Sunday, December 26, 2010

HKAB MELABUHKAN TIRAINYA...

(Penyelaras sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri-37)
(Penyelaras G3)

(majlis perasmian PERIWIRO II)
12.30 pagi..maka tirai sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 37 selamat melabuhkan tirainya dan dengan jayanya..secara puratanya hampir 90% ahli keluarga hadir dan berikan komitmen yang amat "LUAR BIASA" sekali..Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua..Pada malam yang penuh bersejarah ini juga majalah PERIWIRO II serta ARKIB Keluarga Al-Bajuri telah selamat dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Al-Bajuri,Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri..Warkah Untuk YDP,keputusannya juga turut diumumkan pada malam ini,dimana Cikgu Hamid telah memenangi tempat yang pertama..
(Johan "Warkah untuk YDP)
Syabas juga diucapkan buat Penyelaras Program Hari Keluarga (G3,Saudara Jim-boy)kerana telah BERJAYA membuktikan bahawa G3 sememangnya boleh melakukannya..Tahniah kepada Encik Shamshul Ariffin Hj. Mashood,Penyelaras sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 37 serta seluruh jawatankuasa kerana telah bertungkus-lumus mengatur serta merealisasikan harapan dan impian warga KAB yang inginkan sentuhan "LUAR BIASA" dan tidak lupa juga penghargaan istimewa buat kekanda Sihabudin Hj. Sajadi...
(Tokoh Al-Bajuri 2010)
Dan pada malam ini juga,sejarah tercipta dalam kehidupan saya,apabila telah dinobatkan selaku penerima anugerah Tokoh Al-Bajuri 2010.Memang tidak dijangka.Namun kesyukuran yang tinggi yang mampu saya umgkapkan.Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama serta penilaian.Sesungguhnya,yang baik itu datangnya dari Allah dan yang kurang itu adalah dari diri saya sendiri.Apa yang saya lakukan,BUKANlah hendak mengejar gelaran atau pujian,namun apa yang saya lakukan itu datangnya dari dalam diri saya sendiri dan minat..dan juga ingin membuat sesuatu yang baru,walaupun sukar,namun saya pasti akan berkata "Insya Allah".....

No comments: