Pengumuman... Pengumuman....

Bonda Hjh Sabariah sekeluarga dengan sukacitanya menjemput seluruh warga AB hadir ke majlis tahlil Allahyarham Dato' Hj. Basri yang ke 4 tahun...

Tarikh : 15hb Mei 2010 (Sabtu)

Lokasi : Teratak kami di Desa Pinggir, Olak Lempit

Masa : Selepas solat Magrib

Walau bagaimanapun, ahli keluarga AB dijemput solat Margrib berjemaah bersama-sama...

Kehadiran semua amat dihargai dan dialu-alukan... Sila war-war kan kepada semua yea...
Terima kasih...


Friday, May 7, 2010

BERI LALUAN KEPADA IKLAN YE..TABkeL BERSIRI...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 ALBAJURI
Mohon perhatian kepada seluruh WARGA ALBAJURI
Adalah dengan sukacitanya,
Keluarga Hajjah Munjiah Bajuri menjemput saudara-mara semua
ke MAJLIS KESYUKURAN sempena lahirnya cucu sulong :
SHAZRINNAUFAL NURAIMAN BIN SAIFUL HASBULLAH
Pada : 8 Mei 2010
Selepas Maghrib
Bertempat di Teratak Nyaei, Lot 2676 Jalan Sentosa, Kg Olak Lempit.
Semoga dengan kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis tersebut.
ralat: bagi yg da lama xsinoman, bolehlah datang kendur2kan urat. hehehe..
Sekian. Salam 1 AlBAjuri.
Terima Kasih.
Wassalam.

Tuesday, May 4, 2010

TABkeL DAY2

sambungan ........

aktiviti pertama... tunggu matahari terbit di Pantai Chenang

rombongan cik kiah mengorak langkah ke Pekan Kuah

berkesempatan merempit di Langkawi

beli buah tangan untuk tackle awek Langkawi

quality control.....

hasil tangkapan....

sebelah petangg ... naik bot ke Kilim Geoforest Park dengan aktiviti tengok ikan sumpit, belangkas, ikan pari dll, masuk gua kelawar dan eagle feeding..


bergambar selepas sessi bermesra dgn ikan dan karang di sangkar

penghujung perjalanan, kalau terlajak ke Siam kita...
telefon Aya pun dh start cakap siam

Mamat ni tgh tengok helang ke, kampret(kelawar) ke tak dapat dipastikan

uh..... penat, sambung esok la pulok.....

bersambung..................................

TABkeL DAY1

Salam AlBajuri,

penat tunggu posting dari kamera baru (yang boleh masuk air) dari Cik Sur (aya), terpaksa buat posting untuk share gambar2 sepanjang TABkeL 2010.

Rombongan pertama sampai.... MH1446 (Intan & family, Ayang & family, Wak Minah & Cik Itah) AK xxxx [x ingat] (PP & Yasmin)

setibanya diLangkawi International Airport


kereta Toyota Isis yang disewa oleh Mie

singgah sebentar pekena laksa & rojak & cendol kat tepi runaway..

ketibaan di Malibest Resort disambut mesra oleh petugas Sdr. Hafiz (kat sana Yanto tukar nama)

dinner malam pertama dibiayai oleh Ayang & Mie... baru dpt bonus katanyer...

port kita Mie & the gang bila perut lapar tengah malam... bukak sampai 3 am

habis aktiviti TABkel DAY1

bersambung...................................