Saturday, June 29, 2013

Dalam diam sahaja......


Dalam diam dan tanpa disedari,ada dikalangan warga KAB yang begitu aktif dalam dunia sukan.Alhamdulillah..sememangnya warga KAB ni semuanya handal dalam bidang masing-masing.
Warga KAB merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Nimsay Iriaz atau nama penuhnya Zairi Yasmin kerana telah mewakili Negeri Sembilan di Sukan Malaysia XVI 2013.Semoga dapat mengharumkan nama negeri yang diwakilnya dan juga nama Keluarga Al-Bajuri..Syabas!Nimsay..

Friday, June 28, 2013

Jemputan


Sunday, June 23, 2013

Walaupun JEREBU.....

Masing-masing menceritakan pengalaman ketika berada di kota suci Mekah

Alhamdulillah,tamat sudah Mesyuarat Keluarga Al-Bajuri bil 2/2013 yang telah diadakan di Telok Datok.Kepada yang hadir,admin mewakili pihak tuan rumah ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian melapangkan masa menghadiri mesyuarat pada malam ini.Walaupun cuaca masih lagi berjerebu,namun ianya tidak mematahkan semangat untuk warga KAB duduk berbincang pelbagai perkara serta program-program yang bakal menjelma.
Hj.Mubin mempengerusikan mesyuarat

Pulut beserta serawa durian oleh keluarga Hj.Mubin
Terima kasih juga diucapkan kepada warga KAB yang sudi membawa juadah untuk dikongsi bersama.Pelbagai juadah telah disediakan seperti sate,gembrengseng,serawa durian dan pulut,kek coklat,mee goreng serta buah-buahan  dan penampilan isyimewa teh tarik mak ngah.
Kek daripada Puan Mariam sekeluarga

Kelainan yang ada pada mesyuarat kali ini pabila julung kalinya ada acara cabutan bertuah.Alhamdulillah dan terima kasih kepada penyumbang hadiah.
Bismillah..menikmati hidangan

sesi cabutan bertuah : penerima SURI
sesi cabutan bertuah :penerima SUHAIL
sesi cabutan bertuah: Hj.Zawal
sesi cabutan bertuah:penerima Puan Mariam
Pada malam ini juga mesyuarat telah memutuskan beberapa perkara,antaranya:-
  1. Perlantikan Pengerusi Penyelaras Hari Keluarga 2013-Encik Amirul Azmi
  2. Sambutan Hari Keluarga 2013 pada 30 NOVEMBER 2013
  3. Program tadarus,iftar serta solat terawikh akan diadakan pada pertengahan Ramadhan 1434H
  4. Baraan Aidilfitri KAB akan bermula jam 11.00 pagi pada hari raya pertama.