Sunday, May 24, 2009

Hargai Masa

Assalamu’ alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh..

Saya amat tertarik sekali dengan perkataan Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir pada petang tadi,sewaktu menziarahi bondaku..Ceritanya atau topiknya sungguh simple..masa..Beliau berkata "orang yang menghargai masa adalah orang yang..good person"...

Maka saya pun balik dan merenungkan serta mencari bahan untuk kita semua...maka dalam apa jua keadaan pun,saya akan pastikan bahawa artikel ini keluar pada malam ini juga...

Saya terlebih dahulu ingin mengajak para pembaca merenung sejenak pesanan di bawah ini untuk kebaikan bersama:



“Masa Adalah Anugerah Tuhan” DAN masa terlalu berharga. Perpatah mengatakan “masa itu emas“. Malahan, masa itu lebih berharga dari emas, lantaran emas boleh dijual beli dan begitu juga emas yang hilang boleh ditukar ganti. Tetapi bukan seperti masa, masa yang berlalu tetap berlalu. Ianya tidak akan berulang lagi.

Masa boleh dibahagikan kepada tiga zaman. Zaman yang berlalu yang tidak akan kembali dan bukanlah milik kita. Zaman yang sudah berlalu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Zaman akan datang, belum lagi ada kepastian sama ada kita berpeluang menikmatinya.

Oleh yang demikian, hargai lah masa yang ada, masa yang kita miliki sekaranglah yang perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Penggunaan masa hari ini akan menentukan corak masa depan kita.



Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

Melaksanakan amal solih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.

Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.



Saya yakin para pembaca sekalian telah menghafal dan mengetahui maksud tiga ayat al-Qur’an di atas sejak dari kecil. Akan tetapi timbul satu cabaran hebat: Masa! Tidak cukup masa untuk melaksanakan keempat-empat tuntutan dalam ayat tersebut. Mengapakah Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengan masa padahal tuntutan-tuntutan yang disebut-Nya selepas sumpahan tersebut amat sukar dicapai kerana keterbatasan masa?

Sebenarnya apabila Allah s.w.t. mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi.



Allah s.w.t. telah bersumpah dengan masa. Lantaran masa itu telah terlalu penting khususnya didalam membuat persediaan untuk menempuhi alam akhirat. Didalam hal ehwal keduniaanpun, penggunaan masa yang cekap akan mendatangkan hasil yang menguntungkan.

Oleh yang demikian, demi masa, saya menyeru remaja di zaman yang serba moden ini menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t.. Masa itu ialah satu perkara yang sangat utama bagi kita semua untuk dikendalikan dengan sebijak-bijaknya tanpa membazirkannya dengan kerja-kerja kurang atau langsung tidak mendatangkan faedah.

Penyalahangunaan masa bukan sahaja merugikan kita di dunia bahkan diakhirat. Di akhirat, apabila semua manusia dihadapkan di makamah Allah s.w.t., tiada seorangpun akan dibenarkan bergerak selagi tidak dikemukakan kepadanya lima persoalan berikut:



Oleh kerana masa tidak dapat ditukar-ganti atau pun diulangi gunakanlah masa dengan sebijak-bijaknya. Ada eloknya kita tinjau kedalam kehidupan seharian kita untuk kita kenal dan pastikan di manakah masa yang bernilai itu dibuang begitu sahaja.



Mengakhiri penulis disini, saya menyeru para pembaca mengambil ikhtibar daripada kesimpulan dibawah berhubung dengan kegunaan masa untuk diri kita semoga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t., insya’Allah.



Oleh: Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam.wordpress.com

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Good effort. Just to share; TIME = T - target ( buat sesuatu perlu ada sasaran / target ), I - Idling ( cuba elakkan masa itu terbiar, sia-sia / idling ), M - manage ( sentiasa uruskan/rancang masa dengan sebaik mungkin )and E - efficient ( pastikan masa tersebut digunakan dengan berkesan/berhasil tepat ).Insya Allah hidup akan teratur.Satu lagi always remember " To fail to plan is to plan to fail " anyway semua itu terserah pada ALLAH...

- Achon