“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.
Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal.
Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!
Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain.
Marilah kita berusaha mencontohi keperibadian Qur`ani:
“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)
SUMBER:-
www.fitrahpower.com
4 comments:
Zawal yg dikasihi,
Memang sifat penyayang amat dituntut dalam Islam.Mereka yang memohon maaf dan memberi kemaafan sangat mulia darajatnya.Begitu jua tangan yang di atas(pemberi)lebih mulia dari tangan yang di bawah(penerima).Bijaksanalah mengapplikasikan nukilan,saranan,kata pujangga,hadith dll untuk memandu kehidupan kita kearah kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.Sama2lah berkongsi dan mendapat limpahan faedah darinya.Salam.
Salam sdr Zawal,
Salah satu suruhan Allah ialah memaafkan orang.
Soalan saya ialah, bagaimana cara untuk memaafkan kesalahan yang dilakukan yang sukar kita terima. contoh seorang ayah yang melepaskan bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
Isteri tadi berhempas pulas cari rezeki dan anak pula tidak terbela, hingga tidak terdidik dlm agama - anak ramai dan berjauhan. Suami atau ayah hingga sekarang tidak menjenguk, meminta maaf atau membimbing anak2 dan sudah berkahwin lain.
Oh tolong..bagaimana nak maafkan orang itu.
Salam Wan Salmah,
Terim kasih kerana mengunjungi laman blog ini..Sesungguhnya persoalan anda amat BERAT untuk dijawab,namun ingatlah,
Allah SWT Berfirman :
Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (TQS. Al A’raf : 199)
salam,
Terima kasih atas catatan ayat tersebut. Ya, Allah Maha Bijaksana dan Maha Adil, juga Maha Pengasih.
Post a Comment