30 April 2012,warga KAB digemparkan dengan berita kehilangan seorang lagi warga KAB,iaitu adik Allahyarham Hafizul Hakim Hj Basuki...akibat kemalangan jalanraya dihadapan bangunan Risda,Ampang tengahari semalam.Alhamdulillah,jenazah selamat dikafan,disolatkan di Surau Taman Bukit Teratai yang telah diimamkan sendiri oleh Ustaz Haji Daud.Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Cheras Baru.
Warga Kab,dikesempatan ini,ingin merakamkan ucapan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham.Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh,InsyaAllah.
Wahai Allah, ampunilah Hafizul Hakim Hj Basuki., naikkanlah darjatnya diantara
orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan
keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan
sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya
didalamnya.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment