YDP sedang menyerahkan kunci rumah kepada pihak pentadbiran Rumah Amal Asnaf Al-Barakh |
Rezeki yang dibelanjakan untuk jalan kebenaran dan kerana Allah tidak akan susut,malah Allah swt akan menggandakan lagi rezeki itu,cuma kita sedari atau tidak,cepat atau lambat,kerana Allah Maha Mengetahuiya.
Kenangan Terindah warga KAB & Warga Amal Asnaf Al-Barakh |
Hujan yang turun pada sesi lawatan YDP,Pengerusi,Timbalan-Timbalan Pengerusi KAB pada hari yang cukup bermakna ini,seolah-olah memberkati usaha yang warga KAB lakukan.Lawatan singkat hampir 20 minit itu,cukup bermakna buat anak-anak Rumah Amal Asnaf Al-Barakh apabila YDP sendiri telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat serta beramah mesra dengan anak-anak ini.
Gurauan seorang ayah |
Jelas terpancar sinar kegembiraan buat mereka semua pabila YDP telah mewakafkan sebuah lagi rumah untuk dijadikan asrama Putera.
Bak kata pepatah,"Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing",itulah pepatah yang dipegang oleh warga Keluarga Al-Bajuri selama ini.Keperihatinan YDP terhadap permasalahan anak-anak yang memerlukan perhatian,kasih -sayang serta perlindungan haruslah dicontohi oleh semua pihak terutama keluarga Al-Bajuri.Rezeki yang Allah berikan,bukan sahaja untuk kegunaan diri sendiri serta keluarga,malahan daripada rezeki yang kita perolehi itu,ada bahagian untuk golongan yang amat memerlukannya.Alhamdulillah. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
No comments:
Post a Comment