kreatif.."pengantin senantiasa menyambut tetamu" |
Perjalanan yang mengambil masa 3-4 jam tidak dirasai.Keletihan memandu TANPA henti hilang pabila dapat bersua dengan sanak-saudara yang jauh dan ada yang belum pernah bersua muka,berkenalan melalui alam maya sahaja.Namun,ianya tidak menjadi halangan untuk kita mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain,bak kata pepatah,yang jauh didekatkan,yang dekat dieratkan.
Embah Sujak. |
Admin berkesempatan memenuhi undangan keluarga di Johor pada tanggal 16 Febuari 2013.Undangan daripada Ybhg Tuan Haji Mohd Padil Bin Abd.Rahim serta Puan Hajjah Umi binti Sujak talah selamat dilangsungkan dengan baik,teratur dan penuh dengan keceriaan.Konsep gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat di Kampung Melayu,Semerah masih dikekalkan di sini.
Admin tiba sekitar jam 12.00 tengahari dan telah disambut oleh tuan rumah.Layan yang cukup memuaskan hati serta terbaik telah diberikan,apapun jutaan terima kasih admin ucapkan di atas layanan yang telah diberikan.Admin juga telah dikenalkan dengan beberapa orang saudara di sana.Teruja!dan menyahut saranan Yang Di-Pertua KAB dan Pengerui KAB seperti yang telah disuarakan di dalam mesyuarat KAB bil 1/2013 yang lalu,dimana YDP berhasrat untuk mengumpulkan seluruh ahli keluarga "Embah",maka admin telah sampaikan hasrat berkenaan kepada "Paman Din" dimana admin katakan bahawa KAB akan buat kunjung hormat ke Semerah suatu hari nanti serta admin sedang berusaha untuk mendapatkan segala maklumat keluarga.Alhamdulillah,hasrat tersebut telah disambut baik oleh keluarga disana.
Tuan Haji Mohd Padil (berbaju Oren) sibuk melayani tetamu |
Mewakili Yang Di-Pertua,Pengerusi serta seluruh ahli Keluarga Al-Bajuri,TAHNIAH diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Padil serta isteri kerana mendapat seorang lagi menantu,manakala kepada Encik Ibrahim Irham Mohd Padil serta isteri,Raja Juliza Raja Soid,selamat pengantin baru diucapkan.Semoga bahagia hingga ke akhir-hayat.
Antara saudara Johor yang sempat admin jumpa |
Kesimpulan: Admin benar-benar tersentuh,pabila sambutan serta layanan yang diberikan kepada admin merupakan sambutan dan layanan yang first-class.Apa yang menarik,AL-BAJURI terkenal dimana-mana sahaja,dan admin "berbangga"kerana segala info Keluarga Al-Bajuri,keluarga di Johor SENANTIASA mengikutiinya melalui laman blog KAB ini,
No comments:
Post a Comment