Salam semua,
Monday, November 2, 2009
MESYUARAT G2 ALBAJURI
Posted by husnafazira at 9:56 PM 6 comments
MERAIKAN BAKAL HAJI
Bakal haji mengenakan busana ESQ 165, semoga semangat ESQ mengiringi ibadah beliau



Untuk makluman, Hajjah Norliza Suleiman (Kak Liza) akan juga berangkat ke Tanah Suci pada 07.11.2009 (Sabtu) pukul 4.00 pagi.
Marilah kita semua mendoakan tetamu Allah ini dari kalangan ahli keluarga AlBajuri khasnya dan semua bakal haji amnya agar diberi kesihatan sepanjang berada disana dan mendapat haji yang mabrur.
Posted by husnafazira at 9:25 PM 1 comments
Saturday, October 24, 2009
Article on Iffa's Reception at Berita Harian
Direnjis-renjis: Cinta jarak jauh
Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
![]() |
Percintaan Bilal dan Fariza umpama peribahasa ikan di darat asam di laut, di dalam periuk bertemu jua
KEBUNTUAN yang dialami sekian lama akhirnya terlerai apabila beliau mengambil keputusan menulis surat kepada bapanya bahawa beliau akan disunting seseorang dalam masa terdekat. Baginya, agak sukar untuk meluahkan rahsia hati walaupun hakikatnya jarak antara dan beliau dan bapanya hanyalah sekadar beberapa langkah kerana mereka tinggal sebumbung.
Bagaimanapun, kehalusan hati budi Fariza Ariffah Dr Zabir menulis bingkisan untuk bapanya bagi menyatakan hasrat hati mendirikan rumah tangga dianggap sebagai sesuatu yang sangat peribadi, tetapi tulus.
“Saya tidak tahu apakah cara terbaik memberitahu bapa kerana bakal suami saya ini sangat istimewa orangnya dan beliau bukan berada di Malaysia. Selain itu, saya juga tidak mahu mendukacitakan bapa terutama dalam hal sebegini.
“Mahu atau tidak, saya mesti memberitahu bapa kerana si dia bercadang mengunjungi saya bagi mendapatkan kebenaran untuk memperisterikan saya,” katanya sambil tersenyum manis dalam persalinan gaun labuh berjilbab seakan wanita Arab.
Memulakan kisah, Fariza bertemu bakal suami ketika mengunjungi Beijing atas urusan pendidikan dan kemanusiaan pada 2007. Selepas pulang dari Beijing, kemudahan teknologi yang ada memudahkan beliau meneruskan persahabatan dengan Bilal Ilhan melalui jaring elektronik.
![]() |
| Fariza dan Bilal bersama kedua-dua ibu bapa Fariza, Datuk Zabir Bajuri dan Datin Saodah Malek. |
“Saya pada mulanya tidak pernah terfikir Bilal akan menjadi suami saya kerana kami tidak pernah bercakap mengenai perkahwinan. Perkara yang sering dibahaskan bersama Bilal ialah mengenai agama dan kehidupan yang menuntut manusia melakukan banyak perkara untuk memperoleh kesempurnaan dalam hidup.
“Tambahan pula, Bilal dilahirkan di Turki dan warganegara sana walaupun beliau melanjutkan pelajaran di Beijing. Saya tahu Turki adalah sebuah negara moden dan sekular, tetapi Bilal dan keluarganya masih mengamalkan pegangan agama yang kuat, inilah yang menyenangkan hati saya,” katanya.
Ternyata Fariza berada di atas landasan yang betul apabila Bilal juga berasakan sesuatu yang sama mengenai Fariza, iaitu pendirian mereka terhadap agama yang wajar dijunjung dan didahulukan berbanding semua perkara menyebabkan masing-masing saling tertarik walaupun tidak pernah menyuarakan rasa hati.
“Pada pertengahan 2008, Bilal mengunjungi saya di Kuala Lumpur dan kami mengadakan persiapan rapi bagi meraikan kedatangannya walaupun dia hanya datang seorang diri tanpa keluarga.
![]() |
| Fariza dan Bilal bersama keluarga di Istanbul. |
“Kedatangannya juga adalah kedatangan silaturahim kerana kami tidak pernah berbincang mengenai majlis bertunang mahupun perkahwinan walaupun ketika itu saya dan Bilal sudah menemui kata putus,” katanya.
Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan, Bilal disambut dengan meriah oleh keluarga Fariza. Ibarat kata hajat yang baik tentunya dipermudahkan Allah, bapa Fariza, Datuk Dr Zabir Bajuri menerima Bilal dengan tangan terbuka lantaran tutur kata dan budi bahasa Bilal yang begitu menghormati orang tua serta seluruh kaum keluarga Fariza.
“Bapa mengadakan sidang video dengan keluarga Bilal di Istanbul, Turki. Keadaan menjadi lebih ceria kerana daripada perbincangan bertanya khabar menjadi kepada perbualan yang lebih serius dengan ahli keluarga Bilal walaupun melalui sidang video.
“Paling membahagiakan saya ialah apabila bapa menerima bakal suami saya seadanya. Dengan segala kebaikan yang ada pada Bilal dan mungkin niat kami ikhlas, persiapan dilakukan untuk majlis perkahwinan kami,” katanya.
Pada majlis perkahwinan yang unik itu, hantaran yang diberikan Bilal kepada Fariza adalah tujuh dan dibalas tujuh juga oleh Fariza yang menyediakan sendiri barang hantaran daripada pihak Bilal memandang kesemua keluarga sebelah bakal suami datang jauh dari Turki.
Paling mengujakan Fariza, majlis bertandang di Istanbul disertai oleh seluruh ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai keluarga mereka kerana selain menghadiri majlis istimewa, mereka juga seakan-akan mengalami percutian indah serta menggembirakan lantaran majlis berkenaan diadakan di kawasan tepi laut di kediaman keluarga Bilal.
“Saya menganggap majlis bertandang di rumah keluarga Bilal seperti acara bulan madu kerana lokasi majlis diadakan berdekatan dengan kawasan pantai. Memang amat menyenangkan kerana keluarganya meraikan kami dengan penuh kemeriahan seperti kami meraikan kedatangan mereka ke Kuala Lumpur.
“Saya yakin pilihan saya tepat kerana Bilal dan keluarganya mengamalkan ajaran Islam walaupun Turki begitu moden dan sekular. Laungan azan daripada masjid juga kedengaran setiap kali masuk waktu dan hal ini sudah amat menyenangkan saya,” katanya yang kini menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Malaya.
Setiap ibu bapa mahukan terbaik untuk anak
SEBAGAI anak bongsu daripada empat beradik, Fariza Ariffah ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa, Datuk Dr Zabir Bajuri dan Datin Saodah Malek. Segala kehendak cuba dipenuhi lebih-lebih lagi perkara berkaitan pendidikan kerana beliau berpendapat pendidikan adalah asas terpenting dalam kehidupan setiap individu.
Justeru selain pendidikan agama, Dr Zabir turut menghantar Fariza melanjutkan pelajaran ke luar negara mengikut jejak langkah ketiga-tiga saudaranya yang lain walaupun berat hati beliau dan isteri untuk melepaskan anak yang selama ini membesar di depan mata mereka.
“Fariza mampu berdikari walaupun kami tiada di sisi. Dia amat memberatkan asas Islam selain menggemari kerja kebajikan dan sosial yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Apabila dia memberitahu ingin berkahwin, saya tidak memberikan sebarang kenyataan kerana yakin dengan pilihannya.
“Saya tidak mengetahui dia sudah mempunyai pilihan, tetapi cara dia menyatakannya kepada saya melalui surat yang ditulis membuatkan hati kecil saya tersentuh. Alhamdulillah Bilal juga adalah pemuda yang baik dan memenuhi ciri sebagai suami,” katanya.
Sebelum menerima Bilal sebagai menantu, Zabir turut menguji Bilal dengan beberapa perkara seperti meminta Bilal memperdengarkan bacaan al-Quran dan menjadi imam bagi mereka sekeluarga ketika menunaikan solat.
“Alhamdulillah, dia menunaikan permintaan saya dengan jayanya. Saya meminta dia berbuat demikian bukan bermaksud tidak mempercayai kemampuannya, tetapi yakin bahawa setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
“Perkahwinan anak bongsu saya dengan Bilal Ilhan, lengkap sudah kehidupan mereka dan saya serta isteri berdoa semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu,” katanya.
INFO:
Adat perkahwinan Turki
-Thanx Ms. Shaidah Shafie!!!
Posted by ♥Syamelia♥ at 6:40 PM 0 comments
Thursday, October 22, 2009
Transit di Bahrain
Teka teki :
"di manakah tempat yang banjir dulu sebelum hujan?"
Jawapan nya: BAH-RAIN!!! ekekkekekkeke
We were accommodated at 'Bahrain International Hotel'... When I heard the hotel's name, I was imagining a 3 or 4 star kinda hotel. Well, rupanya the word 'International' hanya tempalan jer... Hakikatnya... no comment la... Something like our 'KL International Hotel' kot, yang located at Chow Kit... But to make thing worst are the customers... Agak teruk la... Tak sesuai kot nk mention dkt blog AB yg suci murni nih... hehheheheh....
According to Kak Farah dalam Facebook, it was more to a 'BROTHEL' (google it!), compared to a hotel... But its ok la.. We're grateful as it's basic needs were sufficient.
We could clean ourselves, solat, rest, n such dengan selesa... It was just the environment jer yang x brapa ok... Furthermore, service pun ok, had technical default in the room but got it fixed, fast!
Mira kata, macam London Cab gak..
it was spacious we 'sumbat' 6 adult n 2 children in...
Sampai tertido dorg...
Mau idok, dkt Malaysia da kul 1 pagi...
Posted by ♥Syamelia♥ at 9:53 PM 3 comments
Tuesday, October 20, 2009
Manantu Wak Kemad yang Rajin
Entri ini tidak ditaja oleh Sunsilk mahupun Kuah Rojak Mak Bee :)
Hari Ahad lalu, kami ke rumah Wak Kemad. Semasa kami di sana, abang Suhaimi tengah sibuk 'menyental' buah mangga yang telah masak... waduh2!! rajin sungguh menantu Wak yang sorang ni... Lihat sajalah :
bahan-bahannya:
1 botol syampu sunsilk biru, warna ijo xmo yea...
steel wool serta berus plastik, berus sabun x diterima...
Baldi merah
Bakul biru
beberap aliter air
mak saya kata, kalu nk makan terus dengan kulit pun boleh...
kalu nak lagi sedap sila makan bersama kuah rojak Mak Bee...
Posted by ♥Syamelia♥ at 12:29 AM 3 comments
Labels: keluarga Hj. Kamad
Wednesday, October 14, 2009
Sesi ziarah..
Posted by farahadriza at 4:18 PM 0 comments
Kegiatan yang tidak kurang pentingnya - sesi membeli-belah !!
The very colourful side of Istanbul ! Yes shopping di bazaar-bazaarnya ! Beraneka jenis selendang sutera, pashmina, alas meja yang memukau pandangan..
Posted by farahadriza at 4:05 PM 2 comments
Lain-lain kegiatan di Turki - sesi bersiar-siar...
Posted by farahadriza at 3:29 PM 1 comments
Tuesday, October 13, 2009
Fariza ile Bilal - Istanbul Wedding Reception
Salam semua...
Just 2 share some pictures taken during Fariza & Bilal's wedding reception at Istanbul...
The wedding took place at a park (like our Taman Tasik Titiwangsa) by the beach...
Sangat cantekkk...
It was amazing, we could even see the sunset...
Not gonna say much, let the pictures speaks for itself :
Peringatan : posting ini sggt byk gambar!!!
Penyiri.... (cheese)
note :
dear Ifa & Bilal,
U may sms me and i'll try 2 correct it straight away... thx
n 2 the blog readers,
pls excuse the quality of pictures taken by my humble camera...
