|
kediaman |
Jumlah penduduk Islam di
Cambodia hanya sekitar 750,000 daripada 14 juta jumlah populasi. Majoriti kehidupan umat Islam adalah daif. Kerajaan
Cambodia
tidak menekan tetapi mereka perlu berusaha sendiri tanpa bantuan
subsidi seperti di Malaysia (tapi berapa ramai kalangan kita yang
bersyukur).Itu pun masih lagi menyalahkan pihak Kerajaan..tepuk dada,tanyalah diri sendiri dimanakah kita sebenarnya?
Berbicara tentang Cambodia ni,admin berkesempatan mendapatkan beberapa keping foto daripada ayahanda YDP yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas mengikuti lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sana,untuk kita semua renung dan muhasabah diri kita termasuk adminlahkan..kita sebenarnya beruntung dan sepatutnya kita menadah tangan memanjatkan setinggi kesyukuran dengan apa yang kita miliki sekarang.Susah?ada yang lebih susah daripada kita lagi..susah-susah kita,ada juga rumah yang lengkap dengan TV,mesin basuh dan macam-macam lagi..Alhamdulillah..adakah rumah seperti foto di atas sama dengan rumah kita?Jauh benar bezanya kan...
|
Demi mencari rezeki |
|
|
Lihat foto di atas ini pula,seorang ibu membelah lautan luas membawa anak kecil untuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan mereka seharian,menaiki sampan-sampan mendekati bot pelancong yang bertandang ke tempat mereka,merupakan rezeki buat mereka sekeluarga.Kita?
|
Mengharapkan sesuatu... |
anak ini..juga turut mencari rezeki...tatkala anak-anak kita ke sekolah,anak-anak disana tengah kelautan demi sesuap nasi untuk diri dan juga keluarga...anak-anak kita,seharusnya bersyukur,nak A dapat A,nak B dapat B...mereka?
1 comment:
Salam. Alangkah bertuahnya kita lahirkan di bumi Malaysia negara tumpahnya darahku.....
Post a Comment