Sunday, December 26, 2010
disebalik kemeriahan HKAB 2010
rata-rata kita masih lagi teringat akan "kenangan terindah" serta sambutan "luar biasa" Hari Keluarga Al-Bajuri 2010 yang baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari lalu..menakjubkan!waktu-waktu berlalu TANPA kita sedari..riuh dan gamat dibuatnya..tidak seperti tahun-tahun kebelakangan ini..muram...kredit diberikan kepada team penyelaras HKAB 2010 dan buat julung kalinya penglibatan G3 yang diketuai saudara Azim telah membuatkan warga AB khususnya G2 menjadi "huru-hara"dengan game nya..mau nya tidak,selama ni G2 yang beri game...apa pun syabas!
Ziarah serta bacaan Yaa-sin di tanah perkuburan masih lagi menjadi aktiviti utama program..di sini anak cucu warga AB tau mana pusara atok,nenek,ayah,ibu serta saudaramereka disemadikan..Ucapan YDP juga menarik..ringkas tapi masih PADU,terpulang kepada individu untuk menilaikannya..Waktu solat juga teratur dan cantik,dari segi imam,bilal serta pembaca doa..masing-masing tau akan tugasan masing-masing.Persembahan HKAB juga menarik dengan adanya projector..dan dapat dipaparkan terus di layar..suatu daya usaha yang baik,penghargaan kepada Agus dan Epong yang telah menyediakannya..
Suraya dan Shahrizan..tahniah berjaya menyegarkan suasana..
Periwiro II dan Arkib-Tahniah kerana telah BERJAYA dilancarkan dengan penuh istiadat..
Tapi.....jangan kita lupa disebalik tabir...saya secara peribadi tabik springg buat kekanda Sihabudin (Abang Ndol)...persiapan dan gaya yang tersendiri..siap hulu-balang,siap lagu Kenny G (nasib baik tak lagu Uji Rashid)..semuanya teratur...
Malam yang dingin menjadi panas!maaf saya pohon kepada warga AB,sebab ada juga terdengar "asyik-asyik gambar saya aje..boringlah.."untuk makluman,100% laptop yang digunakan pada malam berkenaan milik saya,dan secara amnya semua slide berada di dalam ini....maaf saya pohon,bukan hendak menunjuk gambar saya sekeluarga..tapi tak kisahlah anda kata apa jua,saya redha dan saya anggap gurauan semata.
demikian catatan saya sepanjang HKAB-ampun dan maaf saya pohonkan andaikata terdapat salah kata secara sengaja atau tidak...hanya gurauan semata.BAHAGIA KAMI AL-BAJURI...LUAR BIASA-hj.zawalajam hj. mashod-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment