Monday, February 25, 2013

Penghargaan buat YDP...

YDP bersama Tuanku Sultan
Tanggal 23 Febuari 2013 yang lalu,merupakan hari bersejarah dan penuh bermakna buat diri ayahanda YDP Keluarga Al-Bajuri seterusnya juga memberikan kesan kepada warga Keluarga Al-Bajuri untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Pengerusi,serta barisan jawatankuasa Keluarga Al-Bajuri merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri kerana telah dipilih selaku penerima anugerah TOKOH ASAS sempena dengan sambutan JUBLI EMAS Sekolah Alam Shah baru-baru ini.Anugerah telah disampaikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Teks  Anugerah:-

‘CITATION’ TOKOH ASAS SEMPENA SAMBUTAN
JUBLI EMAS SEKOLAH ALAM SHAH PADA 23 FEBRUARI 2013

Setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang dari Sekolah Menengah Telok Datok, Banting, anak kelahiran Kampong Olak Lempit, Banting, Kuala Langat, Selangor ini telah terpilih untuk melanjutkan pelajarannya keTingkatan Enam(6) ke Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras Kuala Lumpur pada tahun 1965.

Selama berada di Sekolah Alam Shah dari tahun  1965 -1966, beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan muncul sebagai Pelajar Terbaik Jurusan Sastera dalam tahun 1966. Walaupun dalam masa yang singkat sahaja beliau berada di Sekolah Alam Shah, beliau amat disukai oleh rakan-rakannya disamping menjadi kesayangan guru-guru.Beliau telah mengukir namanya bersamaSekolah Alam Shah atas kapasitinya yang memainkan peranan yang serba menyerlah baikdari segi akademik, aktiviti sukan dan tidak ketinggalan di pentas sebagai penyayi. Penglibatan beliau dalam aktiviti sukan telah mencatatkan namanya sebagai wakil sekolah dalam arena bola sepak, sepaktakraw, badmintion dan ragbi.Beliau amat dikenali sebagai pemidato dan pembahas yang disegani waktu berada di sekolah.

Hasratnya untuk menjejak kaki ke Menara Gading menjadi realiti apabila beliau diterima masuk ke Fakulti Ekonomi danPentadbiran, Universiti Malaya pada tahun 1967.Seperkara yang menjadi kebanggaan ialah bila mana beliau telah ditawarkan Biasiswa Bank Negara yang mana tidak ramai yang mendapat tawaran biasiswa tersebut.

Kerjayanya bermula di Bank Negara Kuala Lumpur.Selepas setahun, beliau ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Ekonomi di Bank Negara Pulau Pinang.Selama berada di Pulau Pinang, beliau pernah bertugas sebagai Pengarah, Bahagian Perumahan& Pembangunan Bandar.Sekembalinya beliau ke Kuala Lumpur, beliau telah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pengurus Unit Khas Bumiputra, Bank Bumiputera/Pegawai Khas kepada Pengerusi Eksekutif, Bank Bumiputera. Penglibatannya dalam beberapa institusi korporat seperti Credit Guarantee Corporation, Kumpulan Perangsang, Worldwide Holding, Shah Alam Properties, Carpet International, Holiday Inns, Kumpulan Darul Ehsan dan banyak lagi menjadikan beliau mempunyai pengalaman yang begitu luasdan menjadikan beliau sebagai ahli korporat yang berjaya. Dalam sejarah penglibatannya di SektorKorporat, beliau berjaya menyenaraikan lima (5) buah syarikat ke Bursa Saham Kuala Lumpur.

Rasa kecintaanya terhadap SAS menyebabkan beliau tidak jemu-jemu untuk mengusahakan penubuhan sebuah pertubuhan yang bakal mengumpulkan bekas pelajar SAS di bawah satu
payung. Usaha tersebut menjadi kenyataan apabila dalam tahun 1984, ASAS telah ditubuhkan.Beliau adalah antara perancang dan pengasas terhadap penubuhan tersebut dan telah di lantik sebagai Timbalan Presiden membantu Presiden pertama ASAS iaituAllahyarham Lajman Hj.Sirat.Dengan kembalinya kerahmatullah Sdr. Lajman pada tahun 1989, beliau telah memangku jawatan Presiden dan kemudiannya di lantik sebagai Presiden ASAS kedua pada tahun 1989 hingga tahun 1999 ( 10tahun ) denganNo.Ahli 002.

Semasa menyandang jawatan Presiden ASAS, beliau telah Berjaya meletakkan ASAS ketahap yang tinggi yang memacu ke arah perjuangan bagi kepentingan ahli disamping mengharungi cabaran dari masa ke semasa. ASAS dibawah kepimpinan beliau telah Berjaya mendapatkan kuota seramai 10 orang bagi kemasukan anak ahli ASA keSekolah Alam Shah yang diperutukkan oleh KementerianPelajaran. Pelaksanaannya kekal hingga ke hari ini.Beliau mempunyai wawasan bagi menjadikan ASAS sebuah persatuan yang hebat dan standing dengan persatuan bekas pelajar yang lain di tanah air.

Sumbangan beliau yang terbesardan tidak dapat dilupakan ialah apabila beliau Berjaya mendapatkan sebidang tanah di Petaling Jaya dari Kerajaan Selangor untukmendirikan Bangunan ASAS.Cintanya kepada ASAS dan perjuangannya terserlah apabila beliau dengan tulus dan relahati mendahulukan bayaran premium tanah yang mencecah ratusan ribu.  ASAS hanya mengembalikan pendahuluan tersebutselepas 10 tahun dan beliau tidak meminta sebarang bayaran faedah atau fee pengurusan. Mulia sungguh dan begitu besar pengorbanannya terhadap ASAS.

Beliau juga pernah menjadi Pengurusi PIBG, SAS untuk beberapatahun di awal1990’an yang berjaya menjalin hubungan rapat dengan pihak sekolah untuk melakar banyak kejayaan untuk SAS.  Walaupun tidak lagi memegang jawatan presiden, beliau tetap setia dan sedia berbakti demi cintanya terhadap ASAS.Penglibatan dan sumbangan beliau tidak dapat dibutirkan satu persatu dalam‘ citation ‘ ini namun umum mengetahui bahawa sumbangan beliau terlalu besardan tidakternilai. Peranannya sebagaiPengerusi, Sidang Redaksi Penerbitan Buku KePuncak Jaya, dan peranannyasebagai Ahli Pemegang AmanahYayasan ASAS amatdihargai.

Beliau telah menempatkan dirinya diantara individu yang berjaya dalam apa juga aspek kehidupan. Dalam bidang akademik, beliau telah berjaya dalam bidang Ekonomi, Banking, Business Management & Corporate.Dalam bidang kerjayanya, beliau telah menyandang jawatan Pengerusi, PengarahUrusan/CEO di beberapa Syarikat Korporat tersohor.Sumbangan beliau kepada Negara pula telah membawa beliau dianugerahkan dengan Bintang&KebesaranNegeri& Negara.
Beliau juga banyak memberi sumbangan kepada Persatuan Perniagaan seperti menjadi Timbalan Presiden Dewan Perniagaan & Perusahaan Melayu Malaysia, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor.

Sempena sambutan Jubli Emas ASAS, bagi tahun 2013, ASAS amat berbangga dengan kejayaan yang di tempa olehnya serta sumbangan yang telah dicurahkan kepada ASAS, makaJawatankuasa Induk ASAS dengan ini mengiktiraf dan menganugerahkan gelaran TOKOH ASAS TAHUN  kepada :
                                               YBHG.DATO’(DR) HJ.ZABIR BIN BAJURI


Sekian, terima kasih

1 comment:

Yunus Badawi said...

Setinggi-tinggi tahniah kepada Abg Zabir di atas anugerah ini.

Membaca citation itu membuat saya merasa kerdil kerana kehebatan Abg Zabir.

Semoga menjadi pendorong kepada semua warga KAB dan sanak saudara yang lain serta semua anak bangsa kita.

Tahniah sekali lagi!