Kunci Duit Anda! Kab boleh
Kunci duit??
Salam hormat Kab, bagaimana dengan anda? Harap berada
dalam keadaan yang bahagia tanpa kekangan kewangan!
Tajuk hari ini ialah kunci duit, jangan biar duit anda lesap. Saya tak tipu
Kab, kalau anda ada 'kunci' yang bagus, keadaan kewangan
anda pasti 'sihat'. 'Kunci' terbaik ialah Jangan Tambah Hutang!
Langsaikan dulu hutang sekarang jika boleh dan jangan tambah
hutang Kab. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang.
Jangan mudah terpedaya dengan skim belian ansuran, kemudahan
kad kredit dan sebagainya. Beli hanya yang perlu, tangguhkan
atau batalkan pembelian yang bersifat 'kehendak' dan bukan 'keperluan'
Jimat + Alternatif = Kunci duit;
Berjimat adalah perkara senang tetapi diabaikan. Bukan bermakna
Kab kedekut, tetapi berhemah. Contohnya belian ubat
gigi, cari semasa harga promosi seperti pembelian 2 percuma 1.
Begitu juga dengan barangan lain, cuba cari alternatif yang
lebih murah, contohnya anda boleh berjimat dalam pembelian Kasut
Adidas dengan pembelian di rangkaian al-Ikhwan berbanding di
butik Adidas sendiri. Anda juga boleh memilih alternatif jenama
lain yang lebih murah. Jadi alternatif bukan sahaja aspek
'tempat pembelian' tapi juga 'fungsi/tujuan' dan 'banding harga'.
Jika tujuan atau fungsinya sama, mengapa Kab
bayar lebih hanya kerana jenama? Ada sesetengah perkara 'jenama'
penting, tapi banyak yang tak penting. Contohnya apa perlu jenama
untuk pisau cukur, pen, wallet? Untuk fungsi yang biasa, anda
boleh berjimat dengan mencari alternatif! Kab jangan
pandang remeh tentang 2 perkara penting ini, kerana inilah antara
rahsia bagaimana orang kaya kekal kaya! Lakukan sedikit 'survey'
sebelum membeli
Kisah Teladan;
Pernah satu ketika seorang hartawan menaiki kapalterbang
'Kelas Ekonomi' yang biasanya diduduki oleh orang-orang biasa.
Tidak sesuai langsung dengan status nya seorang hartawan terkenal.
Lalu ditanya kepadanya, kenapa tuan tidak menaiki 'Kelas Pertama'
tetapi memilih 'Kelas Ekonomi' sedangkan tuan seorang yang kaya?
Jawapannya simple dan bermakna, "Sebab itu lah saya kaya.." Kab
nampak jawapannya, walaupun lebih dari mampu, tetapi dia
memilih untuk menjadi orang kebanyakan dan itulah kunci
bagaimana dia menjadi kaya, hanya kerana dia mengamalkan
'JIMAT' dan 'ALTERNATIF'. Alternatif yg dimaksudkan ialah,
tujuannya ialah sampai ke destinasi, yang mana adalah sama jika
dia menaiki kelas pertama atau ekonomi, keduanya membawanya ke
destinasi yang sama. Jadi dia memilih alternatif melalui
'fungsi/tujuan' dan 'banding harga'. Bila lagi Kab
nak bertindak sepertinya?
Bagaimana Menambah Duit Kab?
Nilai dulu keadaan kewangan anda, dan cuba akses kemampuan
anda melalui catatan perbelanjaan bulanan.
Setelah itu bincang dengan pasangan anda bagaimana keluarga
anda boleh berjimat. Ketahui bagaimana cara anda boleh kawal
dan optimasi kan wang bulanan anda. KWSP contohnya boleh dioptimasikan!
Nantikan posting seterusnya dari kami nanti dan mula belajar
bagaimana mahu me'ngetat'kan duit kewangan anda. Kalau anda
ada akaun KWSP, ketahuilah banyak benda yang anda boleh
manfaatkan dengannya.
Jumpa lagi Kab!

Biro Maklumat Keluarga Al-Bajuri
No comments:
Post a Comment