Saturday, May 26, 2012

Selamat Datang Nurul Nadia...


26 Mei 2012 maka hari yang dinanti-namtikan  telah pun tiba.Senyuman pengantin masih lagi kelihatan hingga ke pagi.Begitu juga dengan senyuman kedua ibu-bapa pengantin,baik daripada pihak lelaki mahupun pihak perempuan,kerana hari ini pengantin akan diraikan.
Alhamdulillah,majlis yang dirancang telah pun berjalan dengan lancar dan teratur.Rombongan pengantin lelaki,diketuai oleh ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bersama dengan Pengerusi KAB,Hj.Fathulmubin telah disambut mesra oleh pihak keluarga pengantin perempuan.Alhamdulillah,makin berkembang lagi jumlah ahli keluarga KAB.
Mewakili seluruh warga Al-Bajuri,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang telah memberikan layanan yang amat baik sekali kepada kami yang hadir.Semoga Allah swt memberikan rahmat dan nikmat kepada keluarga di sana,Insya Allah..
Kami juga mengucapkan selamat datang kepada seluruh keluarga pengantin perempuan yang akan bertandang ke Wilayah Al-Bajuri pada minggu hadapan,semoga perjalanan anda semua diberkati.
Doa berkat penutupnya amin
Jari lentik memukul gendang
Mempelai berangkat di atas pelamin
Sama cantik sama padan
   
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
       
Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

Dulu SOLO....sekarang DAH berpunya..

SELAMAT PENGANTIN BARU MAMAT & NURUL NADIA-foto ihsan Khalid Kartel

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Rombongan Pengantin Lelaki-foto ihsan Maknim
Syukur Alhamdulillah,tanggal 25 Mei 2012,Saudara Amirul Azmi telah SAH bergelar seorang suami kepada Nurul Nadia Othman...Warga KAB serta KRU Biro Maklumat KAB ingin mengucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai...

Wednesday, May 23, 2012

Senarai nama petugas rewang

 






Berikut dipaparkan senarai nama para petugas "sinomangan"untuk perhatian dan tindakan warga KAB.

Team A : MEJA JEMPUTAN
Skop Tugasan: Mengemas Pinggan dan Gelas/Menambah Lauk di meja Buffet

Petugas:
  1. HAIKAL
  2. TARIQ
  3. ZAHID
  4. SYAFIQ
  5. MUKMIN
  6. MUBARAK
  7. FIFI
Team B :  LAYAN TETAMU
Skop Tugasan: Isikan nasi untuk tetamu,Jaga Lauk di meja buffet

Petugas:

  1. FARHANA
  2. TASHA
  3. LISA
  4. BB
Team C : 
Skop Tugasan: Lap Meja,Tambah Air Basuh Tangan,Tisu,Tambah Air Minuman

Petugas:

  1. BEHA
  2. SOFIA
  3. FAHDA
  4. MIJA
  5. ADAH
  6. ALIA
Team D :
Skop Tugasan: Basuh Gelas,dan Jaga Air Minuman

Petugas:

  1. FITRI
  2. AAN
  3. SOFIA
PERHATIAN,Untuk hari Jumaat (malam) Pakaian adalah bebas TETAPI sopan,manakala hari SABTU,pakai baju T (hijau/biru) jika ada.Perempuan tudung hitam.


Daripada: PENYELARAS BIRO REWANG KAB

Monday, May 21, 2012

Ramainya....

Yang lahir pada bulan Mei -diraikan

Bulan Mei memberikan 1001 makna buat warga KAB,selain pelancaran AB Farm & Services yang alhamdulillah selamat dirasmikan oleh ayahanda Dato YDP pada tanggal 20 Mei 2012,bulan Mei juga amat bermakna buat warga KAB yang seramai 16 orang kerana menyambut hari kelahiran mereka.Begitu juga dengan ayahanda YDP yang turut berkongsi bulan.
Bulan Mei juga merupakan Hari Ibu dan Hari Guru.Majlis ringkas tapi penuh bermakna bagi meyambut kedua-dua  hari yang bersejarah ini.
Lebih bermakna,bukan sahaja warga KAB yang meraikan hari lahir YDP,anak-anak dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh juga turut meraikan.Sesungguhnya ia satu pengalaman yang berharga dalam sejarah kehidupan YDP.
Khas untuk ayahanda YDP

Anak-anak dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh menyampaikan ucapan kepada YDP
Bagi warga KAB yang bergelar guru pula,jasa dan pengorbanan kalian tidak dilupakan,jasa mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa,agama dan negara amat disanjung tinggi.
WARGA PENDIDIK KAB



Sunday, May 20, 2012

AB FARM and Services...menanti kunjungan anda

Tersergam indah..satu lagi mercu tanda milik KAB

"Kekalkan semangat jauhi sengketa,kitakan maju dan berjaya"....antara bait-bait lirik lagu rasmi keluarga Al-Bajuri yang senantiasa tersemat di dalam sanubari ahli keluarga.Bertepatan dengan itu,berbekalkan semangat juang yang tinggi dan jitu,tanggal 20 Mei 2012 KAB sekali lagi telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri pabila dengan rasminya AB FARM & Services telah selamat dilancarkan oleh ayahanda Dato'Dr.Hj.Zabir bin Bajuri,selaku Yang Di-Pertua KAB.Warga KAB memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas kejayaan ini dan warga KAB berharap agar perniagaan ini sebagai pembakar semangat untuk seluruh warga KAB untuk berjaya dan terus berjaya.
Acara yang gilang-gemilang ini turut dihadiri oleh kira-kira hampir 100 orang yang terdiri daripada penduduk kampung Olak Lempit,warga KAB disamping jemputan khas daripada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh,Olak Lempit.
Menurut kata Pengarah Urusan AB FARM & Services,Encik Sihabudin bin Hj.Sajadi,disamping membuka kedai Serbaneka dan Sejuk Beku ini,AB Farm & Services juga mempunyai ladang ternakan lembunya sendiri,dimana pada masa kini,pihak syarikat mensasarkan 120 ekor lembu akan dijual pada tahun 2012 ini.
Ladang Lembu milik KAB yang terletak Jalan Cendana,Kampung Olak Lempit

Sempena majlis pelancaran ini juga beliau telah mengumumkan potongan 10%  untuk semua barangan yang terdapat di dalam kedai ini.Sesuai dengan cogankata syarikat ini,SEGAR,SUCI dan BERKUALITI,pihak syarikat juga menyediakan perkhidmatan penghantaran daging-daging segar kepada para pelanggangnya disamping menjadikan AB FARM & Services ini sebagai satu pusat "One-Stop Centre"dimana ianya akan menjadi tempat tumpuan orang ramai  membeli kuih-muih tradisional seperti kuih Kemboja dan Dodol.
Tempahan lembu untuk ibadah qurban secara berkumpulan juga  boleh dilakukan dengan bayaran sebanyak RM350.00 satu bahagian.Berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan,bolehlah berkunjung ke kedai AB-FARM & Services yang terletak di No 5,Kompleks Niaga Al-Bajuri,Kampung Olak Lempit,Banting,Selangor.
Pengarah Urusan AB Farm & Services

Sementara itu,dalam ucapan perasmian ayahanda Dato'YDP,beliau memanjatkan rasa syukur kehadrat Ilahi,kerana dengan izin dan hidayah-Nya,hari ini warga KAB serta hadirin yang hadir dapat bersama-sama berkumpul dihadapan Kompleks Niaga Al-Bajuri yang berwajah baharu. AB FARM & Services juga dianggap sebagai salah satu mercu tanda warga KAB yang bersemangat kental dalam menyahut cabaran menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan yang mendatang.
Yang Di-Pertua KAB sewaktu menyampaikan ucapan perasmian

Beliau juga amat berharap agar penduduk kampung dapat memberikan kerjasama kepada syarikat milik warga KAB ini,kerana tujuan penubuhan syarikat ini bukan sahaja untuk warga KAB,malahan penduduk sekitar kerana secara tidak langsung ianya dapat memberikan peluang pekerjaan kepada mereka disamping menaikkan taraf ekonomi mereka.
Dengan nada yang sebak,beliau juga berasa kesal pabila ada pihak yang memburuk-burukkan nama beliau dan KAB,dan sebagai hamba Allah beliau terima segala ketentuan dan ujian daripada-Nya serta berharap agar pihak-pihak yang berkenaan agar kaji dan selidik dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang berkaitan dengan KAB mahupun dengan diri beliau,dan sekiranya terdapat persoalan,boleh rujuk dengan warga KAB atau layari laman blog KAB serta medium lain untuk mendapatkan jawapan serta kepastian
Antara jemputan yang hadir

.
Syukur Alhamdulillah..

Ab farm and services ...

