Saturday, May 29, 2010

MULA-MULA DULU KITA MERIAH....

Salam sayang buat semua warga Al Bajuri di mana sahaja anda berada....

Kak Imang dah agak lama jugek tidak menulis di blog ini, macam-macam "alasan" yang mahu diutarakan, tetapi rasanya tak perlulah kerana bukan kena "denda" pun kalau tak tulis...

Rasa terpanggil untuk menulis di blog ini kerana malam semalam perasaan kak Imang tersentuh dengan komen daripada ahli-ahli keluarga yang saya amat sayangi...

Nak mula dengan tajuk pun kak Imang mengsambil masa lebih kurang 10 minit.....harap-harap tajuk yang tertera di atas tu sesuai dan tidak menimulkan isu... Lebih-lebih lagi hendaknya isi tulisan kak Imang akan selari dengan tajuk itu...

Kak Imang teringat kembali semasa blog keluarga kita ini dipelopori dan ditadbir oleh "adikku sayang" Amelia Basri .. begitu meriah dengan artikel seperti resepi, tazkirah (setiap Isnin oleh YDP), perkembangan keluarga kecil Azhan, Hj Zawal tak kurang juga mencoretkan sesuatu untuk tatapan kita, kak Imang sendiri "rajin" juga berkongsi perkataan-perkataan Jawa dan sebagainya.. Boleh dikatakan setiap hari ada saja posting baru yang menarik.... Hamid juga rajin berkongsi berbagai jenis tip dan motivasi yang boleh kita aplikasikan di dalam kehidupan harian kita...

Kebelakangan ini nampaknya terdapat sedikit "ketandusan" artikel dalam blog AB.  Yang ada pun hanya pengumuman-pengumuman mengenai kenduri dan mesyuarat dsb.. Laporan-laporan aktiviti yang dijalankan juga menjadi kelaziman kebelakangan ini...

Daripada apa yang kak Imang baca di blog ini juga, sambutan terhadap program / peraduan Warkah buat YDP setakat ini belum berapa mendapat sambutan...  Apa pun kak Imang juga perhatikan bahawa ahli keluarga lebih mirip / gemar  untuk berkomunikasi di laman FB...  Mungkin ianya lebih santai...  

Kak Imang ingin menyeru ahli-ahli keluarga dan diri kak Imang sendiri untuk bersama-sama "mencurahkan idea dan ilmu" dalam i blog kita ini supaya ia kembali "meriah" seperti mula-mula dulu...FB diteruskan, blog jangan ditinggalkan...

Salam sayang daripada Kak Imang dan keluarga....

3 comments:

Yunus Badawi said...

Salam Imang dan keluarga AB yg lain.

Betul tu. Kalau tiada usaha berterusan, mula2 blog ini kurang meriah. Takut lama2 tutup terus.

Semoga blog ini kembali meriah dan berfaedah utk ahli keluarga AB dan sesiapa yg sudi singgah di sini mcm paman ni .....

♥Syamelia♥ said...

salam kak imang...
thx for yr post...
dah lama kak imang x buat post.. to xpe.. xde kena denda pun... hehheheheh

betul 2 kak...
maybe now dah ramai yg ada FB, so masing2 beralih ke sana, mybe coz lebih santai, n respon nya lebih cept...

xpe la, sy akan cuba sedaya upaya mengembalikan 'kemeriahan' blog ni bersama2 dgn 'contributor' yg lain...

insya allah...

niwey, thx for 'waking us' up :D

Unknown said...

sokong Amy..sama2 kita GEGAR blog ni lagii