Tuesday, July 14, 2009

KU MENULIS

Dengan Nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Penulisan aku hari ini bertajuk : ALLAH KASIH KEPADA ORANG YANG IKHLAS

Habib al-"Ajmi adalah seorang ahli sufi yang terkenal.Pada suatu hari,gurunya,Hasan Basri datang menziarahinya."Ajmi menyambut dengan penuh hormat kedatangan gurunya,lalu dihidangkan jamuan.

Ketika Hasan Basri sedang makan,tiba-tiba datang seorang pengemis."Ajmi pun terus mengambil makanan di depan gurunya dan diberikan kepada pengemis tersebut,Hasan Basri terperanjat melihat kelakuan 'Ajmi.

"Anda sepatutnya tahu sedikit sebanyak tentang adab sopan,"ujar Hasan.

'Ajmi diam sebentar.Dan,alangkah terkejutnya Hasan apabila dengan tiba-tiba datang seorang perempuan membawa hidangan yang amat lazat.Nampaknya ia menggantikan makanan yang telah disedekahkan kepada pengemis sebentar tadi.Kedua-duanya pun makan.

'Ajmi berkata kepada gurunya,"Tuan adalah seorang yang baik.Tuan telah mendidik saya dengan pelbagai ilmu.Namun rasanya Tuan perlu berusaha meningkatkan kerohanian dan taqwa kepada Allah,kerana dengannya sesuatu amalan itu akan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah"

Hasan mengangguk-anggukan kepalanya tanda setuju dengan nasihat 'Ajmi.Nasihat itu diterima dengan ikhlas walaupun dulu 'Ajmi adalah muridnya,TETAPI kini nampaknya telah jauh ke hadapan dalam hal kerohanian.

Pada suatu waktu Hasan bertemu Habib al-'Ajmi yang sedang mendirikan solat.Hasan mendengar 'Ajmi membaca bacaan dalam solatnya dengan bacaan yang kurang elok.Maka Hasan pun enggan solat bersama dengan 'Ajmi.Hasan solat sendirian.

Pada malam itu,Hasan bermimpi bahawa Allah berfirman kepadanya,"Hasan,kalaulah engkau manjadi makmum dalam solat dengan'Ajmi itu,engkau tentu akan mendapat keredhaanKu,dan solat yang dilakukan oleh 'Ajmi adalah lebih baik daripada solat yang enkau lakukan sepanjang hidupmu.Engkau salahkan bacaannya yang kurang elok pada anggapanmu,tetapi engkau tidak tahu kesucian dan keikhlasan hatinya.Ketahuilah,bahawa Kami lebih mementingkan hati yang suci bukan hanya sekadar bacaan yang elok."

Apabila Hasan terjaga beliau segera insaf.Mungkin ;Ajmi lebih baik solatnya kerana keikhlasan hatinya.Hasan teringat sabda Rasulullah s.a.w,maksudnya "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu,pangkat kamu,tetapi Dia melihat (menilai)hati kamu dan amal kamu yang ikhlas"(riwayat al-Tabrani)

Kesimpulannya..Walau setinggi mana pun ilmu yang kita perolehi,janganlah kita kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain.Walaupun kita punya pangkat,punya kedudukan dan punya segala-galanya belum tentu amalan kita diterima oleh Allah..Keikhlasan perlu hadir dalam hati,baik apa jua yang kita lakukan.Janganlah sombong...

2 comments:

Anonymous said...

Jazakallah.Ilmu yang sangat2 menarik.Semoga dapat memberi banyak lagi info2 dan tip2 ke arah meningkatkan keIKHLASan hati dan diri.Doa yang sering ku pohon
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim letakkanlah sentiasa dalam diriku sifat ikhlas dalam apa jua keadaan". Amin..

DZB165 said...

Salam Ujie dan semua,

Paparan anda kali ini mencuit lubuk hati dan menyedarkan kita insan yang fakir ini tentang beberapa initipati ungkapan untuk jadi bahan renungan dan iktibar bersama;

1.Ilmu akan hanya bermakna dan memberi faedah kalau kita kongsi bersama dengan niat ikhlas dan bersih.

2.Sesungguhnya Allah menilai seseorang itu dari sudut ketaqwaan dan keikhlasan nya semasa berurusan dengan manusia dan Maha Penciptanya.

3.Hanya Allah yang memberi ganjaran dan menilai hasil keikhlasan seseorang.Hanya Allah yang selayaknya dan Maha Mengetahui
yang tersurat dan tersirat.Subhanallah.