Wednesday, May 12, 2010

Majlis Tahlil Allahyarham Dato' Hj. Basri

Salam semua Warga AB...

Pengumuman... Pengumuman....

Bonda Hjh Sabariah sekeluarga dengan sukacitanya menjemput seluruh warga AB hadir ke majlis tahlil Allahyarham Dato' Hj. Basri yang ke 4 tahun...

Tarikh : 15hb Mei 2010 (Sabtu)

Lokasi : Teratak kami di Desa Pinggir, Olak Lempit

Masa : Selepas solat Magrib

Walau bagaimanapun, ahli keluarga AB dijemput solat Margrib berjemaah bersama-sama...

Kehadiran semua amat dihargai dan dialu-alukan... Sila war-war kan kepada semua yea...
Terima kasih...


3 comments:

Yunus Badawi said...

Salam kpd keluarga AB semua.

Macam baru sekejap aje Abg Wik meninggalkan kita. Dah 4 tahun rupanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat kpd Allahyarham dan juga semua saudara mara kita serta Muslimin/Muslimat yg telah mendahului kita.

Maaf tak dapat hadir kerana komitmen lain di sini.

kak ct (keluarga Mbah Piah) said...

salam kpd warga AB..

kak ct nak kongsi satu cerita yang mungkin ramai orang tak tahu..

Abg Wik pernah nak jadikan anak kak ct (AB) sebagai salah seorang ahli keluarganya tapi apakan daya..

Kini kedua-dua orang yg kak ct kasihi telah tiada..Alfatihah buat Arwah Abg Wik dan Mohd Firdauz (AB)

♥Syamelia♥ said...

salam YB,
cepat kan masa berlalu?
rasa mcm baru semalam kami bersama arwah dan sekarang da nk masuk 4 tahun dah...

btw, xpe, insyaAllah lain masa kita jumpa...

thx


kak ct / cik ct,
thx sebab sudi 'melawat' blog kami...
well, xtaw pulak pasal hal 2...
tersentuh bila baca komen ni...
xsangka kan...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka...
Alfatihah...