Selepas sahaja menjamu selera,(jamuan makan telah disediakan oleh pihak Tuan Rumah)
sesi mesyuarat dimulakan,atas keperihatinan Dato'YDP dengan cadangan "awok",sebelum mesyuarat dimulakan,seluruh ahli keluarga dikehendaki bersalam dan memeluk pasangan masing-masing(lelaki dengan lelaki perempuan dengan perempuan).Seperti yang telah dipraktikkan dalam ESQ 165.Tujuan...anda akan TAHU bila anda laksanakan..cubalah.
Mesyuarat dijalankan dengan begitu lancar sekali,ternyata Dato'YDP serta Tuan Pengerusi AMAT berpuas hati dengan kehadiran pada malam ini.SYABAS warga AB..Kehadiran Kak Imang sekeluarga amat memeranjatkan seluruh hadirin yang ada.
Sejenak bersama adalah salah satu acara dalam mesyuarat ini.Idea asal dari Dato'YDP dimesyuarat yang lalu,dan pada malam ini,ianya telah direalisasikan oleh Dato'YDP sendiri.Alhamdulillah,banyak suka dan duka yang dialami oleh Dato'YDP telah dikongsi bersama.Dan pada malam ini juga DRAF UNDANG-UNDANG TUBUH KELUARGA AL-BAJURI telah diedarkan..renung-renungkanlah.Syabas kepada Puan Peguam kita,kak Farah...
No comments:
Post a Comment