Posted by ♥Syamelia♥ at 12:00 AM 6 comments
Labels: keluarga Dato' Zabir
Monday, October 12, 2009
UNDANGAN
Masa : 11.30 pagi
Tempat: T-179,Jalan Anggerik,Taman Seri,Telok Datok,Banting.
p/s: maaf,kerana ulang siar paparan ini..
Posted by zawal at 9:13 PM 4 comments
Labels: keluarga Mashod Mariamah
Sunday, October 11, 2009
Sneak preview... Coming soon!!!
Syukur Alhamdulillah.. Rombongan Cik Kiah... ops! salah.. Maksud saya, rombongan DZB ke Istambul telah selamat pergi dan kembali ke M'sia... Terima kasih atas doa kalian....
Kami selamat mendarat di KLIA pada hari Khamis 8 Oktober 2009... Masing2 dah rindu nasik, sambal belacan, tempe dll ms 2... lol...
The trip n the reception went on smoothly... To the Ilhan family, Tasekkur Ederim...
Untuk posting, selanjutnya, TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUU...............
Posted by ♥Syamelia♥ at 8:38 AM 0 comments
Labels: keluarga Dato' Zabir, updates, wishes
Thursday, October 1, 2009
Anakku ( zakwan) pulang dari sekolah bersama cerita dengan beberapa titis airmata.Nak tahu kenapa? Hari ini merupakan sambutan rasmi hari persaraan Tok Cu Masripah di SKOL.Baru kutahu bhw tok cu bermakna dlm rutin harian anakku. Bersungguh dia nak aku sediakan present, brsemangat dia nak sampaikn pd tok cu dan aku nampak dia lebih ceria pergi ke sekolah. (x sangka balik nangis pulak!)
Di kesempatan ini aku ingin ucapkan terima kasih buat Ucu Pah atas budinya mendidik Zaid & Zakwan sepanjang beliau bertugas di SKOL. Aku doakan Ucu Pah bahagia menjalani rutin harian sepanjang tempoh persaraan ini. Moga Allah membalas segala jasa baikmu dgn sebaik-baik ganjaran. Kpd warga AB yg lain lebih2 lagi yg pernah menjadi anak didik Ucu Pah, ucapkanlah terima kasih kalian utk kesekian kalinya (walaupun dulu ucu Garannggg)............
Posted by Mieds at 10:23 PM 4 comments
Sunday, September 27, 2009
SALAM AIDILFITRI

Salam warga Al-Bajuri yang dikasihi sekelian.Rasanya masih belum terlambat untuk diri ini mengucapkan Selamat Hari Raya,maaf zahir dan batin di atas segala-galanya,baik saya sedari ataupun tidak disedari.Baik bila berjumpa ataupun ketika saya membuat artikel di dalam laman blog ini.Maaf juga kerana hingga hari ni saya sekeluarga masih lagi belum berkesempatan ke rumah warga Al-Bajuri.
Salam aidilfitri dari saya sekeluarga..
Ikhlas daripada:-
Zawalajam Hj. Mashod,Rafidah Hj. Damirin,Arif Afif Zawalajam dan Adriana Amni Zawalajam.
Posted by zawal at 3:33 PM 2 comments
Thursday, September 17, 2009
SALAM AIDILFITRI
BUAT SEMUA WARGA AL-BAJURI,
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN.
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA KAMI :
Posted by farahadriza at 3:26 PM 2 comments
Friday, September 11, 2009
11th September 2009
11th September 2009 is supposed to be Dad's birthday... Apparently, the last celebration that we had was way back in 2005 before he left on 22nd July 2006...
Nevertheless, 11th September will always be a date i cherish for the rest of my life... Even though he is no longer with us, but his spirit, memories and strength will always be with me... For as long as i shall live...
May he rest in peace... Semoga roh Abah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Amin...
ps :
♥,
eB
Posted by ♥Syamelia♥ at 8:54 AM 7 comments
Labels: keluarga Dato' Basri



