Tuesday, December 28, 2010

Satu dalam Seribu

Tokoh Al-Bajuri 2010
"Diputerakan pada 3 March 1978 di kampong Kuantan, anak ke-enam dari tujuh adik beradik ini menerima pendidikan awal dari Sekolah Kebangsaan Sri Langat dan seterusnya Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad Banting. Beliau kini berkhidmat di CCM Chemicals , Port Klang.

 Antara sebab utama beliau dipilih menjadi tokoh Keluarga Al-Bajuri adalah kerana sumbangan yang telah di berikan kepada Keluarga yang tiada tolok bandingnya. Antara sumbangan beliau adalah menjadi admin dan senantiasa memastikan blog KAB sarat dengan berita-berita semasa, info terkini serta maklumat yang berguna.

Beliau juga telah membuat satu laman Facebook bagi KAB. Laman ini telah membawa ramai warga AB bersatu tidak kira masa dan jarak.

Jika hendak disenaraikan satu persatu, tidak terkira banyak sumbangan beliau terhadap KAB. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mambawa nama baik AB ke satu persada di mana ia lebih dikenali serta dipandang tinggi oleh masyarakat. Dalam erti kata lain, beliau telah ‘menjenamakan’ KAB dalam erti kata lain, BRANDING.

Sebagai contoh, beliau telah memetarai satu kolaborasi antara KAB dan Rumah anak Yatim, Asnaf. Boleh dikatakan, pada masa ini, Rumah Asnaf telah menjadi seperti ‘Anak angkat’ keluarga ini.
Ini semua adalah disebabkan beliau mempunyai hubungan baik bukan sahaja dengan keluarga, malahan masyarakat setempat.

Beliau merupakan YDP bagi Akademi Seni Silat Kunta Malaysia. Banyak persembahan silat yang telah diadakan dan saya yakin kebanyakan Warga AB (wanita khususnya) telah mendapatkan khidmat pasukan beliau sewaktu menjadi raja sehari.

Beliau juga merupakan ahli Rukun Tetangga yang amat bertanggungjawab diatas keselamatan kawasan serta ahli rakan KOP yang amat perihatin.

Beliau berasal dari sebuah keluarga besar yang sangat perihatin. Bapa kepada sepasang putera & puteri ini merupakah seorang blogger yang tegar. Kenangan terindah menjadi wadah kreativiti serta luahan bicara hatinya.


Beliau dipilih bukan sahaja kerana keperibadian yang ditunjukkan malahan kerana sifat yang sentiasa membawakan imej baik AB..

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim...
Dengan ini.. saya mengumumkan Tokoh Keluarga Al Bajuri bagi tahun 2010 adalah
HAJI ZAWAL AJAM BIN MASHOD atau lebih dikenali sebagai UJI..


ps :
maaf sekiranya terdapat fakta yang salah.. dan maaf sekiranya lagu yang dipilih agak rancak dan menyinggung sesetangah pihak, sesungguhnya ia dipilih berdasarkan tajuknya yang membawa maksud 'Satu dalam Seribu'


4 comments:

achon said...

WE PROUD OF YOU BRO!!!

♥Syamelia♥ said...

we oso proud of u, cuz..

Unknown said...

sangat2 bangga ada cousin mcm uji. congrats! hmm... kena jugak buatkan nescafe nie...

anim kasim said...

alhamdulillah
tahniah ye hj.....