Monday, November 28, 2011

JAWATANKUASA KECIL SAMBUTAN

Sunday, November 27, 2011

TENTETIF PROGRAM HARI KELUARGA 2011


Tarikh : 24 Disember 2011 (SABTU)

Masa

Program

06:00 petang

PENDAFTARAN WARGA KAB

07:00 malam

Solat Maghrib berjemaah / Tahlil

08:15 malam

Solat Isya’ berjemaah

08:30 malam

Makan Malam/Tayangan Video “Himpunan Program KAB 2011”

09:00 malam

Perasmian oleh Pengerusi KAB

09:30 malam

Ceramah Agama

11:00 malam

Bersurai

Tarikh : 25 Disember 2011 (Ahad)

Masa

Program

04:00 pagi

Qiamullail

06:00 pagi

Solat Subuh berjemaah

08:00 pagi

Berkumpul di Tanah Perkuburan Olak Lempit/Gotong-royong

09:00 pagi

Sarapan

09:30 pagi

Solat Sunat DHUHA

10:00 pagi

Perasmian Dusun Warisan Al-Bajuri

10:15 pagi

“Update Family”

11:15 pagi

Permainan (Kanak-kanak dan Dewasa)

12:30 thari

Makan thari/Solat Zohor berjemaah

02:00 petang

Persembahan G3

03:00 petang

Persembahan G2

04:00 petang

Penyampaian Hadiah/Tokoh Al-Bajuri/Tokoh Kecemerlangan

04:30 petang

Ucapan Penutup oleh Yang Di-Pertua KAB

05:00 petang

BERSURAI

Tertakluk kepada sebarang pindaan


Nota:
  1. Pakaian pada 24/12/11 - LELAKI - Baju Melayu & Kain Pelekat
WANITA- Baju Kurung & Kain Batik

Pakaian pada 25/12/11- Baju AL-BAJURI

Saturday, November 26, 2011

Selamat Pengantin Baru

Majlis Perkahwinan Ainur Fateha & Mohd Hillme

salam Maal-Hijrah

Hijrah menurut pengertian umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya, bagaimanapun dalam pengertian yang lebih luas, ia membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.

Konsep hijrah yang dianjurkan Islam sangat sesuai dijadikan model dalam masyarakat berbilang kaum supaya hidup dalam kesepakatan dan aman sejahtera. Semangat itu juga konsisten dengan semangat Aidiladha yang baru berlalu. Di sebalik semua saranan itu, masih ramai umat Islam masih terhimpit dengan desakan globalisasi, kemiskinan dan kemunduran.

Kemunduran berpunca daripada sempitnya akal fikiran, ketidaksanggupan manusia untuk berubah, kejahilan serta sikap tamak dan rakus yang natijahnya memakan diri dan masyarakat.

Setiap umat Islam mesti bersemangat dan menanam cita-cita untuk berubah. Berubah daripada sifat yang kurang baik kepada yang lebih bermakna untuk diri dan masyarakat. Hakikat ini juga bermakna umat Islam harus berani melakukan perubahan dan pengorbanan.

Hijrah tidak akan terjadi jika umat Islam belum bersedia mengorbankan tabiat lama yang kurang baik seperti membuang masa, suka berhibur serta tidak berfikiran terbuka.

Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, di mana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai yang kita amalkan.

Pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh yakin pasti akan membuahkan hasil terbaik. Perlu difahami bahawa hijrah adalah syiar keimanan, sama ada hijrah dari suatu tempat kekufuran, kemusyrikan dan kejahilan kepada tempat yang dinaungi akidah keimanan dan hakikat kebenaran.

JANGAN LUPA BACA DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN YE..

