Wednesday, August 26, 2009

BRAVO CHEF ABOB...!!!

ABOB on FHM 2009 (Food and Hotel Malaysia 2009)
~ABOB dengan Boss nye~
Pada 11 – 14 Ogos yang lalu bertempat di KLCC. Chef de Partie Azwar Mustaffa telah mengambil bahagian dalam 3 kategori dalam FHM 2009 bagi mewakili Shangri – La Hotel Kuala Lumpur yang mana telah disertai oleh lebih daripada 900 peserta daripada seluruh hotel terkemuka di MALAYSIA.
~pingat-pingat yang dimenangi~
Dengan bangganya beliau telah berjaya menggondol pingat perak dalam kategori Live Cooking dan Pingat Gangsa dalam kategori Plate Appetizer (Display) serta Diploma (atau saguhati) dalam kategori Plate Dish (Display).

Live Cooking :
Soya Glaze Cod Fish, Ginger Crust Salmon and Sweet Potato Clam Chowder










Mari kita tengok gelagat Abob ketika menyiapkan hidangan...

Bagi kategori Live Cooking peserta dikehendaki menyiapkan hidangan utama (Main Course) untuk 4 orang dalam masa 1 jam (markah diberi berdasarkan kesegaran, rasa dan cara penyediaan yang menarik). Untuk makluman, juri sentiasa berada di dalam bilik penyediaan sepanjang pertandingan berlangsung dan berlegar-legar berdekatan peserta (bayangkan la betapa nervous nya.)
Antara lain yang telah disiapkan oleh Chef Abob dari Hotel ialah:-

Plate Appetizer (Display) :
1.Chicken Roulade Compress Peach, Onion Salad and Tomato Marmalade
2.Butter Poach Baby Lobster, Pumpkin Comfit, Avocado Puree, Miso Glaze Salmon and Spinach Agar
3.Teriyaki Pepper Tuna, Fingerling Potato and Gazpacho Ball.
4. Tandori Quail Breast, Ostrich Lasagna and Vegetables ala Graque.

Plate Dish (Display)
1.Five Spice Duck Breast, Pineapple Barley Relish and Yam Dumpling.
2.Miso Marinated Salmon, Olio Linguine and Butter Poach Lobster Claw and Ratatouille Dome.
3.Tandori Lamb Rack, Capsicum Chutney, Charcoal Tapioca, Foie Gras Pakoras and Raita Sauce.
4.Soya Glaze Chicken Roulade, Pasta Gratin Chorizo and Tomato Sauce.

Bagi kedua2 kategori di atas; Plate Appetizer (Display) dan Plate Dish (Display) pula peserta dikehendaki menyediakan 4 jenis Appetizer yang disalut dengan gelatin untuk dipamerkan (hidangan ini hanya untuk pameran sahaja dan tidak buleh dimakan, markah diberi berdasarkan kekemasan salutan gelatin dan keunikan menu). Kesemua hidangan ini Abob siapkan dari Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Tahniah buat Chef Abob di atas pencapaiannya yang tertinggi sepanjang berkecimpung dalam dunia perhotelan. Ini adalah kali ke 4 penyertaan beliau dalam FHM semenjak FHM 2003. Keep up a good work!!! Jai-ho!

22 comments:

Anonymous said...

abob...so proud of you...bangga giler dpt kazen cam abob..keep up d good work...bravo..bravo..

-eila-

azhaN said...

BANGGANYA KAMI.... TAHNIAH ABOB!

RAIA said...

bestnya tengok da ada orang komen... walaopon Abob belum bukak blog...!!!
TQ uols...on behalf ABOB.

Bangga tengok topi abob... rasa meremang je...!

Abob, bila berjaya jgn sombong n lupa diri ye...
Ingat kita orang kampung Olak Lempit.

Anonymous said...

TAHNIAH BRO...
SEMOGA CITA-CITA TERCAPAI..

mubin said...

Tahniah abob, nak rase gak
make sure masa raya ko serve kami dengan yang tu...

Anonymous said...

terasa macam tengok rancangan IRON CHEF la plak..bravo bro..

S-a-B-r-I-n-A said...

tapi Iron Chef ramai yg membantu.. tapi ni tengok Abob solo jek.. so lebih hebat dari Iron Chef gitu.. hehe..

Abob, minta sikit Cod fish tu, last time pi Shangri La, looking forward to eat cod fish tapi takde.. sedey.. nasib baik ada oyster.. ;)

farahadriza said...

sungguh bangga !! tahniah abob!

tanjung said...

Saya mmg peminat AFC (Asean Food Channel)kat ASTRO.Smuanya mat saleh... Suka tgk style and creativity diorg. Tp sbnrnya, kat kampung sendiri pun ada chef yang hebat.

Tahniah Abob. Great Job!
Tak mengapa menongkah arus, asalkan dapat buat sesuatu yang memberi kepuasan hati...

♥Syamelia♥ said...

tahniah abob!!!
bangga dgn abob...

fyi, mmg susah dpt tpt dlm competition ni...
most chef intekma pun dpt diplome jer...
but 2 get bronze n silver, mmg membanggakan...

chaiyok2...

keep up the good work...

***clap2***

Has_mimi said...

Tahniah dr kami seklrga.

Za8 & Ku1 mcm x pecaya tgok acik Abob ....

Bangga betul kami. T.A.H.N.I.A.H

Next year dptkan GOLD ye!!!!

Anonymous said...

eb..kiranyer chef kat intekma tu..masak tak brp sedap la yer??hikhikhik..cancel la nak buka sana tahun nie..

RAIA said...

eb,
aku x bertanggungjawab di atas tuduhan di atas itu..
ngeh..ngeh..ngeh...

azhaN said...

eb,sur.aia2.ni, 'Anonymous',

bukan makanan kat intekma tak sedap! sedap weh!
tapi kalau abob apply keja kat intekma, terus jadi boss! tak gitu kazen emi?

(Crita Iron Chef... crita korea cakap cina tu ke? ketinggalan sikit lah. sorri)

oneng said...

nampaknya saya dah tertinggal keretapi tapi tak kire, nak comment jugak...

well done abob, great job!

this year kalau kitorg buka puasa kat Shangri-la lagi, boleh boast kat kawan2 Mail - our cousin is one of the chef there, an award-winning chef pulak tu...

S-a-B-r-I-n-A said...

Encik Azhan, Iron Chef tu rancangan Jepun cakap Bahasa Inggeris.. hehehe..

azhaN said...

to S-a-B-r-I-n-A,

nihon, ka? ah so. so des ne. hmm... arigato gozaimashita!

Anonymous said...

eb..aku la yg komen tu..just joking beb..terlupa nak letak initial..suraya..aku bukan jenis org yg baling batu sembunyi tangan ek..hehehehe

-eila-

RAIA said...

poyo la ngah...

DZB165 said...

Abob,
Tahniah yang setingginya dari Wak dan family.Syukur kehadhrat Allah,atas nikmat dan anugerah yang dilimpahkan pda anda.
Antara points yang worth mentioning;
1.Bakat yang digilap dengan teratur kan hasilkan result yg unggul,
2.Diam ubi berisi,tapi diam Abob berprestasi tinggi.
3.Kejayaan yg dicapai boleh jadi contoh dan iktibar kpd yang mahu ambil iktibar
4.Insya Allah,kejayaan boleh dicapai kalau ada matlamat dan usaha gigih untuk mencapainya.

Bagaimanapon.Abob..we are very proud of your achievement,syukur kehadhrat Allah.

Wak dan keluarga.Shah Alam

Anonymous said...

tahniah abob...proud of u..

kak ana pun tumpang bangga coz dulu kita sama2 g FIM daftarkan abob n agus..

tahniah!!!:)

Anonymous said...

tahniah abob...proud of u..

kak ana pun tumpang bangga coz dulu kita sama2 g FIM daftarkan abob n agus..

tahniah!!!:)