Thursday, January 31, 2013

Febuari muncul lagi..

 
Ydp,Pengerusi serta barisan AJK KAB 2013 serta warga KAB ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada:
01) Ainur Fateha 20 Feb 2013
02) Al Zunurain Mubarak 08 Feb 2013
03) Shamshul Ariffin 06 Feb 2013
04) Salasiah Said 01 Feb 2013
05) Syafiq Achon 17 Feb 2013
06) Siti Sarah Shamshul Ariffin 03 Feb 2013
07) Eqin Da 23 Feb 2013
08) Hjh Zalina Mashod 01 Feb 2013
09) Rafidah Damirin 01 Feb 2013
10) Mariam Kamad 09 Feb 2013
11) Suhaimi Yusoff 10 Feb 2013
12) Surianim Satari 26 Feb 2013
13) Amy Basri 28 Feb 2013
14) Eila Suri 28 Feb 2013
15) Rozlinda Samsuri 02 Feb 2013
16) Hjh Farah Adriza 19 Feb 2013
17) Hj Shaik Mohamed Imran 19 Feb 2013
18) Ijaz Zarif 15 Feb 2013
19) Azwar Mustafa 20 Feb 2013

SEMOGA ALLAH [ANJANGKAN USIA,LUASKAN REZEKI SERTA AMALAN DITERIMA & DIBERKATI ALLAH swt
-biro maklumat KAB_

Wednesday, January 30, 2013

Mari Mengaji Quran


Minggu ke 2 Kelas Mengaji Al-Quran Keluarga Al-Bajuri telah pun selesai dilaksanakan.Alhamdulillah.Cuma,bermula minggu ini,kelas diadakan pada setiap hari Rabu malam Khamis selepas Solat Isya',dimana Ybhg Ustaz Arip akan menjadi tenaga pengajarnya.

Sesi permulaan dimulakan dengan pengenalan  huruf "Mad".Minggu ini Ustaz menerangkan apa itu huruf "Mad"
Huruf =          Terdiri daripada 3 huruf iaitu :
ي
و
ا
Makna =          Memanjangkan suara pada huruf-huruf mad dengan kadar 2 hingga 6 harakah
i.       Alif ( ا ) sebelumnya huruf berbaris di atas    =   قال
ii.      Wau ( و ) sebelumnya huruf berbaris di hadapan   =   يقول
iii.      Ya’ ( ي ) sebelumnya huruf berbaris di bawah    =    قيل
Bahagian         = Bagi Mad terdapat 2 jenis hukum iaitu :
  1. Mad Asli (Tabi’i)
  2. Mad Far’i

1.       MAD ASLI (TABI’I)
Makna =          Tidak ada huruf Hamzah ( ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Hukum =          Kadar bacaannya ialah 2 harakah
Makna =          Tidak ada huruf Hamzah ( ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Terdapat 3 Keadaan Mad Asli, iaitu :
  1. Wakaf Dan Wasal
  2. Wasal
  3. Wakaf

1.1       Mad Asli : Wakaf dan Washal
Huruf Mad tetap ada ketika washal atau wakaf samada :
i.    Huruf Mad itu terletak di tengah
ii.   Huruf Mad terletak di akhir

1.2       Mad Asli :  Washal (Shilah Shugra)
Mad Asli juga terjadi pada Washal (dan hilang ketika wakaf) –    pada Shilah Shughra, iaitu :
i.      Huruf Wau Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Dhammah
-    Untuk Ha Dhamir disambung dengan Wau,
disyaratkan agar huruf itu harus terdapat di antara 2 huruf yang berharakat
ii.      Huruf Ya Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Kasrah.
-    Untuk Ha Dhamir disambung dengan Ya,
disyaratkan agar huruf itu harus terdapat di antara 2 huruf yang berharakat

1.3       Mad Asli: Pada Wakaf
Mad Asli juga terjadi pada huruf Mad yang ada ketika Wakaf (dan hilang ketika Washal, iaitu jika disambung dengan kalimah sesudahnya). Hal ini terjadi pada huruf Alif Pengganti Tanwin (fathatain).

