Salam semua warga AB.
Dalam apa jua peristiwa yang kita lalui,pasti ada kenangan manis yang seronok untuk di
kongsi bersama.Antara yang teringat untuk dicatat ialah;
1.Tepukan gemuruh para tetamu di majlis aqad nikah,setelah Bilal berjaya melafazkan terima
nikahnya dalam bahasa Melayu,pada cubaan yang kedua.Dia akui pada ketika itu adalah saat yang
paling digeruni.
2.Majlis aqad jua mendapat penghormatan apabila SS Mufti Kerajaan Negeri Selangor telah sudi
mengetuai bacaan doa selamat.Alhamdulillah.
3.Tetamu yang hadir melangkaui jangkaan dan tuan rumah agak gabrah sikit,tapi semua telah
selesai,dimana buttered prawn jadi sebutan menu terlaris,ada yang komplain tak merasa.
4.Family kita kagum dengan creativity dan ketelitian Abob menyediakan menu di meja utama
dengan persembahannya yang luar biasa.Syabas Abob.
5.Family kagum dan amat menghargai sumbangan setiap indibidu yang masing2 memainkan
peranan yang bertugas tanpa kenal jemu dan bosan,..terima kasih yang tak terhingga dari kami.
6.Semasa pencak silat dihadapan pengantin,kita lihat mulut Bilal kumat kamit,ingat dia baca
jampi takut diserang pesilat2 tu.Rupanya dia gemuruh dan banyak baca selawat..Amin.
7.Selepas majlis tammat,ada banyak lagi telur pindang yang terpaksa dihabiskan.Sebahagian\kami hantar kerumah anak yatim shah alam,bakinya kami terpaksa kami makan tiga hari tiga malam mabuk telur pindang,ayo yo..
8.Ada anak yang ikut mak bapaknya,dah sekolah menenengah,tapi dapat gula2.....
9.Walau pun kita sediakan payung sebelum hujan(TQ Ismail TM),tapi hujan turun juga.nasib ada banyak payung.Hujan Rahmat,lepas tu cuaca dingin dan selesa.
10.Kpd CEO,COO ,PA dan semua petugas memang best dan CEO pun tak complain.Kira OK dan patut dapat penghargaan.
Setakat ni dulu,kalau sapa2 ada point eloklah kita kongsi...Paman.
4 comments:
Salam Paman,
Bagi pihak pengurusan dan pentadbiran pencak silat ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Paman sekeluarga mengundang kami.Kami hanya lakukan apa yang terbaik agar ianya menjjadi kenangan terindah buat pengantin.Jangan risau Bilal,pesilat2 kami tidak ada jampi serapah..Allah ada..cuma khuatir juga,takut Bilal keluarkan keris,tapi Alhamdulillah,keadaan terkawal..dan saya pun kawal juga mereka,manalah tau..terlajak..MAaf,masa ambil 3 minit...
"HIDUP PUSAKA BANGSA"
suka baca 'snippets' paman...
fyi, snippets ni bahasa blogging, tun Mahathir suka guna...
those moment yg paman sebut2kn tu, mmg sweet... n memorable...
ps: patutla bilal terkumat kamit, rupanya dia baca selawat... sapa pun akan nervous at his shoes at that time, as the whole 'world' was eying on him :)
Kalau ada gambar2 majlis akad nikah dan hidangan istimewa di meja pengantin harap dapat di kongsi di blog ni supaya org mcm saya ni dpt tengok jugak.
Maaf tak sempat nak buat n3 berkenaan majlis ini sbb saya kena pergi outstation.
Salam Paman,
Tiada apa yang dpt kami sumbangkan selain tenaga dari kami G2 bg menjayakan majlis tsb. Semoga semangat ini kita boleh kekalkan utk majlis2 yang sewaktu dgnnya pada masa akan dtg.
Post a Comment