Sunday, July 21, 2013

Mengapa Dato'Dr.Hj.Zabir menitiskan air mata??????


Ayahanda YDP sebak seketika sewaktu menyampaikan ucapan.
12 Ramadhan 1434H ( 21 Julai 2013) menyaksikan "air mata"ayahanda YDP gugur dimuka bumi Allah swt ini.Gugurnya air mata beliau  kerana terharu dengan kehadiran jemputan istimewa yang telah diundang oleh beliau serta keluarga,bukan Dato',bukan Datin,bukan Tan Sri atau apa jua gelaran,namun tetamu yang cukup istimewa buat beliau dan keluarga adalah terdiri daripada sahabat-sahabat serta jiran-jiran dikampung Olak Lempit yang kurang bernasib baik,tetamu cilik yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf.Ya..itulah tetamu yang cukup istimewa buat beliau sekeluarga.
Nazir Masjid Nurul Huda,Ybhg Hj.Sharif bin Saring sedang menyampaikan Tazkirah

Pada tarikh ini,seperti saban tahun ayahanda YDP akan mengadakan majlis ringkas khusus untuk menyampaikan zakat dan sumbangan Aidilfitri kepada kira-kira 70 orang fakir miskin sekitar Kampung Olak Lempit.Disamping itu menyampaikan sumbangan kepada hampir 45 orang anak-anak daripada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh,Kampung Olak Lempit..
Anak-anak daripada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh

Sumbangan juga turut diberi kepada Sekolah Maad Integrasi D'Itqan Kampung Olak Lempit,Rumah Amal Asnaf Al-Barakh Kampung Olak Lempit dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat.
Mari kita hayati dan renungkan bersama ucapan ayahanda YDP:-
LAZATNYA NIKMAT ALLAH

1.CIRI ORANG BERIMAN
   -TASDIQ DALAM HATI KEESAAN DAN KEBESARAN ALLAH
   -DILAFAZKAN DENGAN LISAN
   -DI ZAHIRKAN DENGAN PERBUATAN.

2.CIRI ORANG BERSYUKUR
    -DINIATKAN DALAM HATI
    -DIUCAPKAN MELALUI PERTUTURAN
     -DITUNJUKKAN MELALUI TINDAKAN

3.CIRI ORANG BERPUASA
     -NIAT DALAM HATI
     -DILAFAZKAN
     -DIAMALKAN ZAHIRIAH

4.PENGALAMAN JALANI HIDUP SEHARIAN
     -KITA DILAHIRKAN UTK BERIBADAT KEPADA ALLAH
     -TANDA ALLAH SAYANG PADA KITA DENGAN UJIAN
     -BIJAK BERTINDAK BILA DITIMPA MUSIBAH,SABAR DAN SYUKUR
     -BERLUMBA MEMBUAT KEBAJIKAN
      -SEBAGAI KHALIFAH,JADI JUARA ATASI MASAALAH,
        BUKAN TIMBULKAN MASAALAH.
      -AMALKAN SECARA ISTIQAMAH SIFAT MAHMUDAH,SPT SABAR,
        PUPUK KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA DAN ALLAH,MAKSIMA
        GUNA MASA,RAJIN MUHASABAH DIRI,SEGERAKAN BUAT KEBAJIKAN
      -JAUH DAN HINDARI SIFAT MAZMUMAH.SPT SUKA SALAHKAN
        ORANG LAIN,DEDAH AIB ORANG LAIN,HASAD DENGKI TERHADAP
         KEJAYAAN ORANG LAIN,TIDAK BERSYUKUR,TIDAK SUKA PADA
         ILMU,MENJAUHKAN DIRI DARI ORANG BERILMU/SOLEH DLL.
       -JADIKAN SETIAP PERLAKUAN SEBAGAI IBADAT,SPT SUKAN,BERNIAGA
         LAWAT ANAK YATIM,BERGAUL DENGAN ORG ALIM DLL.


5.PERINGATAN DIRI

   - SENTIASA BERSYUKUR NIKMAT ALLAH YANG MELIMPAH

   -YAKINI BAHAWA JANJI ALLAH ADALAH BENAR SPT TAMBAH NIKMAT
     KEPADA MEREKA YANG SYUKUR... ALBAQARAH AYAT.....


    -GANJARAN/PAHALA ALLAH BOLEH DIDAPATI DI DUNIA,DAN JAMINAN
      BALASAN DI AKHIRAT.SPT PAHALANYA MEREKA YG INFAK KEJALAN
      ALLAH,SPT MENANAM BIJI BENIH YANG MENUMBUHKAN TUJUH DAHAN,
      DAN SETIAP DAHAN BERBUAH SEHINGGA 100 KALI GANDA,
      ALBAQARAH AYAT.........

     -BILA BERHADAPAN MASAALAH,TANGANI DGN BIJAKSANA,ALLAH
       BAGI OTAK UTK FIKIR RASIONAL BUKAN EMOSI/SYAITAN

     -SEBAGAI KHALIFAH DIMUKA BUMI,BUAT TERBAIK IKUT SYARIAT AGAMA
       DAN PERATURAN,JADI PEMIMPIN COTOH(ILMU,AKHLAK,TOTO KEROMO,
       KEJAYAAN PERIBADI,KELUARGA,AMALAN AGAMA,KESIHATAN DIRI)DLL.

      BALEK TAJUK ASAL,
      -NIAT DALAM HATI
      -DI UCAPKAN LISAN
      -DIZAHIRKAN DALAM PERBUATAN
      -HADITH NABI,SESIAPA YG ALLAH MAHUKAN KEBAIKAN KPDNYA,
        NESCAYA ALLAH MENJADIKANYA  PUNYA KEFAHAMAN MENDALM
         DALAM AGAMA.

SEMPENA BULAN RAMADAN ALMUBARAK,SAYA PETIK AYAT 70/71
SURAH AL AHZAB,BERMAKSUD"WAHAI ORG BERIMAN,BERTAQWALAH
PADA ALLAH DAN UCAPLAH KATA2 YG BENAR.ALLAH AKAN MENGELOK DAN MENERIMA AMALAN SERTA MENGAMPUNKAN DOSA.SIAPA YG TAAT PADA
ALLAH DAN RASUL,SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERJAYA DENGAN KEJAYAAN
YANG BESAR"

SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA APA JUA AMALAN  KEBAJIKAN DAN
SUMBANGAN KITA YANG IKHLAS KERANA ALLAH.KAMI MOHON,YA ALLAH,AMPUNKAN DOSA KAMI,IBUBAPA KAMI,GURU2KAMI,SAHABAT2KAMI,
KPD SEMUA KITA YANG HADIR/DAN TAK DAPAT HADIR,MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

SEGALA PUJI DAN BAIK DATANG DARI ALLAH,
DAN APA YANG JELEK DAN DHAIF DARI HAMBANYA YANG DHAIF INI.

OLAK LEMPIT
21.7.13
MAJLIS AGIHAN ZAKAT DAN SUMBANGAN DZB.

Pengerusi,Timbalan serta sebahagian warga KAB yang hadir
Beramah mesra dengan salah seorang penerima sumbangan

Ketua Kampung Olak Lempit sedang menyampaikan ucapan

No comments: