Saturday, August 15, 2009

mulianya hati mu....

Salam Warga AB..agak lama juga ku tidak menulis di dalam laman blog ini ye..Maaf seribu kali maaf,kesibukan ku yang membuatkan ku jadi begini,al-maklumlah ku terpaksa kendalikan hampir 15 laman blog milik ku..namun AB punya blog aku view sahaja..

Tanggal 15 Ogos 2009,seperti yang dinyatakan oleh YDP (Paman Zabir) hari ini bertempat diperkarangan letak kereta Surau Al-Bajuri,Kampung Olak Lempit telah diadakan Majlis Penyerahan sumbangan kepada fakir miskin kariah  Wetan.Pada majlis ini seramai 20 orang yang layak telah menerima sumbangan dari Paman Zabir.Walaupun kehadiran ku lewat 30 minit dari masa yang telah ditetapkan,namun aku hadir juga..ini kerana awal pagi ini aku terpaksa menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk arwah abah yang diadakan dikawasan perumahan aku..maaf ye..

(Surau Al-Bajuri,Kampung Olak Lempit)

Terlebih dahulu satu majlis gotong-royong juga telah diadakan disurau ini,sempena kehadiran bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa lama lagi.InsyaAllah..

(Cikgu Jaini,selaku AJK Surau Al-Bajuri merangkap Pengerusi Majlis)

(Ketua Kampung,Cikgu Selamat juga turut hadir serta memberikan ucapan)

(Paman Zabir sedang menyampaikan ucapan)

ANTARA PENERIMA SUMBANGAN

(kariah Wetan sedang menerima sumbangan dari Paman Zabir serta Mak Cik Adah)

(Tapi yang ni amat menghairankan..kategori apa ye..gurauan sahaja)

JUGA TURUT SERTA

(Paman Kemad)

(Kedua pasangan pengantin baru)

Semasa aku membuat liputan untuk dimuat turunkan ke dalam blog ini,rata-rata aku lihat para penerima menitiskan air mata dan tak sedar juga aku mata ku turut berlinangan..Hanya aku sahaja yang tahu apa sebabnya.

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerimanya.Mudah-mudahan Allah swt melipat gandakan lagi rezeki buat Pman sekeluarga dan anda semua.Sebelum ramadhan ini,dikesempatan ini saya ingin pohon ampun dan maaf zahir dan batin aku pohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan yang aku lakukan tanpa disedari....

Salam Ramadhan dari saya:-

2 comments:

azhaN said...

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

Maaf, kami tak dapat hadir. Kami berada di Hptl Sg. Buloh sepanjang pagi.

Thanks Uji, buat posting. At least dapat 'melihat'dari kejauhan.

Has_mimi said...

Assalamualaikum Warga AB,

Tq Sdra Ujie krn murah hati beri info.Wlaupun akak org paling dekat tpi xdpt joint krn berada d luar kwsn.....

Spnjang lebih 15 thn Pmn buat prgram sempena ramadhan, inilah kali ke 3 xdpt ikut sama. Nmun hakikatnya mmang mjlis tu mengharukn perasaan kan G...

1st tharu krn trlalu gembira n 2nd trharu juga krn msih ada anak watan yg prihatin pd yg memrlukan.

Moga bkal ada di kalangan G2/G3/G4 yg dilimpahi rezki serta mnjdi pelapis insan bermurah hati.

: Has_mimi