Penulisan ku kali ini akan menyentuh tentang "BERKAWAN BIAR BETUL-BETUL".Ku petik dari buku DEMI MASA tulisan Abu Hassan Morad.Ku tertarik dengan buku ini..mula-mula sekadar tengok-tengok,tapi bila ku dalami akan setiap isi kandungannya,ku amat tertarik.Ku berharap dapat berkongsi dengan seluruh pembaca laman blog ini..Mudah-mudahan kita sama-sama dapat iktibar dan pengajaran.
Tanda Allah sayangkan kita ialah Dia menguji kita dan dengan ujian itu,kita semakin dekat dengan-Nya.Ketika diuji kita ingat Allah.Kita sebut dan puji Allah.Kita beristighfar banyak-banyak apabila ditimpa musibah dan berada dalam kesusahan.
Namun ujian susah itu MUNGKIN tak sama dengan kesusahan emak atau ayah kita,bahkan dengan datuk dan nenek kita dikampung.Darjah kesusahan itu BERBEZA.Datuk dan nenek kita dulu mungkin perlu bergelumang dengan hutan rimba sebelum mendapat tanah untuk dibuat rumah.Namun kita pada zaman ini,mungkin susah untuk mengawal nafsu.Semua perkara yang ada dihadapan mata,apa saja yang kita nak kita boleh dapat sehingga akhirnya terjebak dengan perkara yang tidak elok,membazir dan membuat dosa.
Antara ujian yang paling sukar untuk kita hadapi ialah ujian dalam berkawan.Apabila sudah berkawan,kita sering terperangkap untuk mengambil hati kawan.Menjaga hati supaya tidak berlaku konflik dengan kawan kita.Kita ikut kata kawan.Kadangkala perkara itu TAK BETUL tetapi kerana nak jaga hati kawan-kawan kita pun kata betul.Syaitan pun berdrama dengan kita dan mengambil kesempatan atas kelemahan kita.Akhirnya kita menjadi manusia yang tidak betul dan terlajak melakukan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang oleh agama.
Berkawanlah ikut panduan yang diberikan oleh Rasulullah SAW.Berkawan untuk ajak kawan jadi baik.Berkawan dengan niat untuk sama-sama ikut perintah Allah.Berkawan untu masuk syurga.Oleh itu niat berkawan perlu dijaga sungguh-sungguh supata TIDAK tersasar dan terpesong jauh..
Perjalanan dalam berkawan ini panjang,bukan sahaja kita hendak berbaik-baik dan tolong-menolong di dunia,TETAPI kita hendak jumpa di syurga nanti.Kita dan dia saling faham-memahami dan sering berbuat sesuatu untuk faedah bersama.Bukan berkawan untuk saling menjatuh-jatuhkan atau saling memfitnah dan hasad dengki.Ini BUKAN kawan lagi,tapi musuh dalam selimut.
Berkawan adalah suatu perjuangan.Kita berjuang untuk ajak kawan jadi baik.Kita KIta berjuang untuk wujudkan kasih sayang sesama kawan.Kita ikat tali persahabatan dengan tali Allah swt.
Apabila berkawan,bolehkah kita gilap ikatan persahabatan itu supaya jadi elok dan bercahaya?Bolehkan kita beristiqamah dalam berkawan?Bolehkah kita bersusah-payah kerana kawan kita tanpa memikirkan ganjaran dan habuan yang bakal kita perolehi KECUALI keredhaan Ilahi?Sanggupkah kita bersusah payah ke rumahnya yang amat jauh beratus-ratus kilometer untuk menziarahinya?
Kadang-kala kita perlu bersusah payah kerana kawan.Inilah kawan sejati.TETAPI bukan mudah untuk dapat watak ini.Ia adalah anugerah ALLAH SWT kepada seseorang.
Kadang-kala,kita berkawan kerana sebab-sebab tertentu.Contohnya,kita berkawan dengan orang yang berjawatan tinggi atau ahli politik.Bila kita ada kepentingan nak guna dia,kita pun berbaik-baiklah dengan dia.Kita sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai.Hinggakan adakalanya langgar hukum-hakam...Dan bila kawan kita ni "jatuh" kita pula yang menyepikan diri darinya..
Inilah dinamakan " drama in real life",boleh kita tonton sepanjang masa.ALLAH pertontonkan kepada kita supaya menjadi iktibar dan tidak ulangi cerita-cerita tersebut.BERKAWAN BIARLAH BETUL-BETUL.
No comments:
Post a Comment