Wednesday, March 25, 2009

SILA AMBIL PERHATIAN

Salam kepada seluruh warga AB dan para pemain2 Bowling 2009.

Untuk makluman.sehingga hari ini pihak Jawatankuasa penganjur MASIH lagi menerima penyertaan dari kalangan keluarga AB walhal pada hakikinya terpaksa membayar yuran penyertaan yang "lebih"sedikit.Namun atas sebab dan tujuan Kejohanan Bowling ini diadakan iaitu dengan hasrat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga maka kami terima juga penyertaan tersebut.Untuk makluman juga,sehingga jam 6:01pm tadi dianggarkan terdapat lebih 40 orang telah bersetuju untuk menyertainya.

Sehubungan dengan itu, jawatankuasa telah mengadakan sidang tergempar pada malam ini dan telah telah memutuskan agar Kejohanan Bowling AB 2009 ini,diadakan secara "open".Oleh yang demikian,jawatankuasa juga telah menetapkan  senarai nama pemain mengikut lane (senarai penuh akan dikeluarkan pada post berikut)

(jawatankuasa sedang sibuk menguruskan senarai pemain dan susun atur pemain)

Untuk pengetahuan juga, pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah mata keseluruhan 2 permainan tersebut.Hadiah akan diberi kepada Johan/N.Johan dan ketiga bagi pemain lelaki dan wanita.

Kami jawatankuasa penganjur,ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga AB baik secara langsung atau tidak secara langsung di atas sambutan dan penyertaan yang amat di luar jangkaan..Terima kasih..selamat bertarung..Kalah menang adat permainan yang paling penting hubungan silaturrahim dapat diperkukuh dan dipereratkan lagi..

Bersama ini juga ada disertakan plan ke Banting Superbowl..harap bergunalah...

**apabila anda melepasi Balai Bomba (sebelah kanan) jalan terus hingga ke lampu isyarat.Belok kanan,jalan terus..dan anda akan berjumpa signboard Banting Superbowl.Naik ikut jambatan (sebelah kiri anda)..ikut anak panah "p" banting superbowl..

dari panel-Kejohanan Bowling AB 2009

-ujie's dan yanto-

No comments: