Tuesday, February 26, 2013

2 generasi Sekolah Alam Shah


Dua generasi hasil Sekolah Alam Shah..
Sesuatu yang membanggakan dan menjadi pembakar semangat buat seluruh warga Keluarga Al-Bajuri.
Bukan mudah untuk mencipta sejarah yang tersendiri.Lebih-lebih lagi sejarah itu merupakan sejarah yang paling manis buat diri sendiri dan lebih manis lagi pabila ianya dikongsi bersama keluarga sendiri.
Itulah yang menjadi kenangan manis yang abadi buat ayahanda YDP serta keluarganya.

Monday, February 25, 2013

Penghargaan buat YDP...

YDP bersama Tuanku Sultan
Tanggal 23 Febuari 2013 yang lalu,merupakan hari bersejarah dan penuh bermakna buat diri ayahanda YDP Keluarga Al-Bajuri seterusnya juga memberikan kesan kepada warga Keluarga Al-Bajuri untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Pengerusi,serta barisan jawatankuasa Keluarga Al-Bajuri merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri kerana telah dipilih selaku penerima anugerah TOKOH ASAS sempena dengan sambutan JUBLI EMAS Sekolah Alam Shah baru-baru ini.Anugerah telah disampaikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Teks  Anugerah:-

‘CITATION’ TOKOH ASAS SEMPENA SAMBUTAN
JUBLI EMAS SEKOLAH ALAM SHAH PADA 23 FEBRUARI 2013

Setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang dari Sekolah Menengah Telok Datok, Banting, anak kelahiran Kampong Olak Lempit, Banting, Kuala Langat, Selangor ini telah terpilih untuk melanjutkan pelajarannya keTingkatan Enam(6) ke Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras Kuala Lumpur pada tahun 1965.

Selama berada di Sekolah Alam Shah dari tahun  1965 -1966, beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan muncul sebagai Pelajar Terbaik Jurusan Sastera dalam tahun 1966. Walaupun dalam masa yang singkat sahaja beliau berada di Sekolah Alam Shah, beliau amat disukai oleh rakan-rakannya disamping menjadi kesayangan guru-guru.Beliau telah mengukir namanya bersamaSekolah Alam Shah atas kapasitinya yang memainkan peranan yang serba menyerlah baikdari segi akademik, aktiviti sukan dan tidak ketinggalan di pentas sebagai penyayi. Penglibatan beliau dalam aktiviti sukan telah mencatatkan namanya sebagai wakil sekolah dalam arena bola sepak, sepaktakraw, badmintion dan ragbi.Beliau amat dikenali sebagai pemidato dan pembahas yang disegani waktu berada di sekolah.

Hasratnya untuk menjejak kaki ke Menara Gading menjadi realiti apabila beliau diterima masuk ke Fakulti Ekonomi danPentadbiran, Universiti Malaya pada tahun 1967.Seperkara yang menjadi kebanggaan ialah bila mana beliau telah ditawarkan Biasiswa Bank Negara yang mana tidak ramai yang mendapat tawaran biasiswa tersebut.

Kerjayanya bermula di Bank Negara Kuala Lumpur.Selepas setahun, beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Ekonomi di Bank Negara Pulau Pinang.Selama berada di Pulau Pinang, beliau pernah bertugas sebagai Pengarah, Bahagian Perumahan& Pembangunan Bandar.Sekembalinya beliau ke Kuala Lumpur, beliau telah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pengurus Unit Khas Bumiputra, Bank Bumiputera/Pegawai Khas kepada Pengerusi Eksekutif, Bank Bumiputera. Penglibatannya dalam beberapa institusi korporat seperti Credit Guarantee Corporation, Kumpulan Perangsang, Worldwide Holding, Shah Alam Properties, Carpet International, Holiday Inns, Kumpulan Darul Ehsan dan banyak lagi menjadikan beliau mempunyai pengalaman yang begitu luasdan menjadikan beliau sebagai ahli korporat yang berjaya. Dalam sejarah penglibatannya di SektorKorporat, beliau berjaya menyenaraikan lima (5) buah syarikat ke Bursa Saham Kuala Lumpur.

Rasa kecintaanya terhadap SAS menyebabkan beliau tidak jemu-jemu untuk mengusahakan penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal mengumpulkan bekas pelajar SAS di bawah satu
payung. Usaha tersebut menjadi kenyataan apabila dalam tahun 1984, ASAS telah ditubuhkan.Beliau adalah antara perancang dan pengasas terhadap penubuhan tersebut dan telah di lantik sebagai Timbalan Presiden membantu Presiden pertama ASAS iaituAllahyarham Lajman Hj.Sirat.Dengan kembalinya kerahmatullah Sdr. Lajman pada tahun 1989, beliau telah memangku jawatan Presiden dan kemudiannya di lantik sebagai Presiden ASAS kedua pada tahun 1989 hingga tahun 1999 ( 10tahun ) denganNo.Ahli 002.

Semasa menyandang jawatan Presiden ASAS, beliau telah Berjaya meletakkan ASAS ketahap yang tinggi yang memacu ke arah perjuangan bagi kepentingan ahli disamping mengharungi cabaran dari masa ke semasa. ASAS dibawah kepimpinan beliau telah Berjaya mendapatkan kuota seramai 10 orang bagi kemasukan anak ahli ASA keSekolah Alam Shah yang diperutukkan oleh KementerianPelajaran. Pelaksanaannya kekal hingga ke hari ini.Beliau mempunyai wawasan bagi menjadikan ASAS sebuah persatuan yang hebat dan standing dengan persatuan bekas pelajar yang lain di tanah air.

Sumbangan beliau yang terbesardan tidak dapat dilupakan ialah apabila beliau Berjaya mendapatkan sebidang tanah di Petaling Jaya dari Kerajaan Selangor untukmendirikan Bangunan ASAS.Cintanya kepada ASAS dan perjuangannya terserlah apabila beliau dengan tulus dan relahati mendahulukan bayaran premium tanah yang mencecah ratusan ribu.  ASAS hanya mengembalikan pendahuluan tersebutselepas 10 tahun dan beliau tidak meminta sebarang bayaran faedah atau fee pengurusan. Mulia sungguh dan begitu besar pengorbanannya terhadap ASAS.

Beliau juga pernah menjadi Pengurusi PIBG, SAS untuk beberapatahun di awal1990’an yang berjaya menjalin hubungan rapat dengan pihak sekolah untuk melakar banyak kejayaan untuk SAS.  Walaupun tidak lagi memegang jawatan presiden, beliau tetap setia dan sedia berbakti demi cintanya terhadap ASAS.Penglibatan dan sumbangan beliau tidak dapat dibutirkan satu persatu dalam‘ citation ‘ ini namun umum mengetahui bahawa sumbangan beliau terlalu besardan tidakternilai. Peranannya sebagaiPengerusi, Sidang Redaksi Penerbitan Buku KePuncak Jaya, dan peranannyasebagai Ahli Pemegang AmanahYayasan ASAS amatdihargai.

Beliau telah menempatkan dirinya diantara individu yang berjaya dalam apa juga aspek kehidupan. Dalam bidang akademik, beliau telah berjaya dalam bidang Ekonomi, Banking, Business Management & Corporate.Dalam bidang kerjayanya, beliau telah menyandang jawatan Pengerusi, PengarahUrusan/CEO di beberapa Syarikat Korporat tersohor.Sumbangan beliau kepada Negara pula telah membawa beliau dianugerahkan dengan Bintang&KebesaranNegeri& Negara.
Beliau juga banyak memberi sumbangan kepada Persatuan Perniagaan seperti menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan & Perusahaan Melayu Malaysia, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor.

Sempena sambutan Jubli Emas ASAS, bagi tahun 2013, ASAS amat berbangga dengan kejayaan yang di tempa olehnya serta sumbangan yang telah dicurahkan kepada ASAS, makaJawatankuasa Induk ASAS dengan ini mengiktiraf dan menganugerahkan gelaran TOKOH ASAS TAHUN  kepada :
                                               YBHG.DATO’(DR) HJ.ZABIR BIN BAJURI


Sekian, terima kasih

Saturday, February 23, 2013

Ustaz Don Daniyal dan KAB

Pada awal pagi yang cukup indah ini bertempat di Putrajaya,kuliah yang menyentuh bab solat telah disampaikan oleh ustaz yang cukup popular pada masa ini,iaitu Ustaz Don Dayial.Kuliah ini adalah anjuran KUIS dan Sekolah Alam Shah turut dihadiri oleh YDP Keluarga Al-Bajuri.Semoga YDP dapat berkongsi dengan kita semua tentang intipati kaandungan kuliah tersebut,InsyaAllah.

Sunday, February 17, 2013

Membawa 1001 hajat ke Johor Darul Takzim

kreatif.."pengantin senantiasa menyambut tetamu"

Perjalanan yang mengambil masa 3-4 jam tidak dirasai.Keletihan memandu TANPA  henti hilang pabila dapat bersua dengan sanak-saudara yang jauh dan ada yang belum pernah bersua muka,berkenalan melalui alam maya sahaja.Namun,ianya tidak menjadi halangan untuk kita mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain,bak kata pepatah,yang jauh didekatkan,yang dekat dieratkan.
Embah Sujak.

Admin berkesempatan memenuhi undangan keluarga di Johor pada tanggal 16 Febuari 2013.Undangan daripada Ybhg Tuan Haji Mohd Padil Bin Abd.Rahim serta Puan Hajjah Umi binti Sujak talah selamat dilangsungkan dengan baik,teratur dan penuh dengan keceriaan.Konsep gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Melayu,Semerah masih dikekalkan di sini.
Admin tiba sekitar jam 12.00 tengahari dan telah disambut  oleh tuan rumah.Layan yang cukup memuaskan hati serta terbaik telah diberikan,apapun jutaan terima kasih admin ucapkan di atas layanan yang telah diberikan.Admin juga telah dikenalkan dengan beberapa orang saudara di sana.Teruja!dan menyahut saranan Yang Di-Pertua KAB dan Pengerui KAB  seperti yang telah disuarakan di dalam mesyuarat KAB bil 1/2013 yang lalu,dimana YDP berhasrat untuk mengumpulkan seluruh ahli keluarga "Embah",maka admin telah sampaikan hasrat berkenaan kepada "Paman Din" dimana admin katakan bahawa KAB akan buat kunjung hormat ke Semerah suatu hari nanti serta admin sedang berusaha untuk mendapatkan segala maklumat keluarga.Alhamdulillah,hasrat tersebut telah disambut baik oleh keluarga disana.
Tuan Haji Mohd Padil (berbaju Oren) sibuk melayani tetamu

Mewakili Yang Di-Pertua,Pengerusi serta seluruh ahli Keluarga Al-Bajuri,TAHNIAH diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Padil serta isteri kerana mendapat seorang lagi menantu,manakala kepada Encik Ibrahim Irham Mohd Padil serta isteri,Raja Juliza Raja Soid,selamat pengantin baru diucapkan.Semoga bahagia hingga ke akhir-hayat.
Antara saudara Johor yang sempat admin jumpa

Kesimpulan: Admin benar-benar tersentuh,pabila sambutan serta layanan yang diberikan kepada admin merupakan sambutan dan layanan yang first-class.Apa yang menarik,AL-BAJURI terkenal dimana-mana sahaja,dan admin "berbangga"kerana segala info Keluarga Al-Bajuri,keluarga di Johor SENANTIASA  mengikutiinya melalui laman blog KAB ini,


Thursday, February 14, 2013

Gempar! KELUARGA AL-BAJURI berhimpun TIDAK berrpuas hati dengan???

