Seringkali warga KAB di soal dengan pelbagai soalan cepu emas..Antara soalan yang sering ditanyakan kepada warga KAB adalah seperti dibawah.Dan biro MAKLUMAT kab yang terpanggil dengan persoalan tersebut telah menyediakan jawapannya kerana ANDA ADA JAWAPANNYA....
Soalan 1
APA YANG HEBAT SANGAT DENGAN KELUARGA AL-BAJURI?
Warga KAB sendiri TIDAK pernah anggap bahawa kami hebat.Ini kerana KAB adalah satu organisasi keluarga yang ditubuhkan untuk menjadi tempat untuk ahli keluarga berkumpul serta merapatkan hubungan kekeluargan diantara satu sama lain.melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur dan disusun rapi bagi mencapai hasrat kepentingan bersama.
Soalan 2
APA AKTIVITI KAB DAN APA YANG SIBUK SANGAT DENGAN HARI KELUARGA AB?
Kami menganjurkan HARI KELUARGA AL-BAJURI pada setiap 25 Disember .Ini kerana pada tanggal 25 Disember 1974 merupakan sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri yang pertama diadakan.Aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan adalah seperti ziarah tanah perkuburan keluarga,Majlis Tahlil Keluarga pada sebelah malamnya,Majlis Tazkirah,Sukaneka dan Riadah,Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pendidikan,Penyampaian bantuan Keluarga dan Jamuan.
Manakala aktiviti bulanan adalah seperti mesyuarat AJK,Majlis Tazkirah,Pertandingan Bowling,Treasure Hunt,Kuliah Subuh dan Qiamulaill,majlis rewang keluarga,tahlil keluarga,berbuka puasa,serta berkelah.
Kami juga menganjurkan program Umrah bersama keluarga Al-Bajuri.Kami juga berkongsi sama menjalankan perniagaan.
Kami juga mempunyai laman blog,laman facebook,group blackberry,whatapps keluarga al-bajuri,email keluarga al-bajuri,youtube al-bajuri dan pelbagai medium lain.Kami juga mengedarkan buletin SUARA AL-BAJURI setiap 2 bulan.Kami juga mempunyai direktori keluarga yang lengkap,Kami punyai AJK pengurusan yang cekap dan kami juga mempunyai lagu keluarga kami sendiri dan mempunyai jalinan maklumat keluarga yang terkini.
Soalan 3
APA PERANAN DATO'DR.Hj ZABIR DI DALAM KELUARGA AL-BAJURI
Dato Dr Hj Zabir adalah salah seorang Pengasas Keluarga Al-Bajuri,kini beliau adalah Yang Di-Pertua keluarga kami.Beliau merupakan nadi dan pemimpin sumber inspirasi Keluarga Al-Bajuri.Beliau merupakan anak kampung Olak Lempit yang PERTAMA lulus Universiti (Universiti Malaya 1970).Pernah bertugas di Bank,Perbadanan Pulau Pinang,Pengurusan Besar CGC,Pengarah Urusan Kumpulan Perangsang Selangor,Presiden Kumpulan Darul Ehsan,Pengerusi Anak-anak Syarikat Kerajaan Selangor,Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.Sekarang masih Pengarah Syarikat,Pengarah Koperasi Anak Selangor dan Pengaran disyarikat milik keluarganya termasuklah ZETCOM dan lain-lain.
Beliaulah PEMIMPIN,PENCETUS IDEA,PENASIHAT serta BAPA kepada kami KELUARGA AL-BAJURI.
Soalan 4
APA SUMBANGAN DATO'DR.Hj ZABIR KEPADA KAMPUNG OLAK LEMPIT
Keluarga Al-Bajuri amat bersyukur dab bangga diatas munculnya Dato'Zabir di dalam keluarga kami.Beliau yang sayangkan kampung tempat tumpah darahnya berusaha untuk memaju,membangun dan berkongsi kepakaran serta pengalaman yangdimilikinya.Antara lain,Zetcom Business and Sport Centre,Taman Al-Bajuri,Zetshoppe,Taman Cenderawasih,Surau Al-Bajuri,Desa Pinggir,Kompleks Niaga Al-Bajuri adalah hasil usaha beliau dan keluarganya.
Perniagaannya memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang kampung.
Beliau juga menyediakan kemudahan untuk orang kampung seperti Surau,padang permainan,kedai runcit,restoran,sukan dan lain-lain.
Dato'Zabir adalah seorang yang pemurah serta yang mengenang budi terutama dikampungnya sendiri.Beliau sering dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan,Sekolah Agama,Masjid dan Surau untuk merasmikan majlis serta menghulurkan sumbangan peribadinya.Dato'Zabir juga pernah mengadakan kuliah motivasi dan berkongsi pengalaman dengan lebih 30 kaum IBU di Kampung Olak Lempit yang juga disertai dengan kelas pengajian Al-Quran bimbingan isterinya,untuk jangkamasa hampir 4 tahun di kediaman beliau di Olak Lempit.Dato'Zabir juga setiap tahun akan mengadakan majlis bersama fakir miskin dan anak yatim dikampungnya,samada di Balai Raya atau dirumahnya.Dan yang terkini,beliau telah mewakafkan tanah dan beberapa buah rumah miliknya kepada sebuah Yayasan yang menempatkan hampir 60 orang anak-anak ASNAF,golongan kurang bernasib baik.Bagi ahli keluarga Dato'Zabir yang menetap dikampung,beliau telah menyediakan skim khas keluarga untuk memiliki rumah dan juga menjalankan perniagaan.
Soalan 5
DENGAR BERITA KELUARGA AL-BAJURI NAK BUAT PERNIAGAAN BELA LEMBU,BETUL KE?
Memang BETUL,malah bukan setakat bela sahaja,kami akan buat macam-macam perniagaan lain,projek ternakan lembu secara fidlot ini akan bermula InsyaAllah pada pertengahan Mei 2012 ini,dan dijangka dapat membekal daging lembu menjelang Hari Raya Aidil-Adha yang akan datang tidak berapa lama lagi.Kami juga membuka kedai menjual daging beku di kedai kami di NO 5,KOMPLEKS NIAGA AL-BAJURI dan daging segar di Pasar Tani,Insya Allah.
Soalan 6
APA KAITAN AL-BAJURI DENGAN RUMAH AMAL ASNAF AL-BARAKH?
Untuk makluman,Al-Bajuri melalui Yang Di-Pertuanya,Dato'Zabir, telah mewakafkan tanah dan 3 buah rumah sewa serta membina bangunan baru beserta peralatannya kepada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh bagi menempatkan hampir 60 orang anak Asnaf yang terdiri daripada anak yatim,anak terbiar dan anak yang bermasalah.PENTADBIRAN DAN HAL EHWAL RUMAH AMAL ASNAF AL-BARAKH ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA OLEH PERTUBUHAN tersebut yang beralamat di57-2, Jln Wangsa Delima 5, Pusat Bdr Wangsa Maju (Klsc), 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.Walaubagaimanapun,Keluarga Al-Bajuri senantiasa memberi kerjasama dalam hal pentadbiran,khidmat tenaga motivasi dari masa ke semasa..
1 comment:
Assalamualaikum wbt. Tahniah dan syabas kepada Biro Maklumat di atas slot ini. Banyak info yg berguna utk diketahui. Harap slot Q&A ini akan sentiasa dikemaskini bergantung kpd isu dan persoalan.
Post a Comment