Kali ni aku ingin berbicara tentang "PERSIAPAN SOLAT"..aku ambil dari sebuah buku SAHKAH SOLAT ANDA,oleh Ustaz Safwan.Jadi,setelah ku baca buku ini,aku rasa tanggungjawab aku untuk menyampaikannya kepada anda semua..
Sesungguhnya solat adalah ibadah yang paling utama dalam Islam,malah sebagai tiang agama-jika ia dilaksanakan dengan sempurna,maka tegaklah agama.Solat juga yang menyebabkan segala amal soleh diterima olah Allah swt pada hari akhirat kelak.Dan solat menjadi anak kunci syurga..Masya-Allah..hebatnya..rugilah bagi orang tidak tahu menilaikannya....
Memandangkan kedudukan solat yang sangat penting dalam kehidupan sesorang Muslim/Muslimah,maka sebelum seseorang itu mendirikan solat,terlebih dahulu hendaklah memastikan bahawa dia telah mengetahui syarat dan rukunnya,sunat-sunatnya,adab-adabnya dan yang paling penting mengenal ALLAH yang sebenarnya berhak disembah.
Juga harus diingat bahawa kita kena pastikan solat kita sesuai dengan solat yang dilakukan oleh Rasulullah saw dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah,bukan ria'atau menunjuk-nunjuk,dilakukan dengan penuh khusyuk.Itulah solat yang berkualiti yang diterima oleh Allah,dan berperanan mendorong ke arah melakukan yang ma'ruf (baik) dan menjadi benteng dariapada melakukan kemungkaran.
No comments:
Post a Comment