Pengerusi KAB juga turut turun padang!Tahniah boss..
Percubaan suara...Dengan lafaz bismillahhirrohmannirrohim,saya merasmikan.....
Ok! Semuanya mengikut perancangan
Bersemangat,itulah yang admin boleh katakan kepada warga kab terutama team ab farm & services pabila berganding bahu membuat persiapan terakhir menjelang perasmiannya pada tanggal 20 Mei 2012  bersamaan dengan 28 Jamadilakhir 1433H.
 Bersemangat,itulah yang admin boleh katakan kepada warga kab terutama team ab farm & services pabila berganding bahu membuat persiapan terakhir menjelang perasmiannya pada
Masing-masing tak menang tangan pabila melakukan tugasan tanpa henti demi melihat apa yang dirancang akan berjalan dengan teratur dan baik,insya Allah.
Dikhabarkan sebaik sahaja majlis pelancaran dilakukan,satu pengumuman khas akan disampaikan oleh big boss ab faram kepada para pengunjung.
apapun,kru biro maklumat serta warga kab mendoakan agar segala yang dirancang akan berjalan dengan baik dan semoga ab farm akan maju..



Para "petugas"kaunter sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja akhir.





biro MAKLUMAT keluarga Al-Bajuri

Thursday, May 17, 2012

Tip mencium Hajar Aswad




Petua nak cium hajar aswad dari pengalaman Samsoden @ Hisyam: 

1. buat sembahyang hajad minta Allah beri kesempatan untuk cium hajar aswad 

2. Sepanjang berada berhampiran hajar aswad jangan lupa berdoa sekali lagi kepada Allah dan semasa bersesak-sesak tu ucaplah zikrullah, contoh: subhanallah, 

3. Yakin segala pertolongan hanya Allah yg berkuasa memberinya 

4. Jangan menyakiti jemaah lain ketika bersesak-sesak untuk mengucup hajar aswad...kerana hukumnya sunatjer, kang dapat dosa pulak (peringatan ini untuk diri sendiri dan kekawan)...huhuhu

5. mesti bekerja keras jangan hanya berharap lepas berdoa...kalau tak memang kena tolak kebelakangjerlah... maksud bekerja keras disini ialah sabar dan terus usaha, tapi tidak menyakiti jemaah lain :)


Kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas segala doa Keluarga Al Bajuri terhadap trip Umrah kami. Alhamdulillah segalanya telah selamat dan lancar. Sesungguhnya kami jatuh cinta pada bumi Allah ini. Semoga kami diberikan rezeki, kudrat & kesempatan untuk kesana semula.

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

 
Jasa kalian sebagai warga pendidik amat kami hargai


Ya Allah
Tuhan Semesta Alam
Kami  merafakkan  rasa  kesyukuran  kepada-Mu kerana  telah mengizinkan  kami untuk meraikan Hari Guru pada tahun ini..
Ya Allah
Ya Azizi Ya Sattar Ya Fa·alullima yurid
Sesungguhnya  tugas  sebagai  guru  adalah  tugas  yang  mulia  dan  murni sepanjang zaman , justeru  itu  kurniakanlah kepada  guru-guru  kami  hati  yang ikhlas  dalam  menyempurnakan  tanggungjawab  yang  berat  ini  dengan sebaiknya . Lorongkanlah  hati  guru-guru  kami  agar  menjadikan  seluruh  aktriviti dunia
pendidikan  sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah
Ya Mudabbiral amri
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka ,sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawabsebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya
Ya Allah
Ya Mukawwiral laili wan nahar
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu yaAllah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia danakhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yangsentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru ,semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,bangsa dan negara tercinta .

ALLAH SELAMATKAN KAMU.....

Ya ALLAH..
Panjangkanlah usia ku,
happy birthday...
Agar lebih lama aku mentaati MU,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga diakhirat kelak aku mengutip akan hasilnya,
Ya ALLAH,
Tambahkanlah segala amalan aku di saat bertambahnya usia aku,
Jadikanlah cahaya MU yang bersinar menyinari akan perjalanan aku,
Rehat aku adalah rantaian zikir,
Rantai yang aku kalungkan dileherku,
Sebagai tanda cintaku kepada MU,
Ya ALLAH,
Engkau TIDAK mensia-siakan segala usaha aku,
Mencari haruman Syurga ciptaan MU,
Tempat rehat nan ABADI....amin

Sunday, May 13, 2012

anda ada jawapannya..


Seringkali warga KAB di soal dengan pelbagai soalan cepu emas..Antara soalan yang sering ditanyakan kepada warga KAB adalah seperti dibawah.Dan biro MAKLUMAT kab yang terpanggil dengan persoalan tersebut telah menyediakan jawapannya kerana ANDA ADA JAWAPANNYA....

Soalan 1
APA YANG HEBAT SANGAT DENGAN KELUARGA AL-BAJURI?
Warga KAB  sendiri TIDAK pernah anggap bahawa kami hebat.Ini kerana KAB adalah satu organisasi keluarga yang ditubuhkan untuk menjadi tempat untuk ahli keluarga berkumpul serta merapatkan hubungan kekeluargan diantara satu sama lain.melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur dan disusun rapi bagi mencapai hasrat kepentingan bersama.

Soalan 2
APA AKTIVITI KAB DAN APA YANG SIBUK SANGAT DENGAN HARI KELUARGA AB?
Kami menganjurkan HARI KELUARGA AL-BAJURI pada setiap 25 Disember .Ini kerana pada tanggal 25 Disember 1974 merupakan sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri yang pertama diadakan.Aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan adalah seperti ziarah tanah perkuburan keluarga,Majlis Tahlil Keluarga pada sebelah malamnya,Majlis Tazkirah,Sukaneka dan Riadah,Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pendidikan,Penyampaian bantuan Keluarga dan Jamuan.
Manakala aktiviti bulanan adalah seperti mesyuarat AJK,Majlis Tazkirah,Pertandingan Bowling,Treasure Hunt,Kuliah Subuh dan Qiamulaill,majlis rewang keluarga,tahlil keluarga,berbuka puasa,serta berkelah.
Kami juga menganjurkan program Umrah bersama keluarga Al-Bajuri.Kami juga berkongsi  sama menjalankan perniagaan.
Kami juga mempunyai laman blog,laman facebook,group blackberry,whatapps keluarga al-bajuri,email keluarga al-bajuri,youtube al-bajuri dan pelbagai medium lain.Kami juga mengedarkan buletin SUARA AL-BAJURI setiap 2 bulan.Kami juga mempunyai direktori keluarga yang lengkap,Kami punyai AJK pengurusan yang cekap dan kami juga mempunyai lagu keluarga kami sendiri dan mempunyai jalinan maklumat keluarga yang terkini.

Soalan 3
APA PERANAN DATO'DR.Hj ZABIR DI DALAM KELUARGA AL-BAJURI
Dato Dr Hj Zabir adalah salah seorang Pengasas Keluarga Al-Bajuri,kini beliau adalah Yang Di-Pertua keluarga kami.Beliau merupakan nadi dan pemimpin sumber inspirasi Keluarga Al-Bajuri.Beliau merupakan anak kampung Olak Lempit yang PERTAMA  lulus Universiti (Universiti Malaya 1970).Pernah bertugas di Bank,Perbadanan Pulau Pinang,Pengurusan Besar CGC,Pengarah Urusan Kumpulan Perangsang Selangor,Presiden Kumpulan Darul Ehsan,Pengerusi Anak-anak Syarikat Kerajaan Selangor,Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.Sekarang masih Pengarah Syarikat,Pengarah Koperasi Anak Selangor dan Pengaran disyarikat milik keluarganya termasuklah ZETCOM dan lain-lain.
Beliaulah PEMIMPIN,PENCETUS IDEA,PENASIHAT serta BAPA kepada kami KELUARGA AL-BAJURI.

Soalan 4
APA SUMBANGAN DATO'DR.Hj ZABIR KEPADA KAMPUNG OLAK LEMPIT
Keluarga Al-Bajuri amat bersyukur dab bangga diatas munculnya Dato'Zabir di dalam keluarga kami.Beliau yang sayangkan kampung tempat tumpah darahnya berusaha untuk memaju,membangun dan berkongsi kepakaran serta pengalaman yangdimilikinya.
Antara lain,Zetcom Business and Sport Centre,Taman Al-Bajuri,Zetshoppe,Taman Cenderawasih,Surau Al-Bajuri,Desa Pinggir,Kompleks Niaga Al-Bajuri adalah hasil usaha beliau dan keluarganya.
Perniagaannya memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang kampung.
Beliau juga menyediakan kemudahan untuk orang kampung seperti Surau,padang permainan,kedai runcit,restoran,sukan dan lain-lain.
Dato'Zabir adalah seorang yang pemurah serta yang mengenang budi terutama dikampungnya sendiri.Beliau sering dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan,Sekolah Agama,Masjid dan Surau untuk merasmikan majlis serta menghulurkan sumbangan peribadinya.Dato'Zabir juga pernah mengadakan kuliah motivasi dan berkongsi pengalaman dengan lebih 30 kaum IBU di Kampung Olak Lempit  yang juga disertai dengan kelas pengajian Al-Quran bimbingan isterinya,untuk jangkamasa hampir 4 tahun di kediaman beliau di Olak Lempit.Dato'Zabir juga setiap tahun akan mengadakan majlis bersama fakir miskin dan anak yatim dikampungnya,samada di Balai Raya atau dirumahnya.Dan yang terkini,beliau telah mewakafkan tanah dan beberapa buah rumah miliknya kepada sebuah Yayasan yang menempatkan hampir 60 orang anak-anak ASNAF,golongan kurang bernasib baik.Bagi ahli keluarga Dato'Zabir yang menetap dikampung,beliau telah menyediakan skim khas keluarga untuk memiliki rumah dan juga menjalankan perniagaan.