Timbalan Pengerusi KAB bersama "air Yasin Abang Achon"

Dijadualkan setiap hari Ahad bermula seawal jam 9.00 pagi kira-kira hampir 10 hingga 12 orang warga Keluarga Al-Bajuri telah berhimpun di sebuah Dewan di kampung Olak Lempit.Ada yang membawa keluarga.Ada yang membawa teko berisi air Nescafe panas,ada yang membawa tin biskut serta macam-macam lagilah ragam warga Keluarga Al-Bajuri ini.Suasana sepi di dewan yang pada awalnya sunyi-sepi tetiba bertukar menjadi riuh dengan pekikan di sana-sini.
Gaya "star"yang dipamerkan oleh Pengerusi KAB

Inilah dia program mingguan terbaru warga Keluarga Al-Bajuri.Bermain badminton.Dari Tuan Pengerusi Keluarga Al-Bajuri hinggalah anak kecil keluarga Bakar Haryanto dan Suhaila,sudah pasti ada setiap hari Ahad.
Boleh tahan juga gandingan Adood dan Agus ni.

Bukan main untuk mendapatkan kemenangan serta mengeluarkan peluh dan membakar segala lemak-lemak yang terdapat di dalam badan masing-masing,akan tetapi matlamatnya,mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.Yang paling seronok,bila pasukan yang menang akan "membuli"pasukan yang kalah,memang bingit seketika suasana di dalam dewan tersebut.
Bila sudah penat,santai pula diluar dewan sambil menghirup secawan nescafe panas yang telah disediakan oleh Hjh Maknim.Cuma pada awal minggu,Timbalan Pengerusi Keluarga Al-Bajuri telah menyumbangkan satu peti air minuman bertenaga dimana ada yang menggelarkan air tersebut AIR YA-SIN ABANG ACHON.
Macam-macam ragam dah telatah.
Tapi itu semua adalah kenangan manis dan terindah buat KELUARGA AL-BAJURI.Persefahaman serta sifat hormat antara satu-sama lain yang telah ditunjukkan oleh warga Keluarga Al-Bajuri jelas kelihatan.
Sampaikan ada pihak "luar"bertanyakan kepada ADMIN,bagaimana "handle"keluarga yang besar ini.Admin cuma katakan kepada beliau,kami dikeluarga Al-Bajuri mempunyai sebuah organisasi yang mantap,yang diterajui oleh Yang Di-Pertua disamping gandingan mantap Hj.Mubin dengan para jawatankuasanya,serta yang paling penting,sematkan di dalam diri,bahawa dimana sahaja kita berada kita mesti ingat,kita bukan sahaja membawa imej diri,akan tetapi imej KELUARGA AL-BAJURI.Kalau imej yang baik,sudahn pasti nama yang baik kita peroleh,namun jika imej yang negatif kita paparkan,kesan negatif itu akan tercalit dinama KELUARGA AL-BAJURI...dan sahabat admin itu terus berkata yang beliau cemburu dengan keluarga kita ini.
Adam selaku Pengurus Pasukan Adood dan Timbalan Pengerusi KAB,Cikgu Hamid



 

Friday, February 8, 2013

YDP KAB bersama Dato'Seri Najib (Perdana Menteri Malaysia)

YDP KAB MENYERAHKAN CEK SUMBANGAN KEPADA YAB PM

Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya,pada tanggal 7 Febuari 2013 melakar satu sejarah yang tersendiri dan manis pabila telah berjaya menganjurkan MALAM GALA JUBLI EMAS.Lebih bermakna pabila YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Seri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak turut hadir.
Pada malam berkenaan,YDP Keluarga Al-Bajuri,ayahanda Dato;Dr.Hj.Zabir bin Bajuri,turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sultan Alam Shah.
WAJAH CERIA YDP DAN YAB PERDANA MENTERI