Secara peribadi tahniah ku ucapkan buat semua AB yang telah bertungkus lumus berganding bahu menjayakan majlis ini...Walaupun diduga dengan keadaan cuaca seawal 12.30 ke atas namun kita semua masih lagi boleh bertugas...sayabas semua...
Acara pada pagi ini dimulakan dengan majlis khatam Quran oleh Ifa.Amat merdu sungguh suaranya..Yang paling menyayat hati,apabila doa dibacakan..Amat mendalam hingga tersentuh hingga meresap ke sanubari setiap insan yang mendengarnya..
(Ifa semasa majlis khatam Quran)
(tersentuh disanubari paman dan bondaku apabila ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan)
Sebelum para jemputan tiba,pihak penanggah diminta untuk menikmati juadah terlebih dahulu..takut nanti keadaan jadi kelam kabut..Oh ye..sajian pada hari ini juga disediakan oleh Sarah Restaurant & Catering..memang class...
(COO sedang memeriksa kualiti lauk-lauk yang telah disediakan..macam QC lah tu..)
(barisan penanggah telah bersiap sedia untuk memulakan tugas..tapi makan dulu)
(kehadiran Paman Kemat pada hari ini,membuatkan paman rasa sebak dan terharu)
(COO sedang menyampai watikah perlatikan kepada En.Ismail)
(Tidak ketinggalan juga kepada Encik Sham..jangan lari haaa)
(Dua Azmi ni..memang tak boleh dipisahkan..akrab sungguh..)
(Phewwwiittt..itulah Amy Search...Ali Guar..memang class)
Sekitar jam 12.30,rombongan dari pihak pengantin lelaki telah tiba..Kacak sungguh..Langkah tersusun rapi...
(pengantin lelaki (Bilal) sedang menanti dengan sabarnya)
(pengantin perempuan (ifa) sedang diarak keluar sambil diiringi dayang-dayangnya)
(silat sembah khas dijalankan khusus untuk kedua mempelai..)
(Bilal Masjid Negeri sedang membacakab selawat serta doa,pohon keberkatan dari Nya)
(kedua-dua mempelai mengaminkan doa)
(kedua ibu-bapa pengantin lelaki)
(Ybhg Tan Sri Isa Samad antara kenamaan yang hadir)
(Ybhg Dato'Abd Samad Mahrudin,juga antara kenamaan yang hadir)
(turut hadir Alumni ESQ 165..terima kasih ye bapak-bapak)
(Blogger Yunus Badawi serta keluarga,turut hadir..merah lagi tu)
(keluarga Embah Mail)
(Embah Ju serta cucu kesayangannya)
Ada juga paparan disebalik tabir...khas untuk warga AB semua....
(go..go..gight..fight..win..ein kata abang rahim...hehehe..)
(Papa mithali..antara calon)
(Jejak berkasih di villa DZB,terima kasih Atie,kerana hadir)
(kak imang dan atie)
(sebahagian dari petugas-petugas )
(antara orang-orang kuat..)
(perhhh..romantisnya.....)
(juga dikategorikan sebagai pasangan romantis)
(ada gak ye peminat..hehehehe)
(antara tenaga kerja santapan beradab)
(percubaan sahaja ni...masa ku akan tiba tak berapa lama lagi...kata abob...ms abob..kuih tat tu enak lah)
(gambar ini atas permintaan empunya badan...nyammmmmm...p/s jangan saman ye)
(anak ayah..manjenya dia)
Sebagai penutup majlis,paman Zabir telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja dan pohon kemaafan andaikata terdapat kekurangan.
Dari unit tenaga kerja zawalajammashod.blogspot.com ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru khas buat Ifa serta Bilal..moga kekal hingga ke akhir hayat..Dan secara peribadi juga,sekali lagi ku ucapkan terima kasih kepada paman kerana beri kepercayaan kepada diri ini untuk mengacarakan majlis..sekiranya terdapat cacat cela disebabkan diri ini,ku susun 10 jari pohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah,dan yang kurang serta lemah itu dari diriku ini...Kepada warga AB,segala catatan yang tertera adalah untuk kenangan terindah ku sahaja...tiada bermaksud untuj sindir sesiapa samada ku sedar atau tidak...kepada COO serta AJK sekelian,tahniah dan syabas....
Dengan ingatan tulus ikhlas dari ku:-
3 comments:
wow! panjangnya posting ujie kali ni...
dari sebelum majlis bermula sampailah majlis berakhir...
sure letih kan, upload gambar...
papapun, thx coz buat posting ni n berkongsi dgn yg laen...
Always try to do the best possible. Tak semua yang dirancangkan itu akan menjadi kenyataan dan tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang.....
Salam. Just to share. Masa dok sibuk sambut tetamu datang dan balik hari tu ada 3 VIP couples kalau tak silap yang meluahkan rasa
kagum mereka pada saya terhadap kerjasama dan layanan mesra dari pihak tuan rumah dan anggota kerja yang lain. Mereka juga cukup terkejut bila diberitahu bahawa anggota-anggota kerja tersebut kesemuanya adalah Al-Bajurian kerana mereka ingatkan community kampung Olak Lempit ataupun staffs. Mereka cakap tak pernah jumpa macam ni dan betapa bertuahnya Al-Bajurian.
- Achon
Post a Comment