Showing posts with label keluarga Munjiah. Show all posts
Showing posts with label keluarga Munjiah. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Nukilan Hj.Zawal-Al-Fateha

Allahyarhamah Hjh Munjiah Bajuri (7 Mei 1938-4 Julai 2013)

Terukir wajahmu
Sayu menikam di kalbu
Hingga terbukanya pintu hati ini
Hadirmu di sisi
Bagai cahaya menerangi
Hidup ku yang kian sepi
Tanpa kasih suci dan abadi
Namun mengapa begitu
Dikau pergi pasti tak kembali
Sungguh pedih kenyataan ini
Ketika kau hembus nafasmu yang terakhir
Pergimu bagai satu tanda
Untuk ku terus kan melangkah
Mencari sinar bahagia
Berserah hanya kepada-Nya
Pergimu satu yang berharga
Untukku lupakan segala
Semoga dikau kan bahagia
Berada di sana untuk selamanya

4 Julai 2013,sekitar jam 6:45 petang.Warga KAB dikejutkan dengan satu berita yang sememangnya diluar jangkaan dimana berita tersebut mengejutkan pelbagai pihak.Hajjah Munjiah binti Haji Bajuri...dikhabarkan telah kembali menemui penciptanya pada tarikh dan masa berkenaan..Namun..kita semua haruslah menerima hakikat bahawa,Daripada DIA kita datang dan kepada DIA kita akan kembali,setiap yang bernyawa pastinya akan MATI.
SUBHANALLAH! Allahyarhamah pergi meninggalkan kita semua pada hari Khamis malam Jumaat..Maha suci ENGKAU ya Rob!
Dikau ampunkan segala dosa Allahyarhamah.Dikau lepaskan Allahyarhamah daripada azab siksa kubur.Dikau terangkanlah kubur Allahyarhamah.Dikau tempatkanlah Allahyarhamah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.Dikau terimalah segala amalan yang Allahyarhamah lakukan sepanjang hayatnya.


Kerja menggali lubang sedang giat dilakukan.

Tuan Imam Masjid Nurul Huda,Olak Lempit mengetuai bacaan Tahlil dan Doa

Suasana dipusara


 Admin dikesempatan ini ingin merakamkan penghargaan kepada putera-puteri Allahyarhamah Hjh Munjiah,sepanjang hayat Allahyarhamah,kedua-dua mereka ini tanpa rasa jemu menjaga Allahyarhamah dengan begitu baik sekali.Ternyata kalian berdua merupakan anak yang baik.Semoga ALLAH swt memberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang kalian berdua telah laku dan korbankan.

Ketahuilah Rasulullah SAW bersabda: "Keredaan Allah berada dalam keredaan orang tua dan kemurkaan Allah berada dalam kemarahan mereka." (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Abdullah bin Amru bin 'Ash)
Berbakti kepada ibu bapa sama nilainya dengan pahala jihad. Sahabat Nabi SAW, Abdullah bin Amru bin 'Ash berkata: "Pada suatu hari seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, memohon izin untuk ikut berjihad bersama Baginda. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki itu: "Adakah orang tuamu masih hidup?" Jawabnya: "Ya, mereka masih hidup." Rasulullah SAW bersabda: "Dalam diri orang tuamu itulah terdapat nilai jihad." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Betapa besarnya pahala syahid kerana menjaga mereka, mengasihani dan memberi perlindungan kepada mereka. Sesiapa yang melakukan kerja jihad ini, hendaklah dia tetap istiqamah sampai Allah akan menentukan siapa yang paling beruntung itu...
 Sumber Foto: team whatsapp Keluarga Al-Bajuri

Friday, May 7, 2010

BERI LALUAN KEPADA IKLAN YE..TABkeL BERSIRI...

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 ALBAJURI
Mohon perhatian kepada seluruh WARGA ALBAJURI
Adalah dengan sukacitanya,
Keluarga Hajjah Munjiah Bajuri menjemput saudara-mara semua
ke MAJLIS KESYUKURAN sempena lahirnya cucu sulong :
SHAZRINNAUFAL NURAIMAN BIN SAIFUL HASBULLAH
Pada : 8 Mei 2010
Selepas Maghrib
Bertempat di Teratak Nyaei, Lot 2676 Jalan Sentosa, Kg Olak Lempit.
Semoga dengan kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis tersebut.
ralat: bagi yg da lama xsinoman, bolehlah datang kendur2kan urat. hehehe..
Sekian. Salam 1 AlBAjuri.
Terima Kasih.
Wassalam.

Thursday, March 25, 2010

CUCU SULONG TOK MON

Syukur ke hadrat Ilahi atas kebesaran dan limpah kurniaNya.
Hari ini 25 Mac 2010,
pada jam 8.25pagi,
Nora telah selamat melahirkan bayi lelaki,
seberat 3.2kg secara normal,
di Hospital Banting.
Eksklusif untuk warga AB, dipaparkan gambar baby
20 minit selepas keluar dari bilik bersalin, jam 10.40 pagi tadi.

Wednesday, January 13, 2010

~SELAMAT HARI JADI~

Selamat Hari Jadi
Semoga diberikan kesejahteraan, kekuatan, kekayaan dan diberkati Allah.



~Aaamiiin ~

Thursday, May 21, 2009

SHE'S SWEET 17th...!!!

SAMBUTAN HARI JADI MAK YANG KE -17
( si manis tujuh belas..matanya bulat..senyumnya sangat manis...hati terpikat..)
7th May 2009 @ Boston, AEON Bukit Tinggi-Klang

Paparan ini kelihatan jauh terlewat dari tarikh yang sepatutnya. Tapi tak pedulik nak gak publish.

Hari itu hari Khamis. Cuaca hari itu cerah. Kami sekeluarga meraikan Ulang Tahun Kelahiran Mak yang ke-71. Mak kata dis is d 1st time she celeb her bday outdoor... selalunya kami akan wat doa selamat kat umah je... Tapi hari itu hari kerja...(aku xsempat masak) n plan steamboat party tu da lama wooo... Mak pulak tak menolak kali ni, selalunya dia tak suka makan luar, dan mak pun macam tak berapa sihat akhir-akhir ni.
Sonok tengok mak selera makan steamboat, n sonok sorong mak ronda2 Jusco. (lupa la tu kat kek comot di atas meja umah..)

(sesi pemilihan menu kaum wanita sambil berposing)

( antara menu sihat yang sesuai untuk mak... (hahaha...)... )

(epong yang tersepit di sisi dinding...hanya memerhati sementara menunggu peluang keemasan....)

(siapa tu..macam kenal je...)

kami jumpa en.shaharim satari yang berdating dengan puan azilah hashim... kebetulan besday mak & kak ilah jatuh pada hari yang sama... dan tak sangka diraikan pada tempat yang sama. kami ajak juga mereka join table..mmm...xmau la pulak..mereke nak privacy..nak romantik2 katernye...

Terima kasih kepada semua yang terlibat menceriakan hari mak.
TAPI... KEESOKAN HARINYA...
JENG..JENG..JENG...!!!

Mak warded lagi... !!! 8-11 Mei 2009
Disebabkan cuaca panas yang melampaui paras sabar, mak da terlebih minum air dari sukatan yang ditetapkan (800ml/day) jadi bagi mengelakkan jantung mak membengkak dan paru2 mak dijangkiti kuman mak kena dok wad. Maaf kepada warga AB, kami tak memaklumkan hal ini kerana keadaan mak tidaklah membimbangkan. Mak hanya perlu dipantau dari pihak yang lebih pakar daripada kami...(huhuhu..).
( epong tengah nak diagnosis mak kot...)
Tak pe la mak... sakit tu kan ujian.
Sakit itu sebenarnya adalah nikmat, satu pengampunan dosa daripada Allah seperti mana Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesiapa yang pada suatu malam dia mengalami kesakitan di mana dia bersabar dan reda kepada ketentuan Allah, maka terkeluar dia daripada dosanya seperti keadaan ketika dilahirkan ibunya."
(Riwayat Al-Hakim)
Buat mak;
Kami anak-anak mu selalu dan sentiasa mendoakan kebahagiaan mak, semoga mak sentiasa sihat dan seronok di rumah serta dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk terus menjalani ibadah harian.

Friday, February 27, 2009

Info MAJLIS PERNIKAHAN & WALIMATUL URUS SAIFUL & NORA

~~~MAJLIS PERNIKAHAN~~~

28 Feb - 1 Mac 2009


Puan Seri Hajjah Munjiah Bajuri sekeluarga dengan besar hatinya menjemput seluruh keluarga AB hadir bagimemberkati majlis pernikahan & persandingan puteranya.

Aturcara majlis :
28.2 (besday sapa la 2 ek? ekekkekekekke)

12.30 - makan tengahari di Villa Indah de Munjiah
1.29* - Zohor & doa selamat
2pm - bertolak ke Rawang
4pm - berehat & bersiap di Taman Koskan

Lepas asar : Nikah

~~~xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxox~~~

1 Mac
(besday Kak Tie)

9am - Sarapan di Villa Indah de Munjiah
10am - bertolak ke Rawang
12nn - Sampai di Taman Koskan
1pm - bersanding


~~~MAJLIS WALIMATUL URUS~~~

7-8 Mac 2009


Bunda Hajjah Munjiah Al-Haj menjemput seluruh warga AB ke majlis meraikan mempelai.

Aturcara dibawah adalad sebagai makluman aktviti yang dirancangkan bagi mengelak para sinoman boring LOL :)

5 Mac -rebus telur pindang oleh Chef Ucu de Partie

6 Mac - sinoman membuat wajik diketuai oleh Sous Chef Iti

7 Mac - dewasa : 'burger'deal (begedil) oleh Executive Chef Ucu
- remaja : membungkus doorgift, telur & menyediakan bunga manggar
- Qondangan bermula

8 Mac - Majlis Qondangan Rasmi Cinta Agung.... ^-^
- 10 am 5 pm : jamuan para pangqondangan
- 1pm : Majlis bersanding

(tema : Purple Pink)

Sunday, November 30, 2008

Sms from Suraya reg Wak Mon

Mak admit 26 Nov pukul 2am. Doc kata discharge sel 2 dis kot. Itupun depends on sample kahak yang diambil Jumaat Lepas. Mak susah nak tidur without oxigen. Bila baring jer, batuk, batuk yag susah nak buang kahak. Bila dia mengah, pulse beat dia laju n tekanan darah meninggi.

Bahang hospital Banting yang membuat dia sumuk antara main fact yang membuat dia hypertension. Mak dah sibuk nk balik, nak tidur n mandi puas-puas. Kesian dia.

- sama2lah kita doakan kesihatan & kesejahteraan Wak Mon. Semoga dia cepat sihat & cepat discharge...