Saturday, July 11, 2009

RENUNGAN KITA BERSAMA...

salam..Sekadar niat untuk ingat-mengingati antara kita.Tiada kena mengena dengan sesiapa.Yang baik dijadikan tauladan,yang buruk dibuang jauh-jauh..

Bismillahhirrohmanirrahim.... 


Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bercerita tentang alam kubur. Kubur boleh menjadi permulaan azab sebelum azab yang kekal abadi di dalam neraka. Dan kubur juga boleh menjadi permulaan nikmat sebelum nikmat yang kekal abadi di dalam syurga di akhirat kelak. Semuanya bergantung kepada amal yang dibawa oleh seseorang.

 "Setiap hari kubur berkata: 'Aku rumah yang asing. Dan aku rumah seorang diri. Dan aku rumah tanah. Dan aku rumah ulat'," kata Nabi s.a.w.' menyampaikan ilmunya.

 Baginda menyambung lagi, "Apabila ditanam mayat seorang hamba yang mukmin, yang berbuat baik dan beramal soleh semasa hidup di dunia, kubur berkata kepada mayat itu: 'Silakan. Silakan. Selamat datang. Selamat datang. Sesungguhnya engkau adalah orang yang sangat aku kasihi di kalangan orang-orang yang berjalan di atas belakangku. Tiba sudah aku pula memelihara kamu dan menguasai kamu. Segala perbuatan yang baik dan menyukakanmu.

 Apakah yang diperbuat oleh kubur terhadap mayat orang mukminin yang berbuat baik dan beramal soleh itu? Tiba-tiba kubur menjadi luas sejauh mata memandang. Dan dibuka satu pintu syurga. Demikian itu ialah petanda yang amat membahagiakan bagi roh orang mukminin. Dia boleh berehat dengan selesa sampai ke Hari Kiamat.
 
 "Apabila ditanam mayat seorang hamba yang jahat atau yang kafir..." kata Nabi s.a.w., meneruskan lagi kuliah ilmunya, "...kubur berkata kepadanya: 'Tidak ada selamat dan tidak ada kebaikkan. Engkau adalah orang yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku. Tiba sudah aku pula menjadi pemerintah ke atasmu. Pada hari ini engkau datang kepadaku. Lihatlah apa yang akan aku perbuat kepadamu'."

 Apakah yang diperbuat oleh kubur terhadap mayat orang jahat atau orang kafir itu? Tentu sekali tidak sama seperti yang diperbuat kepada mayat orang mukmin yang melakukan kebaikan dan beramal soleh. Kubur berbuat sebaliknya, iaitu satu tindakan yang cukup menakutkan dan mengerikan. Malah tidak sanggup hendak membayang-bayangkannya. Tetapi demikianlah yang berlaku.

 Sambil menunjukkan contoh dengan jari-jari tangan yang ditemukan secara berselat-selat, Nabi s.a.w. berkata: "Kubur menjadi rapat dan menghimpit mayat hingga bertemu berselisih tulang-tulang rusuk. Dan Allah datangkan 70 ekor ular yang tersangat besar. Kalaulah seekor daripadanya menghembuskan nafas ke bumi, tidak akan tumbuh sesuatu apa pun di situ selama-lamanya."

 Dengan nada yang perlahan Nabi bersabda, "Sesungguhnya kubur itu ialah satu daripada kebun syurga dan satu lubang daripada lubang neraka.


 Justeru, berbuat baiklah kepada ibu bapa, jangan tinggal solat dan beramal ibadahlah, insya-Allah kita akan selamat daripada azab kubur.


Na'uzubillah..Semoga kita semua terpelihara dari azab.

Sesungguhnya azab dari ALLAH adalah amt pedit,perit sekali.

Wassalam


(zai/blog)

No comments: