Sunday, May 20, 2012

AB FARM and Services...menanti kunjungan anda

Tersergam indah..satu lagi mercu tanda milik KAB

"Kekalkan semangat jauhi sengketa,kitakan maju dan berjaya"....antara bait-bait lirik lagu rasmi keluarga Al-Bajuri yang senantiasa tersemat di dalam sanubari ahli keluarga.Bertepatan dengan itu,berbekalkan semangat juang yang tinggi dan jitu,tanggal 20 Mei 2012 KAB sekali lagi telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri pabila dengan rasminya AB FARM & Services telah selamat dilancarkan oleh ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri,selaku Yang Di-Pertua KAB.Warga KAB memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas kejayaan ini dan warga KAB berharap agar perniagaan ini sebagai pembakar semangat untuk seluruh warga KAB untuk berjaya dan terus berjaya.
Acara yang gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh kira-kira hampir 100 orang yang terdiri daripada penduduk kampung Olak Lempit,warga KAB disamping jemputan khas daripada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh,Olak Lempit.
Menurut kata Pengarah Urusan AB FARM & Services,Encik Sihabudin bin Hj.Sajadi,disamping membuka kedai Serbaneka dan Sejuk Beku ini,AB Farm & Services juga mempunyai ladang ternakan lembunya sendiri,dimana pada masa kini,pihak syarikat mensasarkan 120 ekor lembu akan dijual pada tahun 2012 ini.
Ladang Lembu milik KAB yang terletak Jalan Cendana,Kampung Olak Lempit

Sempena majlis pelancaran ini juga beliau telah mengumumkan potongan 10%  untuk semua barangan yang terdapat di dalam kedai ini.Sesuai dengan cogankata syarikat ini,SEGAR,SUCI dan BERKUALITI,pihak syarikat juga menyediakan perkhidmatan penghantaran daging-daging segar kepada para pelanggangnya disamping menjadikan AB FARM & Services ini sebagai satu pusat "One-Stop Centre"dimana ianya akan menjadi tempat tumpuan orang ramai  membeli kuih-muih tradisional seperti kuih Kemboja dan Dodol.
Tempahan lembu untuk ibadah qurban secara berkumpulan juga  boleh dilakukan dengan bayaran sebanyak RM350.00 satu bahagian.Berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan,bolehlah berkunjung ke kedai AB-FARM & Services yang terletak di No 5,Kompleks Niaga Al-Bajuri,Kampung Olak Lempit,Banting,Selangor.
Pengarah Urusan AB Farm & Services

Sementara itu,dalam ucapan perasmian ayahanda Dato'YDP,beliau memanjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi,kerana dengan izin dan hidayah-Nya,hari ini warga KAB serta hadirin yang hadir dapat bersama-sama berkumpul dihadapan Kompleks Niaga Al-Bajuri yang berwajah baharu. AB FARM & Services juga dianggap sebagai salah satu mercu tanda warga KAB yang bersemangat kental dalam menyahut cabaran menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan yang mendatang.
Yang Di-Pertua KAB sewaktu menyampaikan ucapan perasmian

Beliau juga amat berharap agar penduduk kampung dapat memberikan kerjasama kepada syarikat milik warga KAB ini,kerana tujuan penubuhan syarikat ini bukan sahaja untuk warga KAB,malahan penduduk sekitar kerana secara tidak langsung ianya dapat memberikan peluang pekerjaan kepada mereka disamping menaikkan taraf ekonomi mereka.
Dengan nada yang sebak,beliau juga berasa kesal pabila ada pihak yang memburuk-burukkan nama beliau dan KAB,dan sebagai hamba Allah beliau terima segala ketentuan dan ujian daripada-Nya serta berharap agar pihak-pihak yang berkenaan agar kaji dan selidik dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang berkaitan dengan KAB mahupun dengan diri beliau,dan sekiranya terdapat persoalan,boleh rujuk dengan warga KAB atau layari laman blog KAB serta medium lain untuk mendapatkan jawapan serta kepastian
Antara jemputan yang hadir

.
Syukur Alhamdulillah..

1 comment:

achon said...

Assalamualaikum wbt. Tabik kat YDP atas ucapan yang mantap dan penuh emosi... terbaik. Bersatu, Bahagia, Bermaruah.