Minggu ke 2 Kelas Mengaji Al-Quran Keluarga Al-Bajuri telah pun selesai dilaksanakan.Alhamdulillah.Cuma,bermula minggu ini,kelas diadakan pada setiap hari Rabu malam Khamis selepas Solat Isya',dimana Ybhg Ustaz Arip akan menjadi tenaga pengajarnya.
Sesi permulaan dimulakan dengan pengenalan huruf "Mad".Minggu ini Ustaz menerangkan apa itu huruf "Mad"
Huruf = Terdiri daripada 3 huruf iaitu :
ي
|
و |
ا
|
i. Alif ( ا ) sebelumnya huruf berbaris di atas = قال
ii. Wau ( و ) sebelumnya huruf berbaris di hadapan = يقول
iii. Ya’ ( ي ) sebelumnya huruf berbaris di bawah = قيل
Bahagian = Bagi Mad terdapat 2 jenis hukum iaitu :
- Mad Asli (Tabi’i)
- Mad Far’i
1. MAD ASLI (TABI’I)
Makna = Tidak ada huruf Hamzah ( ﺀ ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Hukum = Kadar bacaannya ialah 2 harakah
Makna = Tidak ada huruf Hamzah ( ﺀ ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Terdapat 3 Keadaan Mad Asli, iaitu :
- Wakaf Dan Wasal
- Wasal
- Wakaf
1.1 Mad Asli : Wakaf dan Washal
Huruf Mad tetap ada ketika washal atau wakaf samada :
i. Huruf Mad itu terletak di tengah
ii. Huruf Mad terletak di akhir
1.2 Mad Asli : Washal (Shilah Shugra)
Mad Asli juga terjadi pada Washal (dan hilang ketika wakaf) – pada Shilah Shughra, iaitu :
i. Huruf Wau Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Dhammah
- Untuk Ha Dhamir disambung dengan Wau,
disyaratkan agar huruf itu harus terdapat di antara 2 huruf yang berharakat
ii. Huruf Ya Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Kasrah.
- Untuk Ha Dhamir disambung dengan Ya,
disyaratkan agar huruf itu harus terdapat di antara 2 huruf yang berharakat
1.3 Mad Asli: Pada Wakaf
Mad Asli juga terjadi pada huruf Mad yang ada ketika Wakaf (dan hilang ketika Washal, iaitu jika disambung dengan kalimah sesudahnya). Hal ini terjadi pada huruf Alif Pengganti Tanwin (fathatain).
Selepas itu,Ustaz mendengar setiap pelajarnya membacakan Surah Al_Fateha dan Al-Baqarah..
No comments:
Post a Comment