Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......
bestkan jadi seorang ibu....
Apapun,diucapkan SELAMAT HARI IBU..Terutama bondaku,
Mariamah Bt. Haji Abdul Kadir,
terima kasih kerana melahir dan membesarkan aku..
Kepada bonda-bonda seluruh dunia juga diucapkan Selamat Hari Ibu....
2 comments:
To Bonda Maryamah. U still No. 1. Moga dpt tunaikan Haji tahun ini. Insa ALLAH
- Anakanda Achon
Sdr Ujie,Satu posting yg mebuka minda dan memberi ingatan yang cantik yang patut dibaca dan dihayati oleh mereka yang bertitlekan ibu.Anak-anak adalah amanah Allah,jaga,belai,bimbing,sayangi dan hiasi hidup mereka menjadi anak yang Soleh dan solehah InsyaAllah.Paman
Post a Comment