Thursday, November 24, 2011

NOTIS MESYUARAT

Mewakili Pengerusi KAB,dengan sukacita ingin menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat khas berhubung sambutan HKAB2011, pada hari sabtu malam minggu ni jam 830 malam,bertempat di rumah no2 taman cenderawasih.
Sekiranya tidak keberatan,silalah bawa sedikit juadah makan-makan untuk kita nikmati sepanjang mesyuarat dijalankan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, November 21, 2011

Thursday, November 17, 2011

ikhlas dari hati



Hari ini..keputusan peperiksaan UPSR telah dikeluarkan.Ada yang suka dan ada yang duka..Kepada yang berjaya,tahniah diucapkan,kepada yang kurang berjaya,jangan putus asa,perjuangan kalian masih jauh lagi...TAHNIAH semua!

Monday, November 14, 2011

Sunday, November 13, 2011

Sayembara 20-11



Sesungguhnya anda adalah antara insan insan yang telah menceriakan,pembakar semangat dan memastikan KAB pada landasan yang betul.Teruskan usaha murni anda.
Untuk foto..klik sini

KEMBARA PENYUCIAN JIWA KAB 2013


Z
Alhamdulillah,tanggal 12 Nov 2011,Yang Di Pertua KAB,Ybhg Dato'Dr Hj Zabir bin Bajuri,telah merasmi serta melancarkan satu program yang cukup indah dan dinanti-nantikan oleh semua warga KAB.Program Kembara Penyucian Jiwa 2013..mengajak warga KAB ntuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama.Tahniah kepada Penyelaras Program,Cik Hjh Zawiah binti Hj Kamad serta seluruh AJKnya..ayuh..kita sertainya,,rebutlah peluang keemasan ini..dan apa yang mengembirakan seluruh ahli KAB,pabila Dato'YDP telah mengumumkan 1 insentif khas kepada warga KAB yang turut serta,alhamdulillah..

TREASURE HUNT 2011

BARISAN JAWATANKUASA
JUARA TAHUN 2011 ( LEMET)
NAIB JUARA (SINGO NGADEK)

TEMPAT KETIGA (GOMBAL)
TEMPAT KE EMPAT (BELEDEQ!)
TEMPAT KELIMA (KAMPRET IRENG)
TEMPAT KE ENAM (JAWA RANGERS DOT COM)

SEKALUNG TAHNIAH ADMIN UCAPKAN BUAT PENGANJUR,PESERTA SERTA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PENGANJURAN PROGRAM TREASURE-HUNT KAB 2011 DARI OLAH LEMPIT MENUJU KE BAGAN LALANG.WALAUPUN CUACA TIDAK BEGITU MENGIZINKAN,NAMUN IANYA TIDAK SEDIKIT MEMATAHKAN SEMANGAT SEMUA.PELBAGAI AKTIVITI YANG MEMERLUKAN DAYA PEMIKIRAN YANG TAJAM DAN BERFIKIR LUAR KOTAK,BENAR-BENAR MENGUJI PESERTA..SYABAS! (foto boleh klik di link facebook hj.zawalajam)

Monday, November 7, 2011

program sepanjang bulan NOVEMBER 2011

QURBAN KAB 2011


Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.

Ibadah korban dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmatnya, dipanjangkan umur kesejahteraan akal fikiran dan agama sebagai ikutan kepada peristiwa Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih anaknya Ismail yang diadaptasikan semula oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam syariatnya.

Sunday, November 6, 2011

Mujurlah kat sini...

Mujurlah anak ini dijumpai oleh warga KAB..kalau tak,tak tahulah kemana perginya anak ini..

Wednesday, November 2, 2011

ALLAH SELAMATKAN KAMU.....

Selamat Hari Lahir..semoga Allah lanjutkan usia,luaskan rezeki serta dimakbulkan segala hajat..Insya Allah

Tuesday, November 1, 2011

Bila YDP bersayembara..

SAYEMBARA KAB 2011,BAGAN LALANG,SELANGOR


KAU DATANG LAGI..

SETIAP BERDETIKNYA DENYUT NADI
MENGALIR DI PEMBULUH DARAH MERAH
DAMAI BERSAMA HELA NAFAS MEMBALUT JASAD
KAU AKAN TERUS SUBUR MEMBUGAR KEHUJUNG DUNIA

TAK PERNAH JEMU,TAK PERNAH BOSAN
IMBAUAN YANG MERENTET JANGKAUI LEBIH SATU KURUN
PUN SEDEKAD KU RASA AMAT PANTAS PECUTANNYA
APA LAGI TAHUN DEMI TAHUN MEMACU TANPA BELENGGU
REMPAH RATUS DENYUTNADI DIWARISI HINGGA KINI
TIDAK MUNGKIN PUPUS,TIDAK MUNGKIN TERSEMADI DIMAMAH USIA.

DARI BERPAKSIKAN HIDUP KEMBARA MENDAMBA ILMU ATMAJIWA
DARI BERTIANGKAN AGAMA TERUS MENGALIR LIMPAHAN CAHAYA
DARI BERTONGGAKKAN TOTOKEROMO DAN OJO SULOYO
DARI BERMANDIKAN KEGUYUPAN DAN TOLERANSI BERSAMA BAHAGIA
DARI KEPASTIAN KESINAMBUNGAN WARISAN BERWIBAWA UNGGUL

LANTAS,
ATAS LIMPAHAN BARAKAH SUJUD DOA BONDA TERCINTA
ATAS PIMPINAN DAN CONTOHMULIA AYAHANDA TERMULIA
ATAS SUMBANGBAKTI DAN WAWASAN CITA KEKANDA WIBAWA
ATAS SYAFAAT JUNJUNGAN UTAMA DAN RAHMAT RESTU YANG MAHA ESA

KITA SEKELUARGA KINI BERADA BERSAMA MENGUKIR SEJARAH BERTINTA
WARISAN BERKEMBARA MENEROKA WACANA BERSAMA ILMU SEJAGAT
PENGABDIAN TUNDUK SUJUD PADA ALLAH BERKILAUAN DIPERSAD JIWA
MENYELUSURI NAFAS DUNIA PENUH PANCAROBA BERTEMANKAN HIKMAH MEMBARA
MENGHAYATI DAN MEWARNAI SILATURRAHMI KELUARGA MARUAH TERBELA
WAJAH KHALIFAH TERPANCAR CAHAYA DIMANA BERADA
ATAS NAMA KELUARGA BERSATU,BERMARUAH,BAHAGIA.

SETIAP DETIK DAN WAKTU
KAU DATANG LAGI MENGETUK JENANG PINTU HATI KAMI
UNTUK MENGINGATI MU,UNTUK MENGIMBAU TULUSMULUS JASAMU
UNTUK LAFAZ RASA SYUKUR DAN DERGAHAYU
ATAS KASIH SAYANG,ATAS LELUHUR BUDIMULIA,ATAS TABAH MELENTUR KAMI
HINGGA KAMI BAHAGIA KINI.

SETIAP DETIK SETIAP WAKTU
KAU DATANG LAGI MENJENTIK NUBARI NOSTALGIK KAMI
UNTUK TERUSKAN KELANSUNGAN HIDUP KAMI
UNTUK KAMI RAPATKAN BARISAN SILATURRAHMI KAMI
UNTUK KAMI RAPATKAN SAF DAN MENUNTUT REDHA ILAHI
UNTUK JADI KHALIFAH YANG DIHORMATI DAN DISEGANI
UNTUK JADI WARGA YANG TRAMPIL DAN JUARA DUNIAWI DAN UKHRAWI
UNTUK JADI HAMBA ALLAH YANG SETIA PADA JUNJUNGAN NABI..

KAU DATANG LAGI
KASIH SAYANG DAN HORMAT UNTUK MU
KELUARGA AL BAJURI....


SHAH ALAM
24.10.2011.


Zabir Bajuri

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone