Alhamdulillah. semalam selesai sudah majlis perkahwinan adik bongsu saya... syukur majlis berjalan lancar....
Mohon maaf sbb tak sempat nak buat posting lebih awal. Terima kasih kpd uji & emy yg telah cover kedua-dua majlis di Pontian dan Olak Lempit.
Mohon maaf juga sbb gambar2 majlis pernikahan pada 16 Mei belum dpt dikongsi, maklumlah saya tidak menyertai majlis tersebut sbb ditugaskan menjaga rombongan menaiki bas keesokan harinya. Kalau ada permintaan nanti saya pinjam CD drpd pengantin....
Berikut adalah gambar2 favourite saya, yg belum di cover oleh uji & emy....
17 Mei 2009
Pemandangan dalam bas (masa ni dah sampai pekan Pontian, nak bergerak ke rumah pengantin)
17 Mei 2009
Pemandangan dalam bas (masa ni dah sampai pekan Pontian, nak bergerak ke rumah pengantin)
Senyuman pengantin tatkala rombongan pengiring tiba.... juga full view of the attire, hope this explains why the groom's headgear didn't match the bride's, it actually matched the sampin...
Seronok dapat bersama Abg Ndol, Kak Ton dan anak2 sepanjang 2 hari... lama tak jumpa, diorang dah besar panjang rupanya... dan ringan tulang pulak tu....
YB melawat kawasan
Acara selingan... (nak jugak enter frame....) terima kasih kpd yg mendoakan....
24 Mei 2009
YB melawat kawasan
Acara selingan... (nak jugak enter frame....) terima kasih kpd yg mendoakan....
24 Mei 2009
(sambungan drpd post uji)
adikku dan adik iparku
Potong kek... Kek Kak Yam memang kelass....
Antara pose menarik dipetik drpd CD pengantin. Lain2 pose kena tengok album kot
Keluarga kami sekarang.. (Part 2)
Bagi pihak mak dan seluruh keluarga saya ingin merakam setinggi2 terima kasih kepada semua ahli keluarga Al-Bajuri yang telah banyak membantu melaksanakan walimatul urus ini. Rasa seronok dan terharu melihat semua yang datang dari jauh dan dekat, termasuk G3 begitu bersemangat menyumbang tenaga utk menjayakan majlis. Allah swt sahaja yg dpt membalasnya.... Kami mohon maaf atas apa jua kekurangan dan kelemahan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas majlis. Apa2 yang tak kena harap jangan disimpan dalam hati.
Kepada Izan, Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh fasa baru dalam hidup. Dan yang paling penting..... Selamat Hari Jadi Ke-27!!!
Kepada Izan, Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh fasa baru dalam hidup. Dan yang paling penting..... Selamat Hari Jadi Ke-27!!!
4 comments:
akhirnya keluar juga post yg dinanti2kan oleh kak oneng...\
thanx 4 sharing...
owh! bday ijan ker?
happy bday ijan....
n wish u a happy new life ahead...
Lega yg ramat sgt rsanya bila majlis ini selesai. Dlm pd tu ksedihn pun xdpt nak diungkapkn dgn prkataan bila teringat arwah abah. Al Fatihah
Anak2 abg Ndol,K.Imang n Abg Intan memang class. Mereka adalh pelapis utk majlis2 yg seterusnya.Tahniah!
Tahniah Ijan dan Huda.
Post a Comment