Segala pujian kepada Mu ya Rab...memang diluar jangkaan bahawa diri ini menerima anugerah pada hari yang sungguh bermakna ini,walhal ada lagi ahli yang lebih layak untuk menerimanya,walaubagaimanapun jutaan penghargaan kepada panel juri yang telah mencalonkan serta menobatkan saya untuk menerima anugerah yang penuh bermakna sekali dalam diri saya ini.tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada emak,isteri,anak-anak,ahli keluarga serta warga al-bajuri,tanpa anda saya mungkin tidak sampai ke tahap ini..bukan mudah untuk menjadi mudah,pelbagai rintangan dan cemuhan diperolehi namun ianya tak jadi halangan buat saya untuk lakukan apa jua bidang..bukan semua orang suka lakukan kerja sukarela pada ketika ini,zaman kini wang adalah segalanya,namun kerana minat yang mendalam dan sering jadikan idola saya arwah abah,arwah paman sam,arwah paman wik dan ydp sendiri sebagai landasan untuk saya bergerak,kesemua idola saya ni adalah pemimpin yang berjaya..dan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling,maka saya turuti jejak langkah mereka..prinsip saya amat mudah,anda puas,saya puas!.Azam saya tahun 2011 saya akan lipat gandakan lagi apa yang saya ceburi ketika ini,"PEDULI" apa orang nak kata,sebab saya tahu,selepas ini pasti ada cerita-cerita "kurang enak"akan keluar..akhir kata,terima kasih sekali lagi buat semua,jasa dan sumbangan serta dorongan kalian tidak akan saya lupakan,saya tidak berpelajaran tinggi ,namun saya punyai maruah yang tinggi!salam sayang buat semua..sesunggunya yang baik itu dari Allah,yang lrmah serta kekurangan itu datangnya dari saya,Allah mengilhamkan sukma kefasikkan dan ketakwaan,beruntung bagi yang mensucikannya,merugi bagi yang mengotorinya..wassalam
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 comment:
tahniah abg uji..ikhlas dr hati.. anugerah itu layak buat anda=)
Post a Comment