Pertemuan yang cukup bermakna bagi kedua-dua belah pihak
"Setiap
manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau
masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata
yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya
tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah
sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya
tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh
mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata
hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam
kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak
duri,ujian juga dapat mematangkan kita."itulah bait-bait ayat yang YDP katakan sewaktu pertemuan 4 mata diantara pihak pengurusan Rumah Amal Asnaf Al-Barakh dengan Pentadbiran Keluarga Al-Bajuri yang dilangsungkan pada hari ini.Segala luahan,segala permasalahan telah diselesaikan dengan cara baik dan beristiqamah.Alhamdulillah..Memang tidak dapat dinafikan,bahawa setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya dan sebagai hamba-Nya,kita tidak boleh mendengar dari sebelah pihak sahaja,kita perlu duduk berbincang.
No comments:
Post a Comment