Soalan 5
DENGAR BERITA KELUARGA AL-BAJURI NAK BUAT PERNIAGAAN BELA LEMBU,BETUL KE?
Memang BETUL,malah bukan setakat bela sahaja,kami akan buat macam-macam perniagaan lain,projek ternakan lembu secara fidlot ini akan bermula InsyaAllah pada pertengahan Mei 2012 ini,dan dijangka dapat membekal daging lembu menjelang Hari Raya Aidil-Adha yang akan datang tidak berapa lama lagi.Kami juga membuka kedai menjual daging beku di kedai kami di NO 5,KOMPLEKS NIAGA AL-BAJURI dan daging segar di Pasar Tani,Insya Allah.

Soalan 6
APA KAITAN AL-BAJURI DENGAN RUMAH AMAL ASNAF AL-BARAKH?
Untuk makluman,Al-Bajuri melalui Yang Di-Pertuanya,Dato'Zabir, telah mewakafkan tanah dan 3 buah rumah sewa serta membina bangunan baru beserta peralatannya kepada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh bagi menempatkan hampir 60 orang anak Asnaf yang terdiri daripada anak yatim,anak terbiar dan anak yang bermasalah.PENTADBIRAN DAN HAL EHWAL RUMAH AMAL ASNAF AL-BARAKH ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA OLEH PERTUBUHAN tersebut yang beralamat di
57-2, Jln Wangsa Delima 5, Pusat Bdr Wangsa Maju (Klsc), 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.Walaubagaimanapun,Keluarga Al-Bajuri senantiasa memberi kerjasama dalam hal pentadbiran,khidmat tenaga motivasi dari masa ke semasa..

Saturday, May 12, 2012

Rezeki yang tiada penghujungnya

YDP sedang menyerahkan kunci rumah kepada pihak pentadbiran Rumah Amal Asnaf Al-Barakh

Rezeki yang dibelanjakan untuk jalan kebenaran dan kerana Allah tidak akan susut,malah Allah swt akan menggandakan lagi rezeki itu,cuma kita sedari atau tidak,cepat atau lambat,kerana Allah Maha Mengetahuiya.
Kenangan Terindah warga KAB & Warga Amal Asnaf Al-Barakh

Hujan yang turun pada sesi lawatan YDP,Pengerusi,Timbalan-Timbalan Pengerusi KAB pada hari yang cukup bermakna ini,seolah-olah memberkati usaha yang warga KAB  lakukan.Lawatan singkat hampir 20 minit itu,cukup bermakna buat anak-anak Rumah Amal Asnaf Al-Barakh apabila YDP sendiri telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat serta beramah mesra dengan  anak-anak ini.
Gurauan seorang ayah

Jelas terpancar sinar kegembiraan buat mereka semua pabila YDP telah mewakafkan sebuah lagi rumah untuk dijadikan asrama Putera.

 Bak kata pepatah,"Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing",itulah pepatah yang dipegang oleh warga Keluarga Al-Bajuri selama ini.Keperihatinan YDP terhadap permasalahan anak-anak yang memerlukan perhatian,kasih -sayang serta perlindungan haruslah dicontohi oleh semua pihak terutama keluarga Al-Bajuri.Rezeki yang Allah berikan,bukan sahaja untuk kegunaan diri sendiri serta keluarga,malahan daripada rezeki yang kita perolehi itu,ada bahagian untuk golongan yang amat memerlukannya.Alhamdulillah. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

Muafakat membawa berkat...

Pertemuan yang cukup bermakna bagi kedua-dua belah pihak

"Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita."itulah bait-bait ayat yang YDP katakan sewaktu pertemuan 4 mata diantara pihak pengurusan Rumah Amal Asnaf Al-Barakh dengan Pentadbiran Keluarga Al-Bajuri yang dilangsungkan pada hari ini.Segala luahan,segala permasalahan telah diselesaikan dengan cara baik dan beristiqamah.Alhamdulillah..Memang tidak dapat dinafikan,bahawa setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya dan sebagai hamba-Nya,kita tidak boleh mendengar dari sebelah pihak sahaja,kita perlu duduk berbincang.




Mendengar sendiri permasalahan yang diutarakan






Friday, May 11, 2012

Kembara YDP ii (Singapura)


Mak Adah sewaktu melawat Rumah Kebajikan Darul Takrim


Tanggal 13 hingga 15 April 2012,yang lalu,delegasi seramai 40 orang yang terdiri daripada Imam-Imam Masjid Negeri dan ahli Jawatankuasa Pengimarahan Masjid Negeri Selangor telah berpeluang untuk melawat ke Institusi Keagamaan di Singapura dengan menaiki bas,turut serta Ybhg ayahanda YDP serta isteri.
Antara yang menarik disepanjang lawatan itu yang sempat YDP rakam dan catatkan ialah:
Hanya 18% daripada 4 juta penduduk Singapura adalah beragama Islam.Mereka menjalankan kegiatan agama TIDAK bergantung kepada bantuan atau dana dari pemerintah,tetapi melalui usaha badan NGO swasta yang aktif dan tersusun
YDP sedang menyampaikan sumbangan kepada Jamaiyah Islam Singapore


Pemerintah mewajibkan potongan gaji sebanyak SIN$2 setiap bulan untuk dana pembangunan Islam,ianya dipanggil,Muslim Building Fund
Disana juga tidak mempunyai sekolah rendah atau menengah agama,tidak seperti dinegara kita,maka,bersyukurlah kerana di negara kita ada sekolah yang khusus mengajarkan tentang ilmu keagamaan.
Oleh  kerana tidak mendapat bantuan daripada pemerintah,mereka berusaha bersungguh-sungguh bekerjasama  mengumpulkan dana,buat pelbagai program,bina masjid sendiri,tubuhkan pertubuhan seperti Jamiyah Islam yang amat aktif dan punya dana yang amat teguh sehinggakan mampu untuk membina masjid dan bangunan 7 tingkat sendiri.
Rumah Anak Yatim,Darul Ma'wa Singapore
YDP dan Mak Adah di Rumah Anak Yatim Darul Ma'wa

Kumpulan ethnik beragama Islam,seperti Melayu,Jawa,Arab,India Muslim,Bugis dan lain-lain bekerjasama demi kepentingan Islam.Pentadbiran masjid dan peranan orang muda dalam aktiviti masjid juga amat menarik.Apa yang YDP paling tertarik ialah,Pengurus Rumah Anak Yatim dan Ketua Unit Remaja Masjid Alghufran adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana dan Master Degree..beb!



Wednesday, May 9, 2012

kembara YDP (bahagian 1)

SENYUMAN YANG MENAWAN
 Secara umumnya pendidikan Islam di Cambodia amat lemah berbanding dengan negara Islam yang lain seperti negara kita Malaysia.Pengajaran agama Islam diasingkan sama ada waktu kerja dan tempat pembelajaran sekolah kebangsaan di Cambodia ini.Kenapa?Kerana ianya TIDAK dikategorikan sebagai salah satu sukatan pembelajaran,malah penubuhan sekolah-sekolah agama tidak mendapat subsidi daripada perbelanjaan kerajaan dan negara sebagaimana yang dilakukan oleh negara kita ini.Maka segala perbelanjaan pembelajaran dan pelajaran dibiayai oleh pihak-pihak swasta ataupun individu-individu.Jadi beruntung betul anak-anak kita ini kan.Sekolah-sekolah dinegara kita ini masih lagi pihak kerajaan dan negara Malaysia memberikan bantuan.
Masih digunakan...anak-anak kita?

 Walaupun keadaan ekonomi di Cambodia ini tidak SEHEBAT negara kita,namun soal pembelajaran  TIDAK ada kompromi..lebih-lebih lagi belajar untuk dunia akhirat.Dalam erti kata lain,kemiskinan tidak menghalang untuk anak-anak ini belajar dan terus belajar..
YDP menyerahkan sumbangan
Terpanggil dengan permasalahan ini serta keperihatinan YDP serta rombongan daripada KOSAS,ke Cambodia baru-baru ini,sedikit sebanyak dapat menceriakan anak-anak disana.Walaupun sumbangan tidak seberapa,namun ianya cukup bermakna.Sewaktu kunjungan tersebut,YDP dan KOSAS juga  telah menyampaikan sumbangan untuk menbina asrama pelajar kepada pihak sekolah Kampung Poi Pot, Darul Ulum.Syukur alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...

Tuesday, May 8, 2012

Kita???

kediaman

Jumlah penduduk Islam di Cambodia hanya sekitar 750,000 daripada 14 juta jumlah populasi. Majoriti kehidupan umat Islam adalah daif. Kerajaan Cambodia tidak menekan tetapi mereka perlu berusaha sendiri tanpa bantuan subsidi seperti di Malaysia (tapi berapa ramai kalangan kita yang bersyukur).Itu pun masih lagi menyalahkan pihak Kerajaan..tepuk dada,tanyalah diri sendiri dimanakah kita sebenarnya?
Berbicara tentang Cambodia ni,admin berkesempatan mendapatkan beberapa keping foto daripada ayahanda YDP yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas mengikuti lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sana,untuk kita semua renung dan muhasabah diri kita termasuk adminlahkan..kita sebenarnya beruntung dan sepatutnya kita menadah tangan memanjatkan setinggi kesyukuran dengan apa yang kita miliki sekarang.Susah?ada yang lebih susah daripada kita lagi..susah-susah kita,ada juga rumah yang lengkap dengan TV,mesin basuh dan macam-macam lagi..Alhamdulillah..adakah rumah seperti foto di atas sama dengan rumah kita?Jauh benar bezanya kan...
Demi mencari rezeki

Lihat foto di atas ini pula,seorang ibu membelah lautan luas membawa anak kecil untuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan mereka seharian,menaiki sampan-sampan mendekati bot pelancong yang bertandang ke tempat mereka,merupakan rezeki buat mereka sekeluarga.Kita?
Mengharapkan sesuatu...
anak ini..juga turut mencari rezeki...tatkala anak-anak kita ke sekolah,anak-anak disana tengah kelautan demi sesuap nasi untuk diri dan juga keluarga...anak-anak kita,seharusnya bersyukur,nak A dapat A,nak B dapat B...mereka?

Friday, May 4, 2012

MENGAPA KITA PERLU PERLU BERSYUKUR

SEKURANG-KURANGNYA ADA EMPAT SEBAB KITA PERLU BERSYUKUR:

1.MEMATUHI PERINTAH ALLAH S.W.T

ALLAH TELAH MEMERINTAHKAN KITA SUPAYA BERSYUKUR ATAS NIKMAT
ALLAH YANG TIDAK TERHITUNG BANYAKNYA.PERINTAH INI WAJIB.FIRMAN
ALLAH"WAHAI ORANG YANG BERIMAN,MAKANLAH ANTARA REZEKI YANG BAIK
YANG KAMI BERIKAN KEPADA MU.DAN BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH JIKA ME
MANG HANYA DIA YANG KAMU SEMBAH"-SURAH AL BAQARAH AYAT 172,.

BERSYUKUR KEPADA ALLAH JUGA IALAH SEBAB UNTUK ALLAH MENGINGATI
KITA.SESUNGGUHNYA,INGATAN ALLAH KEPADA KITA JAUH LEBIH BERNILAI
DARIPADA INGATAN KITA KEPADA NYA.


2.MENELADANI SUNNAH RASULULLAH S.A.W

RASULULLAH S.A.W ADALAH INSAN YANG PALING BANYAK BERSYUKUR.KEHEBATAN BAGINDA BERSYUKUR DIGAMBARKAN OLEH ISTERI
BAGINDA SAYIDATINA AISHAH R.HA."BAHAWASANYA,RASULULLAH SELALU BERIBADAT WAKTU MALAM SEHINGGA BENGKAK KEDUA BELAH KAKINYA.DAN BILA DITANYA MENGAPA BAGINDA BERIBADAT SEHINGGA BEGITU,SEDANGKAN
BAGINDA ADALAH MAKSUM,IA ITU ALLAH TELAH MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA YANG TERDAHULU DAN DOSA YANG TERKEMUDIAN.LANTAS BAGINDA MENJAWAB,"BUKANKAH LEBIH ELOK KALAU AKU MENJADI SEORANG HAMBA
YANG KERAP BERSYUKUR".(RIWAYAT AL BUKHARI).

SYUKUR JUGA MENJADI SATU TRADISI DALAM KEHIDUPAN BAGINDA.DARI
RIWAYAT ABU DAUD,IBN MAJAH DAN AL TIRMIZI,"APABILA RASULULLAH
SAW BERTEMU DENGAN SESUATU YG MENGGEMBIRAKAN BAGINDA ATAU
DISAMPAIKAN KEPADA BAGINDA SUATU BERITA GEMBIRA,MAKA BAGINDA
MELAKUKAN SUJUD SYUKUR SEBAGAI TANDA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
SWT."

3.MENAMBAH LAGI NIKMAT SEDIA ADA.

SYUKUR ITU UMPAMA BAJA KEPADA REZEKI.JIKA SESEORANG BERSYUKUR,
REZEKINYA (BERUPA ILMU,HARTA,KESIHATAN,MASA ATAU TENAGANYA)AKAN
SUBUR.
ALLAH BERFIRMAN "DAN INGATLAH,JIKA KAMU BERSYUKUR PASTI ALLAH AKAN
TAMBAH NIKMAT NYA KEPADA MU,SEBALIKNYA JIKA KAMU MENGINGKARI
NIKMAT ITU,TENTU AZAB ALLAH LEBIH DAHSYAT""SURAH IBRAHIM,AYAT 7.

4.PERISAI DARIPADA AZAB.

DENGAN BERSYUKUR(MEMUJI DAN MENGINGATI ALLAH ATAS NIKMAT YANG
DIBERIKANNYA,)ALLAH AKAN MENYAYANGI KITA.APABILA ALLAH SAYANG,ALLAH AKAN MENYELAMATKAN KITA DARIPADA AZAB DI DUNIA
DAN DI AKHIRAT.SEBALIKNYA,JIKA KITA TIDAK BERSYUKUR,ALLAH AKAN MURKA DAN KITA AKAN DITIMPA AZAB.MENGAPA ALLAH MURKA KEPADA
ORANG YANG TIDAK BERSYUKUR.?INI KERANA ORANG YANG TIDAK BERSYUKUR
IALAH ORANG YANG SOMBONG.ORANG YANG SOMBONG DIBENCI ALLAH DAN MANUSIA.ORANG YANG SOMBONG MERASAKAN BAHAWA NIKMAT YANG
DIMILIKKI IALAH HASIL USAHA DAN KEHEBATAN DIRI MEREKA SENDIRI DAN MUDAH MEMPERKECILKAN ORANG LAIN.


DARI ITU MARILAH KITA BERTEKAD DAN BERUSAHA UNTUK JADI HAMBA
ALLAH YANG BERSYUKUR.WALAU SEKECIL MANA PUN NIKMAT ALLAH,HENDAKLAH KITA SYUKURI.LAFAZKAN PUJIAN KEHADHRAT ALLAH SETIAP MASA DAN KETIKA.JADIKAN IA SEBAGAI KEBIASAAN DALAM DIRI DAN KEHIDUPAN HARIAN KITA SEBAGAI TANDA SYUKUR KITA TERHADAP SEGALA KURNIAAN ALLAH SWT.


SALAM PENUH KESYUKURAN DARI YDP.
SHAH ALAM,
APRIL,22.2012.


Sent from my iPad
Sent by Keluarga Al-Bajuri from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 2, 2012

khabar dari Madinah

syukur alhamdulillah,admin sebentar tadi dapat kiriman foto melalui bbm rasmi kab daripada puan emilia yang memaparkan gambar beliau bersama bonda Datin Hajjah Sabariah di Madinah,alhamdulillah,nampak ceria semuanya..warga KAB mendoakan agar segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar,serta jangan lupa salam kepada Rasullullah dan doakan kami di sini...

Tuesday, May 1, 2012

dalam kenangan (10 nov 1994-30 apr 2012)

30 April 2012,warga KAB digemparkan dengan berita kehilangan seorang lagi warga KAB,iaitu adik Allahyarham Hafizul Hakim Hj Basuki...akibat kemalangan jalanraya dihadapan bangunan Risda,Ampang tengahari semalam.Alhamdulillah,jenazah selamat dikafan,disolatkan di Surau Taman Bukit Teratai yang telah diimamkan sendiri oleh Ustaz Haji Daud.
Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan  Cheras Baru.
Warga Kab,dikesempatan ini,ingin merakamkan ucapan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham.Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh,InsyaAllah.

Wahai Allah, ampunilah Hafizul Hakim Hj Basuki., naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
Al-Fatihah