Tuesday, March 24, 2009

MAJLIS MERISIK/PERTUNANGAN SABRINA

Satu majlis merisik/pertunangan Sabrina Sajadi telah berlangsung pada 22/03/2009 bertempat di rumah Wak Minah. Majlis yang pada asalnya hanya sebagai merisik oleh pihak lelaki telah bertukar menjadi bertukar 'menu' menjadi majlis pertunangan kerana jarak masa dengan majlis akad nikah terlalu hampir. Tunang Sabrina yang bernama Hefni bin Rahim dan berasal dari Pontian (katanya dekat2 Rimba Terjun rumah tunang Ijan ..... sedara?) InsyaAllah majlis akad nikah dan kenduri akan diadakan seperti berikut sebagai notis awal dan tidak rasmi kepada AlBajuri :


Akad Nikah
Tarikh : 13.06.2009
Masa : Selepas maghrib
Tempat : Rumah Hajjah Aminah
Kenduri
Tarikh : 14.06.2009
Masa : pagi - petang

_____________________________________________________________________
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS

Ketibaan rombongan lelaki
(diketuai oleh ayahnya dan disertai mak, abang dan kakak ipar. Pengantin lelaki berkemeja putih)

Perbincangan bermula.....

(Hajjah Aminah diwakili oleh Abang Ndol)

Masih berbincang......
(Abang Din : ' 50 ringgit tak main pakcik....'
Abang lelaki : 'Jap la.. saya kira bajet dulu...)


Selasai berbincang, jamuan ringan
(Makanan disediakan oleh chef jemputan dari Bagan Lalang. Sori tak jemput sedara, takut semua dah kenyang kat Jalan Berlian makan kambing)


Lepas makan.. acara sarung cincin

(di sempurnakan oleh mak pengantin lelaki)


Marilah kita sama-sama doakan agar Sabrina dan Hefni dapat menghadapi tempuh pertunangan dengan sebaiknya dan dapat diijabkabulkan seperti yang dirancang.. Amin...

Kepada AlBajuri, kami sekeluarga mohon maaf sekiranya majlis ini tidak melibatkan anda kerana pertukaran 'Menu' pada saat perbincangan dan kami sekeluarga memohon agar kita sama-sama dapat menjayakan majlis akadnikah dan kenduri pada bulan Jun nanti.

10 comments:

S-a-B-r-I-n-A said...

Abang Intan,

Thanks for the post. Sedikit pembetulan, nama pengantin lelaki, Hefni Izzat b. Abd Rahim. Also terima kasih to chef "ikan patin" from Jerantut, beloved Kak Yang. Dapat pujian jugak tu daripada belah pihak lelaki.

Unknown said...

Tahniah Sabrina...harap dapat inform kat bakal suami..sedia2kanlah jawapan apabila ditanya masa hari keluarga nanti...heheheh..anyway Selamat datang Encik Hefni ke keluarga Al-Bajuri

S-a-B-r-I-n-A said...

boleh saya tahu, apakan bentuk soalan yg akan dikemukakan nanti, Encik Zawal?

Anonymous said...

jgn sesapa pun pecahkan rahsia soalan tuk bakal pengantin nie..biar dia gabra sket..kekekek..

-eila-

Unknown said...

soalan pertama..
soalan kedua...

hahahahahahaha...tunggu..tengah cari soalan baikkkkkkkkk punye..

RAIA said...

Tahniah Ina!!!

farahadriza said...

tahniah sabrina ! :)

S-a-B-r-I-n-A said...

syukran lakum..

♥Syamelia♥ said...

hahahaha, kita ada dalam 2 bulan nk siapkan soklan...
kalu sorg 1 soklan, 1 family dah brapa...
hehhehehehe... cian en. hefni...

btw, mana pic dia?
nak tgk siapa jejaka bertuah ni...
ecehhhh...

niwey, tahniah S-a-B-r-I-n-A & Hefni Izzat...
darah manis uols :)

S-a-B-r-I-n-A said...

hmmm cik Syamelia, cuba tgk betul2.. gambar yg pertama lagi dah tunjuk gambar bakal pengantin lelaki.. hehehe..