Monday, November 7, 2011

QURBAN KAB 2011


Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.

Ibadah korban dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmatnya, dipanjangkan umur kesejahteraan akal fikiran dan agama sebagai ikutan kepada peristiwa Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih anaknya Ismail yang diadaptasikan semula oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam syariatnya.

1 comment:

mubin said...

alhamdulillah program Korban 1432H @2011M berjalan dengan jayanya. Dari majlis penyembelihan sehingga ke majlis makan tengahari dan BBQ berjalan seperti yg dirancang. Ucapan terima kasih pada yg hadir dan yg menjadi tulang belakang majlis. Kepada Puan Sarah atas resepi sup tulang enak, Chef Abob dgn marinate bbq dan black pepper sauce, tukang2 bakar, Yam & family dgn kek/kuih sedapnya dan yg tidak terhingga ucapan terima kasih kpd tuan rumah atas kebenaran mengotorkan rumahnya.