Selepas itu,Ustaz mendengar setiap pelajarnya membacakan Surah Al_Fateha dan Al-Baqarah..

1001 MAKSUD..TERSURAT dan TERSIRAT KELUARGA HJ.KAMAD

SUKA DUKA KELUARGA AL-KAMAD

Sedang ADMIN menguruskan tugasan harian,secara tiba-tiba phone ADMIN berbunyi..Lihat nombor,memang tak kenal,akan tetapi pangkal nombor tu ADMIN tahu bahawa ianya panggilan dari sekitar Putrajaya dan kawasan yang sama waktu dengannya.
Apa pun ADMIN ucapkan terima kasih kerana yang menelefon ADMIN sekadar bertanya bila nak buat posting baru,ADMIN berkata masih "belum"ada idea,cerita dah ada,cuma menunggu "Q" untuk disiarkan sahaja.
Sewaktu warga KAB berkunjung ke kediaman ayahanda Hj.Kamad baru-baru ini (ziarah) sambil borak-borak bersama ahli keluarga ayahanda Hj.Kamad admin terpandang ke arah satu sudut.hingga membuatkan admin pergi melihat dengan lebih jelas.SubhanAllah..cantiknya!Punyai idea yang di luar jangkaan atau lebih senang kalau admin katakan ianya amat kreatif!
Hanya sebuah lukisan tapi punyai 1001 makna yang tersurat dan tersirat.Sesuai sangat dengan "motto"keluarga ayahanda Hj.Kamad,iaitu GUYUP,PRIHATIN dan REDHA.

Sunday, January 27, 2013

SIZZLING MEE

Hari ni admin berkesempatan menikmati Sizzling Mee buatan Paman Wan..perghhh...memang menarik dn enak...Harga..boleh tahan..RM5.00 kosong kalau nak enak lagi tambah pulak dengan telur mata..perghh..terangkat beb..harga RM5.50 jer..Belum try..belum tau..jadi..trylah..



Team biro maklumat KAB

Wednesday, January 23, 2013

Kami prihatin


Alhamdulillah..program kunjungan mesra KAB ke Rumah Amal Asnaf Al-Barakh telah pun selamat dilaksanakan.Kunjungan "mengejut" ini di hadiri oleh Cikgu Hamid,Encik Bakar serta admin bukan bertujuan untuk mencari salah atau silap sesiapa,namun kunjungan ini lebih kepada kunjungan bersifatkan kekeluargaan.Kami solat berjemaah bersama,solat sunat hajat bersama dan paling utama Cikgu Hamid telah menyampaikan tazkirahnya.Alhamdulillah..Insya Allah program ini akan diadakan setiap bulan..demi mendidik anak-anak ini menjadi anak yang cemerlang dan gemilang yang berjasa kepada agama,bangsa dan negara.

Sunday, January 20, 2013

Ziarah ayahanda Hj Kamad

Sebaik sahaja selesai majlis doa selamat dan kesyukuran dikediaman Amirul Azmi..warga KAB berkunjung pula ke kediaman ayahanda Hj Kamad.Difahamkan,ayahanda Hj Kamad tidak berapa sihat.Bacaan doa turut diadakan bagi memohon kehadrat Allah swt agar memberikan kesihatan yang baik kepada beliau.


Team biro maklumat KAB

Majlis Doa Selamat & Kesyukuran

Meriah sungguh majlis doa selamat dan kesyukuran dikediaman saudara Amirul Azmi..segala-galanya meriah..makanan yang disajikan pun amat lazat sekali.
Disamping doa selamat sempena 7 bulan usia kandungan isteri beliau..bacaan tahlil turut diadakan.
Mudah-mudahan apa yang dihajati oleh pasangan ini akan dimakbulkan oleh Allah swt.Insya Allah.


Team biro maklumat KAB

Saturday, January 19, 2013

MESYUARAT KAB bil 1/2013

Alhamdulillah..mesyuarat bil 1/2013 telah pun selamat dijalankan dikediaman ibunda Datin Hjh Sabariah.Pada malam ini juga diadakan majlis bacaan Yaa-sin dan Tahlil dimana ianya telah dipimpin oleh Ybhg Dato'Dr Hj.Zabir Bajuri selaku YDP Keluarga Al-Bajuri.
Secara ringkasnya,mesyuarat pada malam ini membincangkan perjalanan program 2013 serta melantik jawatankuasa baharu.
Antara yang menarik, JEJAK KASIH KELUARGA SEMERAH,OUTING KELUARGA,FIRST AIDER DAN BANYAK LAGI YANG MENARIK.



Team biro maklumat KAB

Wednesday, January 16, 2013

WANITA INI HAMPIR DIROGOL..

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

Monday, January 14, 2013

NOTIS


Aliff-Bha-Tha....


Alhamdulillah..segala pujian hanya untuk Mu.Kelas mengaji Al-Quran Keluarga Al-Bajuri,telah pun bermula pada tanggal 13 Jan 2013.Kehadiran amat memuaskan.Belajar daripada peringkat awal lagi.Masing-masing saling membantu membetulkan mana yang silap,tapi tidak mengapa,yang penting sekali,NAWAITU nya

Thursday, January 10, 2013

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN anjuran KELUARGA AL-BAJURI


Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu katanya:  ”Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka ia memperoleh satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.”
(HR at-Turmudzi, katanya ia hasan sahih)
ADALAH DIMAKLUMKAN,KELUARGA AL-BAJURI AKAN MENGADAKAN KELAS MEMBACA,MEMAHAMI SERTA MENGHAYATI AL-QURAN .BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:


TARIKH MULA
13 JANUARI 2012
HARI
AHAD
MASA
3:00 PETANG – SOLAT ASAR
TEMPAT
SURAU AL-BAJURI
PENGAJAR
USTAZAH HAMIDAH

SELURUH WARGA KAB,(LELAKI/WANITA/ANAK-ANAK) ADALAH DIJEMPUT HADIR.
Dari `A’isyah radhiallahu `anha, katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang yang membaca al-Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan ALLAH yang mulia lagi sangat taat.  Sedang orang yang membaca al-Quran dan ia berasa susah dalam bacaannya (tidak lancar) tetapi ia selalu berusaha, maka untuknya dua pahala.”
(Muttafaq `alaih)

Thursday, January 3, 2013

SEJARAH KAB TERCIPTA LAGI

Keluarga Al-Bajuri MEMULAKAN TAHUN BAHARU 2013 DENGAN KECERIAAN,LEBIH-LEBIH LAGI BUAT PASANGAN PUAN Ma Suri & SUAMI,PABILA DIKURNIAKAN BAYI KEMBAR..ALHAMDULILLAH..TERCATAT DI DALAM SEJARAH KAB.SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN...BAYI PEREMPUAN SEBERAT 2KG & 1.9KG TELAH SELAMAT DILAHIRKAN DI HOSPITAL PANTAI CHERAS...ALHAMDULILLAH...

Tuesday, January 1, 2013

KHAS BUAT TOK ABIN & ISTERI


Ya Allah, kami bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh Tok Abin bersama isteri sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas mereka dan jadikan lah mereka berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepadamereka, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi mereka, Maka cukupkanlah permohonan mereka dengan redha-Mu. Jadikanlah mereka suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan mereka dengan menjadikan perkawinan mereka ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan mereka kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah mereka dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah mereka dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi mereka dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara mereka, pertautkan hati mereka, dan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan keselamatan. Selamatkan merekai dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan mereka dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

WARGA Keluarga Al-Bajuri MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARU ULANGTAHUN PERKAHWINAN KEPADA YDP & ISTERI...