Saturday, March 28, 2009

TERIMA KASIH dan TAHNIAH

Salam..syukur alhamdulillah,tepat jam 5:15 petang,Kejohanan Bowling Piala al-Bajuri 2009 berakhir.Bagi pihak urusetia,kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada :-
  • Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir Bin Bajuri (zetshop)
  • Encik Ismail Shah 
  • serta seluruh pemain dan penyokong
  • Sarah Restaurat & Catering
  • Kak Anim

di atas tajaan hadiah dan sokongan kepada pihak kami bagi menganjurkan aktiviti yang penuh bermakna ini.Menang dan kalah adat permainan,namun itu bukan persoalannya,tapi apa yang penting semangat kekeluargaan dapat dipupuk.Terima kasih semua,semoga Allah memberikan balasan yang setimpal atas apa yang anda hulurkan..

Untuk itu,di sini saya dengan sukacitanya mengumumkan senarai pemenang Kejohanan Bowling Tertutup Piala Al-Bajuri buat pengetahuan semua:-

Kategori Lelaki:-

Johan : A.Suandi ( 271 markah)

N.Johan : Bakar @ Yanto ( 253 markah)

Ketiga :  Rizal ( 253 markah )

Keempat : Hj Fathul Mubin ( 240 markah)

Kelima : Zawal ( 239 markah)

Kategori Wanita:-

Johan: Suhaila ( 274 markah)

N.Johan: Nora ( 232 markah)

Ketiga : Juariana ( 186 markah)

Keempat: Suraya ( 183 markah)

Kelima: Farah ( 177 markah)

Johan keseluruhan yang akan membawa piala pusingan jatuh kepada:-

Puan Suhaila Binti Haji Samsuri

Saya sempat juga merakamkan beberapa gambar untuk tatapan warga AB..

Pihak TM sedang membuat pemantauan,samada hadiah dan cenderahati disalurkan dengan betul atau tidak....

Kenapa En.Malik??Bola hilang ke??

Mana isteriku??Aduh!!!kenapalah diasingkan aku dan isteriku...Tensionnya...

Senyuman Juara....

Ni nampak!!!Ishhh..marah betul abg haji ni..mana tak asyik masuk longkang aje...

Ni bola mau kasi kilat sikit..barulah ada ummphhhh

Kenapa bang...kerusi punyalah banyak..kat tepi lane gak nak duduk ye...

Terima kasih Abg Mie sekeluarga,walaupun bertongkat namun hadir juga beri semangat kepada para pemain dan ahli keluarga yang lain..Jasamu dikenang..

Tidak ketinggalan juga,Abe..cuti hari ni semata-mata nak join bowling

Hati2 Puan suhaila..jangan salah baling ye..anak tu...Eh..Cik Muna pun ada..tq kerana beri sokongan..datang sorang je ke...jangan marah....

Aksi peserta dari sekolah alam shah..tq za8 kerana sudi hadir...takpe dapat 195 markah tu...

Kak Anim berkata : "Bang,sedap tak kek yang I buat?

Abg Intan menjawab: "Perhhhh!!!! Sedap yang"Licin....

Demikianlah serba sedikit aksi yang sempat saya rakamkan,kerana agak sibuk juga pada ketika itu,urusan peserta dan kena main lagi..namun tak kisah..janji semua happy..jika happylah...Akhirkata,sekiranya terdapat kekurangan saya dan yanto pohon kemaafan,kami sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk warga Al-Bajuri semua.Yang baik datang dari Allah,dan yang buruk dari kami sendiri...

Kami amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan sudi menulis komen diruang komen.Ini bagi memasti serta mengenal pasti kebaikan dan kelemahan pihak penganjur..komen anda amat diharapkan...Insya Allah,sekiranya diberi kepercayaan lagi,kit jumpa 2010...wachaaaa..

8 comments:

RAIA said...

Tahniah semua yang terlibat n yang menang.
Seronok sangat!!!

Anonymous said...

mmg seronok sgt..macam family day la plak..lagi seronok sbb dpt kalahkan mantan dgn tak sengaja nyer..hikhikhik..
-eila-

RAIA said...

Lebih seronok bila 1st time men bowling da ada orang nak bagi adiah.. HAHAHAHA...!!!
(ketawa riak)

Anonymous said...

yg best lagi kan ya..penghuni dan ex-penghuni lot 2676,jln sentosa yg sapu abis hadiah..wakakaka...

-eila-

Unknown said...

Tak patut...tu dah kira penganjur tu....hahahahahhaha

Zaid said...

kalau Za8 masuk katogori prmpuan dh dpt no 3.......

Anonymous said...

knp zaid tak bgtau awal2 zaid dah tukar jantina???kalau tak blh bawak balik hamper zetshoppe tu..

eila.

Unknown said...

macam-macam.....