Thursday, May 21, 2009

SHE'S SWEET 17th...!!!

SAMBUTAN HARI JADI MAK YANG KE -17
( si manis tujuh belas..matanya bulat..senyumnya sangat manis...hati terpikat..)
7th May 2009 @ Boston, AEON Bukit Tinggi-Klang

Paparan ini kelihatan jauh terlewat dari tarikh yang sepatutnya. Tapi tak pedulik nak gak publish.

Hari itu hari Khamis. Cuaca hari itu cerah. Kami sekeluarga meraikan Ulang Tahun Kelahiran Mak yang ke-71. Mak kata dis is d 1st time she celeb her bday outdoor... selalunya kami akan wat doa selamat kat umah je... Tapi hari itu hari kerja...(aku xsempat masak) n plan steamboat party tu da lama wooo... Mak pulak tak menolak kali ni, selalunya dia tak suka makan luar, dan mak pun macam tak berapa sihat akhir-akhir ni.
Sonok tengok mak selera makan steamboat, n sonok sorong mak ronda2 Jusco. (lupa la tu kat kek comot di atas meja umah..)

(sesi pemilihan menu kaum wanita sambil berposing)

( antara menu sihat yang sesuai untuk mak... (hahaha...)... )

(epong yang tersepit di sisi dinding...hanya memerhati sementara menunggu peluang keemasan....)

(siapa tu..macam kenal je...)

kami jumpa en.shaharim satari yang berdating dengan puan azilah hashim... kebetulan besday mak & kak ilah jatuh pada hari yang sama... dan tak sangka diraikan pada tempat yang sama. kami ajak juga mereka join table..mmm...xmau la pulak..mereke nak privacy..nak romantik2 katernye...

Terima kasih kepada semua yang terlibat menceriakan hari mak.
TAPI... KEESOKAN HARINYA...
JENG..JENG..JENG...!!!

Mak warded lagi... !!! 8-11 Mei 2009
Disebabkan cuaca panas yang melampaui paras sabar, mak da terlebih minum air dari sukatan yang ditetapkan (800ml/day) jadi bagi mengelakkan jantung mak membengkak dan paru2 mak dijangkiti kuman mak kena dok wad. Maaf kepada warga AB, kami tak memaklumkan hal ini kerana keadaan mak tidaklah membimbangkan. Mak hanya perlu dipantau dari pihak yang lebih pakar daripada kami...(huhuhu..).
( epong tengah nak diagnosis mak kot...)
Tak pe la mak... sakit tu kan ujian.
Sakit itu sebenarnya adalah nikmat, satu pengampunan dosa daripada Allah seperti mana Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesiapa yang pada suatu malam dia mengalami kesakitan di mana dia bersabar dan reda kepada ketentuan Allah, maka terkeluar dia daripada dosanya seperti keadaan ketika dilahirkan ibunya."
(Riwayat Al-Hakim)
Buat mak;
Kami anak-anak mu selalu dan sentiasa mendoakan kebahagiaan mak, semoga mak sentiasa sihat dan seronok di rumah serta dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk terus menjalani ibadah harian.

3 comments:

Anonymous said...

whaaaa...seronoknya wak mon dpt celebrate bday ngan anak2 dan menantu...semoga wak mun diberi kesihatan yg lebih baik..aaamin.

-angah-

DZB165 said...

Ipul dan Rayalara,
kami rakam setinggi kesyukuran sempena maerayakan hari lahir bonda tercinta,dan gembira atas perihatin anda berdua membelai dan menyayangi serta berbakti kpd bonda tersayang.Kedua2 pancaran ini amat dituntut dan mencerminkan rasa kasih sayang yang terpuji.Hadith mengatakan sesiapa yang menunaikan hajat orang lain dan memberi kasih sayang pada yang memerlukannya,InsyaAllah,Allah akan limpahi rahmat,murah rezeki dan dipanjangkan umur.Elok untuk jadi bukan saja tontonan dan kecemburuan orang lain,tapi patut ambil iktibar darinya.(Anak2Paman pun sebuk celebrate birthday abah mereka dengan doa,keriuhan cucu2 dan kek sampai tak cukup meja).Salam sayang kami di S.Alam.

Anonymous said...

ya...aku penah terbaca kalu ALLAH tu tak menduga/menguji kita dlm 40 hari makna nya DIA X sayang n lupa kita. so...ujin ni menunjukkan yg ALLAH tu syg kat korang. bersabar ye...

-aseng-