Friday, May 11, 2012

Kembara YDP ii (Singapura)


Mak Adah sewaktu melawat Rumah Kebajikan Darul Takrim


Tanggal 13 hingga 15 April 2012,yang lalu,delegasi seramai 40 orang yang terdiri daripada Imam-Imam Masjid Negeri dan ahli Jawatankuasa Pengimarahan Masjid Negeri Selangor telah berpeluang untuk melawat ke Institusi Keagamaan di Singapura dengan menaiki bas,turut serta Ybhg ayahanda YDP serta isteri.
Antara yang menarik disepanjang lawatan itu yang sempat YDP rakam dan catatkan ialah:
Hanya 18% daripada 4 juta penduduk Singapura adalah beragama Islam.Mereka menjalankan kegiatan agama TIDAK bergantung kepada bantuan atau dana dari pemerintah,tetapi melalui usaha badan NGO swasta yang aktif dan tersusun
YDP sedang menyampaikan sumbangan kepada Jamaiyah Islam Singapore


Pemerintah mewajibkan potongan gaji sebanyak SIN$2 setiap bulan untuk dana pembangunan Islam,ianya dipanggil,Muslim Building Fund
Disana juga tidak mempunyai sekolah rendah atau menengah agama,tidak seperti dinegara kita,maka,bersyukurlah kerana di negara kita ada sekolah yang khusus mengajarkan tentang ilmu keagamaan.
Oleh  kerana tidak mendapat bantuan daripada pemerintah,mereka berusaha bersungguh-sungguh bekerjasama  mengumpulkan dana,buat pelbagai program,bina masjid sendiri,tubuhkan pertubuhan seperti Jamiyah Islam yang amat aktif dan punya dana yang amat teguh sehinggakan mampu untuk membina masjid dan bangunan 7 tingkat sendiri.
Rumah Anak Yatim,Darul Ma'wa Singapore
YDP dan Mak Adah di Rumah Anak Yatim Darul Ma'wa

Kumpulan ethnik beragama Islam,seperti Melayu,Jawa,Arab,India Muslim,Bugis dan lain-lain bekerjasama demi kepentingan Islam.Pentadbiran masjid dan peranan orang muda dalam aktiviti masjid juga amat menarik.Apa yang YDP paling tertarik ialah,Pengurus Rumah Anak Yatim dan Ketua Unit Remaja Masjid Alghufran adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Master Degree..beb!



No comments: