Satu Nukilan Sempena Lawatan ke Bukittinggi,Sumatra Barat.
BATU SANGKAR YANG JAUAH DI MATO
Dalam kembaraku kekampuang nan jauah di mato
Diiring Ayam den Lapeh
Suara lunak Elly Kassim
Suara lantang Tiar Ramon
Sering mengusik rasa,menggamit kenangan
Bumi Minangkabau,yang mengimbau imbau.
Kami jelajah bersama teman seangkatan
Kami selusuri Bumi Runcing Tanduk Kerbau
Tanah adat zaman berzaman
Wujud sejak alam mula terbentang.
Ku cicipi nasi Padang siang dan malam
Ayam goreng ikan belado
Pucuk ubi bersambal hijo
Lauk pauk sepenuh mejo
Jamah jamulah semau raso
Perutku sebak selero bagindo.
Emping yang rangup
Lamang nan gadang
Mertabak Mesir yang panas
Dicicah kicap beriring pedas
Mertabak Padang yang harum baunya
Disulam nangka semerbak jiwa
Kelainan menambat rasa dijiwa
Mencuit rasa kita bersaudara.
Batu Sangkar nan jauah di mato
Ku ingat Blues Gang Apo nak dikato
Rao Rao kami kembara
Pelbagai cerita asal usulnya
Konon kuching merayau2
Konon pohon tumbuh melata
Konon asap berkepul di gunung membara.
Bumi Minangkabau kami kenali
Luak Datar mu kami selusuri
Luak Agam mu kami mencari
Luak 50 Kota mu kami jelajahi.
Batu Sangkar nan jauah di mato
Namun dakek di hati
Rao Rao sebuah nagari
Supayang dan Salimpaung nama diberi
Tanah Datar dihias padi
Sg Tarok bertebing Tinggi
Tabek Patah hening sekali.
Sehari kami berkunjung
Rasa bahagia setinggi gunung
Pada heningnya jiran berkampung
Enaknya nasi Padang
Mesranya tetangga bertandang
Hijau hijauan saujana memandang
Pahlawan perantauan nama dijulang
Bumi bertuah jadi sebutan.
dzb.Rao Rao,Batu Sangkar
28.4.09.
8 comments:
posting 'sulung' YDP :)
puisi yg indah, tp cukup menggambarkan keadaan padang / bukit tinggi...
membuat kami terpanggil nk pg ke sana, air asia buat promotion RM29.90
thx for sharing...
Saya suka puisi ini, bercerita dan menceritakan. Rasa macam dah sampai kesana pulak... Rupa2nya cuma tengok JALAN_JALAN CARIK MAKAN!
(THUMBS UP) :-bd
whaa..hebat paman berpuisi..macam pencerita la..
-eila-
Syoknya. Teringat lagu "ayem den lopeh". kali terakhir dengar lagu tu, masa wedding ipool (nyanyi sama2 kak mimi)
Salam..PAGI..
Memang benar puisi ini amat indah.Dari bait2nya tersingkap maksud yang tersurat juga tersirat.
Wow!!! Rupa-rupanya YDP kita ni ada talent berpuisi. Bait-bait puisi yang tenang dan indah. Harap dapat teruskan!
- Achon
kalau wat lagu ni mesti best...
(teringat lagu Teluk Bayu Permai..lagu peberet masa kecik2..mmm aku penah kecik ke?)
tak dapek den nak buek puisi2 cam tu.... dolu2 YDP mesti skor BM nyer...
Post a Comment