(Paman Zabir serta Cik Adah sedang menikmati hidangan sambil melayan tetamu yang hadir)
(Dr.Azmil serta Dr.Suhaila dan keluarga)
Lauk-pauk pada malam ini memang BEST!Hidangan pada malam ini telah disediakan oleh Sarah Restaurant & Catering...ahli keluarga kita jugalah...memang class gitu..memenuhi selera..Rugi siapa yang tak makan malam ni...UNTUK TEMPAHAN sila hubungi saya..hehehehe..
(petugas-petugas Sarah Restaurant & Catering sedang sibuk melayani jemputan)
Makan-makan juga,tapi AWAS!tugasan yang telah diamanahkan perlulah dilaksanakan.Jadi selepas menjamu selera,maka bermulalah tugas..Ada yang menyambut tetamu..ada yang memberi cenderahati kepada tetamu,ada yang mengambil gambar (seperti aku) dan macam-macam lagilah.Tahniah COO...(bodek lagi)..anak buah semua menjalankan tugasan dengan penuh semangat...
(antara petugas-petugas yang memberikan cenderahati kepada jemputan..dari kiri Yasmin@Melur,Kak Hanim (isteri COO)dan yang belakang tu,tak lain,tak bukan COO sedang memeriksa anak-anak buahnya,samada laksanakan tugas atau sebaliknya)
(antara penanggah yang aktif atau calon YB..gaya dah ada..)
Kebiasaannya,selain dari Hari Keluarga yang diadakan setiap tahun,peluang sebeginilah digunakan sebaik mungkin untuk bertemu dengan sanak saudara,adik-beradik,anak dengan ibu-bapa mahupun menantu,baik dari dekat,mahupun yang jauh..
(gurau senda dari sepupu-sepupu...apalah yang digelakkan..mesti ada agenda sulit ni)
(meh!abah betulkan songkok ni...hehehe)
Berinteraksi juga perlu dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.barulah mesra..namun aku akui tidak dapat berbahasa Turki..atau dalam istilah jawanya aku tak pandai..kang aku tanye lain,Bilal jawab lain..maka khidmat juru bahasa yang telah diundang khas dari Negeri di Bawah Bayu (SABAH) telah dapat menyelamatkan keadaan..
(Bilal sedang memperkatakan sesuatu kepada Ati selaku penterjermah bahasa...oppsss..bukan bahasa Turki,tapi bahasa Cina..sambil diperhatikan oleh paman dan Ifa..lihatlah tersenyum paman dan Ifa)
Lepas sesi berbahasa,tibalah giliran untuk sesi bergambar bersama pengantin..
(Bilal,Ifa dan Ati)
Kehadiran makcik-makcik/wak ke majlis paman ini,menjadikan suasana bertambah meriah..Tentu paman bangga apabila adik-beradiknya turut serta meraikan majlis perkahwinan puterinya.
Juga tidak ketinggalan cucu-cucu saudara...pelbagai telatah dapat dirakamkan.....
(puteri kak imang dan abang rahim...smile..bukan senang nak dapat gambar puteri kak imang ni)
(ni juga putera kak imang dan abang rahim..amboiii..gayut sakan nampak)
SEBELUM BERSURAI AKU JUGA SEMPAT MERAKAMKAN AKSI YANG MENARIK..TAPI TAK BOLEH ULAS LANJUT,SEBABNYA SALAH SATU FOTO NI..EMPUNYA DIRI MERUPAKAN LAWYER..KANG TAK PASAL-PASAL KENA SAMAN..ADEH!!!SUSAH WO!!JADI ANDA SENDIRILAH BUAT ANDAIAN YANG TERSENDIRI..HEHEHEHE...
(line clear...)
(aikk!!apa yang COO buat tu?)
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN JUGA HARUS DIBERIKAN KEPADA PIHAK KESELAMATAN YANG DIKETUAI OLEH EN.AZIZI,TANPA MEREKA AGAK TIDAK TERKAWAL JUGA LALULINTAS..JASAMU DIKENANG..
(BARISAN UNIT KESELAMATAN BERGAMBAR BERSAMA Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir)
_________________________
OKLAH..SETAKAT INI DAHULU CATATAN AKU..AL-MAKLUMLAH JAM MENUNJUKKAN TEPAT JAM 1'45PAGI NI..PANTUN2 NAK KENA CARI...MATA NI PUN KUYU AJE..OK.JUMPA LAGI ESOK..SALAH SILAP MAAF YE..TIADA KENA MENGENA ANTARA SATU SAMA LAIN..SEKADAR GURAUAN DAN PENYEDAP RASA AJE..KERANA "AKU ADALAH AKU"
Wassalammm..
1 comment:
Meriahnya semalam. Hari ni tentu lagi meriah. Pastikan makanan hari ni lagi best sbb insyaAllah kami datang nanti hehehe
Post a Comment