Monday, August 10, 2009

BERKELAH

Salam AlBajuri,

Selepas mengharungi kenduri-kendara AlBajuri sepanjang separuh tahun 2009, pihak-pihak yang bekerja keras di belakang tabir telah mendesak AJK menganjurkan sessi berkelah bagi menghilangkan kepenatan selepas banyak sinoman yang telah dilalui. Bagi memenuhi permintaan, dicadangkan kita berkelah di Sungai Lepoh seperti berikut :
Tarikh : 16hb Ogos 2009
Masa lapor diri : 8.00 pagi
Makanan : bawa masing-masing
Kemudahan : tempat mandi-manda, surau, tempat salin pakaian
Bayaran : tiada
Jika tiada aral melintang, kita jumpa di sana pada tarikh tersebut di atas.
Yang menjalankan tugas;
Fathulmubin Sajadi

4 comments:

Anonymous said...

baguih la tu tn pengerusi G2..mmg tingin nak mandi air terjun nie..c u there..

Anonymous said...

musim2 wabak ni, perlu @ wajar kita kunjungi tempat2 yg sesak mungkin???? minta pandangan tuan doktor... jika perlu atau.... jab kesihatan majlis Perbandaran Kajang.... jika perlu..

RAIA said...

x bes betul la, kalau pengomen ni di sebalik tabir...

oneng said...

seronok dengar nak mandi sungai tapi rasanya kami sekeluarga terpaksa skip program ni, Fahmi dan Fikry baru nak sembuh dari HFM (hand, foot n mouth)...belum berani nak take the risk... insyaAllah lain kali....