Allahyarhamah Hjh Munjiah Bajuri (7 Mei 1938-4 Julai 2013) |
Terukir wajahmu
Sayu menikam di kalbu
Hingga terbukanya pintu hati ini
Hadirmu di sisi
Bagai cahaya menerangi
Hidup ku yang kian sepi
Tanpa kasih suci dan abadi
Namun mengapa begitu
Dikau pergi pasti tak kembali
Sungguh pedih kenyataan ini
Ketika kau hembus nafasmu yang terakhir
Pergimu bagai satu tanda
Untuk ku terus kan melangkah
Mencari sinar bahagia
Berserah hanya kepada-Nya
Pergimu satu yang berharga
Untukku lupakan segala
Semoga dikau kan bahagia
Berada di sana untuk selamanya
4 Julai 2013,sekitar jam 6:45 petang.Warga KAB dikejutkan dengan satu berita yang sememangnya diluar jangkaan dimana berita tersebut mengejutkan pelbagai pihak.Hajjah Munjiah binti Haji Bajuri...dikhabarkan telah kembali menemui penciptanya pada tarikh dan masa berkenaan..Namun..kita semua haruslah menerima hakikat bahawa,Daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita akan kembali,setiap yang bernyawa pastinya akan MATI.
SUBHANALLAH! Allahyarhamah pergi meninggalkan kita semua pada hari Khamis malam Jumaat..Maha suci ENGKAU ya Rob!
Dikau ampunkan segala dosa Allahyarhamah.Dikau lepaskan Allahyarhamah daripada azab siksa kubur.Dikau terangkanlah kubur Allahyarhamah.Dikau tempatkanlah Allahyarhamah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.Dikau terimalah segala amalan yang Allahyarhamah lakukan sepanjang hayatnya.
Kerja menggali lubang sedang giat dilakukan. |
Tuan Imam Masjid Nurul Huda,Olak Lempit mengetuai bacaan Tahlil dan Doa |
Suasana dipusara |
Admin dikesempatan ini ingin merakamkan penghargaan kepada putera-puteri Allahyarhamah Hjh Munjiah,sepanjang hayat Allahyarhamah,kedua-dua mereka ini tanpa rasa jemu menjaga Allahyarhamah dengan begitu baik sekali.Ternyata kalian berdua merupakan anak yang baik.Semoga ALLAH swt memberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang kalian berdua telah laku dan korbankan.
Ketahuilah Rasulullah SAW bersabda: "Keredaan Allah berada dalam keredaan orang tua dan kemurkaan Allah berada dalam kemarahan mereka." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru bin 'Ash)
Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata:
"Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin
untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya
kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya,
mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu
itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Betapa
besarnya pahala syahid kerana menjaga mereka, mengasihani dan memberi
perlindungan kepada mereka. Sesiapa yang melakukan kerja jihad ini,
hendaklah dia tetap istiqamah sampai Allah akan menentukan siapa yang
paling beruntung itu...
Sumber Foto: team whatsapp Keluarga Al-Bajuri
1 comment:
Terima Kasih Semua.
Saya kehilangan kata-kata.
Post a Comment